Assalamualaikum....


Anak bertuah sorang nie pandai dah minta di bawa ke mana-mana..seminggu dua ni hari-hari ajak ayah ibu dia pergi kolam renang, nak main layang-layang kat pantai, nak kain gelongsor kat Giant, nak pergi situ sini..macam- macam lah..kalau dalam kereta asyik pot pet pot pet je dia aturkan 'rancangan perjalanan'...lepas isi minyak kita pergi pantai..lepas main kat pantai kita pergi Giant pulak..lepas tu nak pergi makan...haih anak bertuah... pagi tadi dah ajak pergi kolam renang..bagi tahu cuaca macam nak hujan...kolam tutup.selamat lah sekejap..petang nanti mmg sure dia akan.ajak lagi...

Tadi yaya pergi ambil durian crepe dekat shell Batu Buruk..nak rasa durian crepe nie pulak..masuk yg nie dah 3 jenis durian crepe yaya makan dari berlainan tuan..nak rasa mana yang paling sedap..wafiq dah arif sangat jalan tu..tu pun laluan ke pantai..nak tak nak layan la sekejap..

Dalam pada cuaca redup..hujan setitik dua..pun ramai jugak orang kat Pantai Batu Buruk..tunaikan hajat wafiq nak main layang-layang...



Wafiq cakap...'wafiq macamupin ipin je main layang-layang'




Main sekejap je...ingatkan boleh balik terus..tapi...




Sambung main kat playground pulak....




Layan kan aje


Susah betul nak ajak balik...ayah tak ikut..nanti ayah nak pakai kereta nak gi solat Jumaat nak oiii....dalam kereta sempat lagi tanya 'bila kita nak gi Giant?'...hmmm...





.


Published with Blogger-droid v2.0.9