Pertama Kali Naik KL Hop-On Hop-Off Bus (Night Tour)

Pertama Kali Naik KL Hop-On Hop-Off Bus (Night Tour) | Lamanya kami tak naik bas. Tak silap Yaya kali terakhir enam atau tujuh tahun yang lepas ke Langkawi dengan bas persiaran. Selepas tu tak ada dah memori dengan bas. hihi. Kali ni bawa anak-anak mencipta pengalaman manis ronda-ronda Kuala Lumpur City Of Lights dengan KL Hop On Hop Off Bus - HOHO Bus.

KL HOHO Bus



Pertama Kali Naik KL Hop-On Hop-Off Bus (Night Tour)


Beli voucher melalui platform KLOOK

Laluan KL HOHO bus
Harga tiket untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun percuma je. Harga tiket sama je kalau beli dekat official website (https://ticket.myhoponhopoff.com/) tapi dekat Klook nanti bila dah booking akan dapat credit. So, adalah sedikit penjimatan. Korang kalau belum register cepat-cepat register KLOOK Selesai booking dapat credit, nanti submit review akan dapat credit lagi. Next booking akan dapat jimat banyak.


Dah ada voucher nanti tunjuk je mobile voucer di kiosk untuk tebus tiket. Kiosk KL HOHO terletak di Bukit Bintang. Lokasi kiosk betul-betul berdepan dengan pintu masuk Plaza Sungei Wang.

Kiosk KL Hop on-Hop-Off Bus Bukit Bintang

Review KL Hop-On Hop-Off Bus



Laluan KL Hop-On Hop-Off Bus (Night Tour)

  • Chinatown (passby)
  • Central Market (passby)
  • Little India (passby)
  • KL Sentral (passby)
  • National Palace (5 minutes stop)
  • Dataran Merdeka (5 minutes stop)
  • Istana Budaya (passby)
  • KLCC (5 minutes stop)
  • MaTiC (Malaysia Tourism Centre) (passby)
  • KLTower (5 minutes stop)

Untuk night tour ada satu trip saja ye bermula jam 8 malam dan kembali semula di Kiosk KL HOHO Bukit Bintang pada jam 10 malam. 

Persediaan sebelum naik KL HOHO Bus



1) Datang awal 

Tempat duduk first come first serve. Kalau korang berhasrat nak duduk open air di tingkat atas bas sila datang awal. Masa beli tiket online tu dalam voucher tu dah advice kena ada kat situ 30 minit awal. Tapi kalau nak duduk tingkat atas sila datang lebih awal. Kami sampai 6.40 petang orang dah ramai beratur. Masa tu ada dua buah bas dah park. Kiranya yang beratur tu memang bakal memenuhi dua bas tu. 

Frust dah masa tu ingat dah terlepas nak duduk tingkat atas. Nasib baik ringan mulut bertanya. Rupa-rupanya ada lagi bas yang tak sampai. Tak silap 2 buah ke 3 buah lagi. Tak ada orang beratur pun situ. Apa lagi cepat-cepat kami jadi kepala buat barisan. 

2) Makan kenyang-kenyang

Makanan tidak dibenarkan sama-sekali untuk di bawa masuk ke dalam bas. Sebelum beratur makan kenyang-kenyang ye terutamanya yang ada anak kecil tu. Bimbang nanti dua jam tour anak-anak cakap lapar memang tak ada apa la nak makan atas bas tu.  Minuman pun terhad air dalam botol macam air mineral je dibenarkanbaa naik atas bas.

3) Bawa payung dan baju hujan

Cuaca tak selalunya memberikan kerjasama. Petang tu tak ada petanda pun hujan nak turun. Tapi tak lama selepas bas bergerak menitis atas muka kami gerimis halus. Habis la basah, lambat lagi nak habis 2 jam ni. Orang sebelah kami sekeluarga masing-masing dah mula sarung baju hujan nipis yang pakai buang tu. Kami mampu berdoa je lah moga-moga tak hujan lebat. Lama juga gerimis, rasa hampir setengah jam. Dan, syukur sangat tak jadi hujan pun malam tu. Jadi, korang jangan lupa standby payung dan baju hujan ye...


Pengalaman pertama kali naik KL Hop-On Hop-Off Bus

Tak sangka suasana malam Bandaraya Kuala Lumpur begitu menarik dan mempersona. Dengan bangunan pencakar langit yang menjadi kebanggaan kita dihiasi cahaya lampu-lampu bergemerlapan. 

Sebelum ni pusing-pusing Kuala Lumpur dengan kereta tapi bila berada di atas bus double-decker memberikan gambaran dan pengalaman berbeza. Lain betul perasaan tu. Jangan kata pelancong luar negara, kami rakyat Malaysia ni pun sangat kagum. 








Kami empat beranak tak turun langsung dari bas. Semua gambar ambil dari atas bas je. Anak-anak malas dah nak bergerak.

Oh ye, ada tour guide yang akan memberikan penerangan dalam Bahasa Melayu dan English. Dapatlah anak-anak tambah pengetahuan secara tak langsung. Contohnya anak-anak baru tahu senibina Pintasan Saloma berkonsepkan sirih junjung manakala senibina Menara Kuala Lumpur diinspirasikan dari permainanan tradisional Melayu iaitu gasing.

Dua jam perjalanan rasa sangat sekejap. Korang kalau ada kesempatan cubalah alami sendiri pengalaman bersiar-siar di Bandaraya Kuala Lumpur dengan KL HOHO Bus ni. Pasti korang akan bersetuju dengan Yaya bersiar-siar di bandar metropolitan ini akan memberikan perspektif yang berbeza.


Beli tiket di KLOOK je ...jimatttt...
















Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. salam singgah. kali terakhir naik masa merdeka 2020 ke 2021. pegi tiket online juga. under rm100. 2 dewasa 2 kanak2 12yo dan 10yo. mmg best. cuma ank2 byk tido.ahaha.

    BalasPadam
  2. Sesekali ni yang rasa seronoknya berganda.

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama