6 Resepi Biskut Raya Azlina Ina Wajib Buat Setiap Tahun | Resepi biskut raya dari Cikgu Azlina Ina selalunya menjadi pilihan Yaya. Setiap kali Cikgu Azlina Ina berkongsi resepi pasti menjadi viral. Perkongsian resepi yang nampak ikhlas dan penerangan santai dengan gaya bahasa yang bersahaja membuatkan kita mudah faham.

Yaya nak berkongsi 6 resepi biskut raya yang sering dibuat saban tahun. Tak jemu lagi pula anak-anak pun suka. Terutamanya biskut tart nenas dan biskut semperit. Kalau tak ada biskut ni boleh merajuk anak-anak. Dan kalau ada, dikeleknya balang biskut tu, tetamu tak ada tapi balang biskut asyik refill je.

Buat biskut ni bukan perkara yang mudah sebenarnya. Rentak juga dari mula-mula nak sediakan bahan-bahan sampaila siap basuh dan simpan semua peralatan. 

Sebab tu Yaya pilih untuk buat biskut yang mudah-mudah je. Buat sendiri ni lebih puas hati. Dapat banyak keping. Habis Syawal pun biskut tak habis lagi. Hihi. Buat biskut dengan anak-anak terasa meriahnya nak sambut Syawal. 

Biskut raya yang simple tapi sedap ni anak bujang pun boleh buat. Setiap kali buat biskut raya, tangan-tangan kecil tu akan menyibuk sama. Kalau nampak biskut tak cantik dalam gambar di bawah nanti, tu hasil tangan mereka lah tu. Hihi. Anak-anak kecil ni sebenarnya suka sangat lah kalau lepas bakar terus dapat makan banyak-banayk. Jadi biskut yang tak berapa nak cantik kejadiannya tu memang rezeki mereka.

Ini 6 jenis biskut raya yang mudah dan sedap untuk dibuat.

1) Resepi Biskut Semperit Matahari Melting
2) Resipi Almond Crunchy Caramel / Biskut Florentine
3) Resepi Biskut Semperit Pandan Cair Di Mulut
4) Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Cookies
5) Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan
6) Resepi Biskut Famous Amos Azlina Ina Gebu dan Sedap

Koleksi Biskut Raya Azlina Ina

1) Resepi Biskut Semperit Matahari Melting


Resepi Biskut Semperit Matahari Melting

Bahan-bahan:

  • 250g butter / majerin
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan susu tepung(yang ni pilihan nak sedap letak tak nak pun takpe)
  • 2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan tepung gandum(letak sikit2 ikut selesa doh korang nak tekan)

Nota: harus diingat semperit ni tak gunakan sebarang esen vanila sebab bau kastard dan tepung jagung tu dah wangi asli dan tak guna pewarna sebab warna kastard dah cantik.

Cara Penyediaan Biskut Semperit Matahari Melting Azlina Ina:

  1. Satukan butter, telur dengan susu pekat dan kacau je guna senduk.
  2. Tambah tepung jagung kacau lagi. Campur 1/2 cawan susu tepung dan 2 cawan tepung kastard dan kacau sebati.
  3. Ok time ni uli pakai tangan je bile dah start tambah tepung gandum . Sambil tambah,sambil uli sikit.
  4. Cara uli kaup balik dan lenyek pakai belakang tangan.
  5. (korang kaup pakai ujung jari pas tu lenyek die pakai belakang jari ulang2 dengan last 2 cawan tepung tadi ye ikut keselesaan tangan korang lah,kadang ade yang guna abis tepung tu ade kurang sebab ikut selesa kelembutan doh korang.)
  6. Guna acuan semperit pecah 15 atau korang nak guna pecah berapa tak kisah.
  7. Sapu butter pada dulang ya,tekan sampai abis satu dulang.
  8. Hiasan ikut korang la nak letak apa.
  9. Set oven 160 masa membakar 25-30 minit api atas bawah.


2) Resipi Almond Crunchy Caramel / Biskut Florentine


Resepi Almond Crunchy Florentine

Bahan-bahan:
  • 500g tepung florenta (boleh cari di bakery)
  • 500g kepingan badam
  • 250g kuaci labu
  • 200g kuaci putih
  • 20g bijan hitam

Cara Penyediaan Almond Crunchy Caramel / Biskut Florentine Azlina Ina:

  1. Panggang kesemua kekacang (kepingan badam/kuaci labu & kuaci putih sehingga keperangan lebih kurang 5 hingga 10 minit dgn suhu 170..angkat & sejukkan)
  2. Masukkan tepung florenta tadi kedalam bekas gaul sekali bersama kekacang yang telah dipanggang & disejukkan tadi, gaul sehingga rata.
  3. Kemudian ambil 1sudu sederhana besar @ timbang 10g setiap 1cup (utk dptkan setiap kepingan sama rata nipis/tebalnya)
  4. Susun papercup tadi yg diisi dalam tray, ambil setiap secubit bijan hitam tabur dlm setiap papercup tadi kemudian bakar dgn suhu 180'c selama 10minit @ hingga masak @ keperangan (Bakar jgn lama-lama sangat, nanti rentung kekacang tu dah tak cantik)


