Pengalaman Menginap Di Metro Hotel Bukit Bintang

Pengalaman Menginap Di Metro Hotel Bukit Bintang | Al kisah, sempatlah kami sekeluarga mengisi cuti sekolah dengan jalan-jalan di sekitar Bukit Bintang. Flight pagi dari Kuala Terengganu, sampai KL pun awal lagi. Telefon hotel kalau boleh tinggalkan luggage di hotel sebab check-in pun lambat lagi jam dua petang. Alhamdulillah, boleh tinggalkan je luggage kami. Staff di kaunter siap check booking kami dalam sistem kemudian bagi tahu bilik belum ready. Ye lah..baru 11 pagi kut. Agaknya kalau bilik ready dah boleh terus check in.

Metro Hotel Bukit Bintang


Tempahan Bilik Melalui Traveloka

Yaya tempah Metro Hotel untuk 3 hari 2 malam melalui platform Traveloka. Total RM 317.75 untuk Family Triple Room tanpa sarapan pagi. Sudah cukup selesa untuk kami empat beranak. Hotel ni tak ada kolam renang ye. Kalau travel drive sendiri harus angkut juga baju renang anak-anak. Tema bercuti kali ni nak jalan-jalan je. Hihi. Stay hotel pun untuk tidur semata-mata. Tak sempat pun nak round hotel. 

Hotel murah Bukit Bitang


Masa nak buat pembayaran dapat kupon dari Traveloka. Alhamdulillah banyak juga dapat diskaun.




Lokasi Metro Hotel Bukit Bintang

Metro Hotel Bukit Bintang terletak di Jalan Pudu. Lokasi hotel berhadapan dengan Berjaya Times Square dan juga Lalaport. Stesem monorail Imbi pula jaraknya hanya lebih kurang seminit berjalan dari hotel dan sangat dekat dengan Plaza Low Yatt.

Lokasi yang sangat strategik. Kalau nak shopping di Lot 10, Fareinheit 88, Pavilion atau ke Plaza Sungei Wang boleh juga naik monorail dari stesen Imbi dan turun di stesen Bukit Bintang. Tapi kami hanya berjalan kaki ronda-ronda tempat menarik di Bukit Bintang.

Baca juga: IKEA Damansara


Kemudahan Dalam Bilik Family Triple Room

  • Air conditioning
  • Hot & Cold shower
  • Hair dryer
  • Drinking water
  • Coffee / tea 
  • Refrigerator
  • Television
  • Writing desk
  • Safety deposit oox
  • Wifi 
  • 32' LCD TV
Iron dan ironing board ada di luar bilik. Kami tak guna pun. Yaya pilih untuk bawa tudung dan baju tak perlu digosok lagi memudahkan.

Metro Hotel Bukit Bintag Review

1 king bed dan 1 Single bed. Room size 25m²



Gambar selepas katil dah kena ligan dengan anak-anak. Bantal dan katil empuk walaupun hanya hotel tiga bintang. Puas hati dapat bilik hotel bersih dan tak berbau. Bilik tak terlalu padat dan nampak luas. Hadapan katil masih luas dan ada satu meja kerja. Boleh solat kat depan katil ni. 

Berdepan dengan katil ada mount TV. Ada siaran basic, AXN, HBO. Kami tak sempat nak layan TV pun. 

Metro Hotel tsetinggi 12 level dan bilik kami di level lima. Masa booking tu Yaya request juga nak level tinggi tapi level lima ni dah ok dah. Dapat pemadangan jalan raya yang sibuk dan kereta api monorail lalu setiap lapan minit. 

Sekali sekala kedengaran siren dari motosikal polis. Rupa-rupanya balai polis bersebelahan je dengan hotel. Tapi bunyi-bunyian ni tak menganggu. Tidaklah bunyi bising sampai tak boleh tidur.

Pengalaman di Metro Hotel


3D2N Metro Hotel Bukit Bintang Jalan Pudu




Hotel sekitar Bukit Bintang

Toiletries. Tersedia juga shower cap and small bar soap.

Hotel Murah Bukit Bintang


Hotel best Bukit Bintang

Tandas bersih. Bahagian shower dan toilet diasingkan.


Pengalaman Menginap di Metro Hotel

Masa ni dah selesai check out. Teringat masa hari pertama tiba di hotel. PIC sangat membantu. Dah bersedia berdiri depan hotel. Nampak saja Grab berhenti, terus menuju ke bonet kereta, keluarkan beg-beg kami dan bawa masuk ke ruang lobi. Bagi yang datang dengan kereta tak perlu risau,  parking hotel ada disediakan. 




Pemandangan dari bilik hotel level 5. 

Kalau korang mencari hotel bajet sekitar Bukit Bintang dengan lokasi strategik hanya walking distance sahaja ke tempat-tempat menarik boleh cuba menginap di Metro Hotel Bukit Bintang. 

Alamat dan contact number Metro Hotel 

Metro Hotel Bukit Bintang 
No.208, Jalan Pudu, Bukit Bintang, 
Kuala Lumpur, Malaysia, 55100 
Phone / Telefon : +60321437001
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post