Panduan Membeli Rumah Mengikut Kadar Gaji

Panduan Membeli Rumah Mengikut Kadar Gaji | Memiliki rumah sendiri adalah satu impian. Tidak hanya kepada mereka yang sudah pun berkawin dan mempunyai anak tetapi mereka yang bujang pun turut merancang untuk memiliki rumah sendiri pada usia muda.

Syabas kepada anak-anak muda yang membuat perancangan awal. Ye lah, kehendak jiwa muda adakalanya mengatasi keperluan utama. Seawal membina kerjaya ada ketikanya terbelenggu antara ingin membeli kereta ataupun membeli rumah. Nak pilih beli kereta atau rumah dulu? Yang mana perlu didahulukan? Kedua-duanya adalah keperluan dan bukan senang untuk buat keputusan. 

Kalau tak ada ada kereta, macam mana nak ke tempat kerja? Lagi lah kalau kerja korang memerlukan korang travel je memanjang. Kalau rumah dekat dengan tempat kerja dan kerja jam 8 hingga 5 setiap hari mungkin membeli rumah menjadi keutaman. Perkara ni subjektif sebenarnya dan keperluan setiap orang tak sama.


Buat pengiraan gaji dan mula menabung

Rumah atau kereta? Korang korang level kayangan tak ada masalah. Beli kereta dan rumah serentak pun tak ada hal bagi korang. Ini untuk mereka yang orang kata baru saja nak memulakan kehidupan atas kaki sendiri.

Sebenarnya bagi yang gaji cukup-cukup je ni boleh je nak beli rumah dengan kereta sekali tanpa bebanan dua hutang. Caranya, korang kena menabung dulu. Sediakan wang yang cukup untuk beli kereta terpakai secara tunai. 

Tak perlu fikir apa orang kata kalau kita memandu kereta terpakai. Tak kira rumah atau kereta, beli mengikut keperluan dan kemampuan bukannya sebab gaya. Dah ada kereta boleh buat perancangan untuk memiliki rumah pertama pula.


Panduan membeli rumah mengikut kadar gaji

Di bawah ni disertakan anggaran harga rumah yang boleh di beli mengikut kadar gaji bulanan. Gaji RM1500 sebulan boleh cari rumah lelong. Kerajaan pun ada sediakan skim untuk mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri seperti rumah PPR dan Perumahan PR1MA.

Panduan beli rumah mengikut kadar gaji


Untuk membeli rumah, pakar kewangan berpendapat pinjaman perumahan atau ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga (⅓) daripada gaji kasar. Jika gaji korang ialah RM3,000 sebulan, korang tidak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 sebulan untuk pinjaman perumahan.


Gaji RM 1500 Boleh Beli Rumah?

Gaji minima di Malaysia dah capai RM 1500 sebulan. Layak ke nak beli rumah dengan gaji RM 1500? Sebenarnya, tiada gaji minimum yang ditetapkan untuk melayakkan korang beli rumah. Semuanya tengok pada harga rumah yang korang nak beli. Kemudian pihak bank akan nilai pula tahap kewangan korang.

Pihak bank akan menggunakan Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) untuk mengira kelayakan pinjaman anda. DSR ni  merujuk pada nisbah pembiayaan hutang dengan pendapatan kasar isi rumah dengan mengambil kira setiap komitmen, hutang dan prestasi kewangan semasa korang.

Maksudnya, DSR ni lah yang akan menetukan sama ada korang layak untuk memohon pinjaman perumahan dengan pihak bank atau tidak. 

Di Malaysia, untuk melayakkan korang untuk beli rumah kadar DSR korang tak boleh melebihi 70%.  Tapi setiap bank mempunyai nilai DSR yang berbeza dan ada sesetengah bank yang menetapkan syarat kelayakan kadar DSR yang lebih rendah. 


Semak Kemampuan Bayar Pinjaman

Walaupun ikut pada kadar gaji korang layak untuk memiliki rumah yang harganya lebih mahal tetapi komitmen setiap orang berbeza. Ada yang perlu menyara adik-adik yang masih belajar. Hanya diri sendiri yang tahu situasi kewangan masing-masing. Walaupun layak tapi belilah rumah mengikut kemampuan.

Korang boleh menggunakan mortgage calcultor untuk semak kemampuan untuk bayaran pinjaman. Sekiranya bayaran bulanan melebihi kemampuan carilah rumah yang lebih murah . Ingat, buat hutang rumah tempohnya bukan sekejap. Cabaran kewangan mendatang pun kita tak dapat nak jangka.

Semoga impian untuk memiliki rumah pertama tercapai.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. susah nak cari rumah yg sesuai...murah harganya tapi jauh dari tempat kerja dan lain lain kemudahan

    BalasPadam
  2. susah nak cari rumah yg murah... pastu nak lepas loan pun payah kdg huhu

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama