INLAB Senz Projector - Projektor Home Cinema Terbaik

INLAB Senz Projector - Projektor Home Cinema Terbaik | Sebenarnya Yaya sedang mencari-cari projektor untuk digunakan di rumah. Anak-anak Yaya bila nak tengok cerita kegemaran sukalah feeling seolah-olah sedang menonton wayang di pawagam. Habis ditutupnya semua lampu. Tapi itulah bila tengok di TV dengan skrin saiz kecil feel tu tak sampai mana pun..haha.

Berbincang dengan encik suami untuk dapatkan sebuah projektor demi pengalaman home cinema yang terbaik. Kualiti mestilah nak cari yang terbaik tapi harga biarlah mampu milik, mesra poket gitu. Walaupun setakat ni Yaya cuma nampak nak jadikan projektor tu untuk tengok movie, tapi Yaya percaya pengalaman menonton bersama-sama keluarga tu yang mahal. Demi pengalaman berharga, buat homemade popcorn pun sanggup..haha..baru real.

INLAB Senz Projector 

Projektor INLAB Senz Home Cinema


Bila Yaya Google untuk cari info, rupa-rupanya ramai betul yang bagi feedback mengenai Senz Projector dari INLAB. Bila baca review, semuanya memberikan review positif berkenaan kualiti. Bab harga pula buat Yaya terkejut.  Tak lah semahal yang disangka. Ini yang buat Yaya tak nak fikir panjang dah, rasa terus nak beli. Hihi. Hari Raya nanti dah ada projektor, boleh la tengok movie ramai-ramai. Takpun kita karaoke lagu raya sama-sama. Mesti meriah!

Apa pun jom kita teliti dulu ciri utama yang ada pada projektor Senz ni. Alang membeli biar menang memakai. Tak nak lah nanti silap beli projektor kualiti macam zaman sekolah dulu, gambar kabur amat!
 

Kelebihan Projektor INLAB SENZ

1) Paparan 1080p (Menyokong Paparan Sehingga 4K)

Projektor Inlab Senz Home Cinema Terbaik

Gambar yang dipancarkan memang tersangat jelas sampaikan semua detail gambar dapat kita lihat dengan terang. 

2) Sistem Bunyi Dolby Audio

Bunyi yang dihasilkan dari projektor INLAB Sens ni diperakui oleh Dolby Audio. Memang tak dapat nak dipertikaikan lagi kehebatan bunyi yang terhasil, kuat dan jelas. Power juga ye sound dari projektor Senz. Dah serupa tengok movie di panggung wayang, sound bergegar gitu.

3) Fokus Auto & Elektronik

Dengan adanya sistem fokus auto ni, kita tak payah dah nak adjust lense untuk mendapatkan gambar yang jelas pada layar. On jer dan projector INLAB Senz ni terus auto adjust paparan. Memang menjimatkan masa kita dari mencari sendiri setting gambar yang sesuai.

4) Digital Keystone 

Mempunyai 4 Point Keystone untuk semua sudut pelarasan paparan. Tak kiralah jika letak projector di atas permukaan yang tidak rata, gambar yang dipancar automatik jadi tegak dan cantik.

5) Sambungan HDMI / USB / AUX



Ada 2 port untuk sambungan HDMI dan 2 port untuk sambungan USB. Paling best ada port untuk cucuk 3.5mm headphone atau earphone. Dah terbayang ni nak cucuk headphone kalau tengok drama Korea sorang-sorang..hihi

6) Harga Mampu Milik

Kalau beli sekarang boleh dapat harga promosi. Harga selepas diskaun RM989.90. Itu yang Yaya terus rasa nak beli bila dengar harga mesra rakyat ni. Haha. Daripada beli smart TV 100 inci mau rega 10 ribu jugak, kut-kut mahal lagi. Telan liur harga ribu-riban ni.

Beli INLAB Senz je lah, bayar kurang tapi boleh lah juga rasa pengalaman macam tengok TV skrin besar harga 10 ribu. Dah la promosi ni potongan harga kaw-kaw je, ada lagi diskaun tambahan RM30 bila masukkan kod INLA0030

7) Screen Mirroring menggunakan telefon pintar

Ada function wireless screen mirrorring. Korang pengguna IOS ke, Android ke takde hal, dua-dua boleh guna. Mudah lah kalau nak tengok video atau gambar dari telefon.

8) Mempunyai Ciri Pintar

Projektor INLAB Senz mempunyai smart features atau ciri pintar. Kenapa Yaya kata pintar? All-in-one menggunakan operating system Android 9.0, ada Wi-Fi dan Bluetooh. Beberapa aplikasi telah tersedia seperti YouTube, Netflix dan PlayStore. Nanti boleh download lebih banyak aplikasi ke dalam projektor. Nak download IQIYI, Disney Hotstar+ takde hal. Baru syok tengok layan drama or movie.

9) Size Kompak

Harga Projektor Mudah Alih Inlab Senz

Comel je projektor INLAB Senz ni . Didatangkan dengan warna putih bersaiz 29 CM (L) X 22.1 CM (W) X 9.5 CM (H). Kecil je saiznya, berat pula cuma 2.2kg. Mudah nak angkut ke sana ke mari.


Tak Ragu Lagi Untuk Beli INLAB Senz Projector

Menonton filem kegemaran  adalah cara terbaik untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Bila kena dengan harga dan ciri-ciri yang ada pada projektor INLAB Senz ni pun menarik, rasanya memang berbaloi untuk kami beli. Rasanya bukan setakat anak-anak je yang excited, encik suami pun berimaginasi dah tu tentang betapa syoknya nanti main game menggunakan paparan layar dari projektor. Ye lah en suami..ikut lah..hahaha.

Korang kalau nak beli juga, boleh dapatkan Projektor Senz di website INLAB atau boleh beli di platform Shoppe dan juga Lazada. Jangan lupa ye masukkan voucher code INLA0030  untuk diskaun tambahan sebanyak RM30.

Official Shopee - https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

#inlabmalaysia #inlabsenz


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post