3) Resepi Biskut Semperit Pandan Cair Di Mulut

Resepi Biskut Semperit Pandan Cair


Bahan-bahan:

  • 500 gm butter atau marjerin
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil pewarna hijau apple
  • 1 sudu besar perasa pandan coconut emulco
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung jagung (standby lagi 1/2 cawan)


Cara Penyedian Biskut Semperit Pandan Azlina Ina:

  1. Satukan mentega, susu pekat dan kacau rata guna senduk sampai sebati
  2. Kemudian masukkan pewarna dan juga perasa pandan. Kacau rata.
  3. Masukkan susu tepung, kacau rata baru masukkan tepung gandum.
  4. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit sambil gaul rata hingga menjadi doh.
  5. Sekiranya doh terlembik, tambahkan tepung jagung sehingga doh menjadi lembut, licin dan tak melekat di tangan.
  6. Masukkan sikit dalam acuan dan tekan.
  7. Letak hiasan dan bakar pada suhu 150 C dalam masa 20 minit ikut suhu oven masing - masing.


4) Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Cookies


Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Cookies


Bahan A
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula perang ( saya guna gula kastor )
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit garam halus
Nota : Adun sebati guna senduk atau whisk

Bahan B
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung susu
  • 1 sudu teh tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Nota : Ayak semua bahan B ke dalam mangkuk lain.

> 1 cawan cornflakes dikisar ( dimasukkan dalam Bahan A)
> 2 cawan cornflakes ditumbuk kasar/ diramas ( untuk salutan bahagian luar cookies)


Cara Penyediaan Biskut Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina:

  1. Campurkan cornflakes ke dalam bahan A.
  2. Perlahan-lahan masukkan pula Bahan B. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan biskut dalam peti ais selama 20 minit.
  4. Bentukkan adunan. Gaulkan biskut yang dibentuk dengan cornflakes yang diramas kasar.
  5. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170 darjah Celsius.


5) Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan

Resepi Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

  • 3 1/4 cawan gandum (1/4 tu sukatannya kurang dari separuh cawan)
  • 2 sb tepung jagung(supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
  • 2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
  • 2 sb minyak sapi ( supaya tart gebu,gold dan rasa susu sedap )
  • 1 cawan butter
  • 3 sb susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
  • Jem nenas (Azlina Ina tidak buat sendiri jem nenas tapi beli di mana-mana bakery. Sekiranya jem nenas yang dibeli agak masam, boleh masak balik di rumah dan tambah sedikit gula supaya lebih enak)


Cara Penyediaan Tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Azlina Ina:

  1. Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan.Kacau guna senduk sahaja.
  2. Kemudian,masukkn 1 cawan tepung gandum,2 sb tepung custard,diikuti 2sb tepung jagung
  3. Kemudian,tuang baki selebih nya tepung gandum tadi.Nota : sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sikit supaya senang nak gelek.
  4. Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
  5. Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart.
  6. Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart.
  7. Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
  8. Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
  9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit.
  10. Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit ( atau ikut oven masing-masing.
  11. Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.


6) Resepi Biskut Famous Amos Azlina Ina Gebu dan Sedap 

Resepi Biskut Famous Amos Azlina Ina


Bahan 1:
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter/ mentega
  • 1/2 sb susu segar - susu tepung
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 sk extract vanilla
  • 1/4 cawan gula kaster
  • sedikit garam

Bahan 2:

  • 1 sb tepung jagung - diayak
  • 2 cawan tepung gandum - di ayak
  • 1 sb serbuk koko - diayak
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk cream of tartar Nona atau boleh juga 1/2 sk jus lemon
  • 1/2 cawan walnut cincang

Cara Penyediaan Biskut Famous Amos Azlina Ina:

  1. Siapkan mangkuk besar dan campurkan semua bahan 1 dan gaul rata hingga sebati menggunakan whisk.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung, dan serbuk cream of tartar dan masukan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit.
  3. Kacau adunan yang sudah dicampur tadi boleh menggunakan spatula hingga rata kemudian masukan chocolate chips dan walnut dan kacau lagi hingga adunan agak lembik.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan atau boleh juga sudukan kemudian taruh diatas loyang. sesuaikan jarak setiap adunan diatas loyang kerana nanti biksut akan mengembang.
  5. Akhir sekali, bakar loyang kedalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. dan bila sudah masak angkat dan sejukan biskut. bila sudah sejuk biskut siap dihidangkan.



Lain-lain resepi biskut yang boleh dicuba:

9 Comments

  1. rajin yaya buat biskut raya..:)

    ReplyDelete
  2. wah! yaya dah planning nak buat biskut raya. nanti nak cubalah jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut sama je tiap tahun..kalau rajin tambah lah 2 3 jenis lagi..

      Delete
  3. biskut almond chrunchy tu shida plg suka yaya..tp xpernah cuba lg buat..satu hari shida pasti buat!

    ReplyDelete
  4. Biskut samperit paling suka!

    ReplyDelete
  5. Suka sangat biskut semperit!

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.