Kasut Sekolah Pallas Jazz Tetap Jadi Pilihan

Kasut Sekolah Pallas Jazz Tetap Jadi Pilihan | Seronoknya anak-anak bila tahu dah dapat kembali ke sekolah. Tak apalah secara penggiliran pun. Hari tu, bila Yaya bagi tahu dah nak cuti sekolah akhir tahun, terus berubah air muka mereka. Baru start sekolah dah cuti ke ibu? Haha..lain sungguh anak-anak sekarang. Kita dulu bukan main suka lagi bila tiba cuti sekolah. 

Masa dapat tahu sekolah akan dibuka, Yaya keluarkan uniform sekolah dan juga kasut sekolah. Ya ampun seluar singkat, kasut dah tak muat. Enam bulan bercuti korang membesar dengan jayanya ye wahai anak anak-anak.

Kasut Sekolah Pallas

Untuk adik Wazif, masih lagi pakai uniform lama. Nampak seluar singkat sedikit tapi bertahan dulu lah untuk sebulan ni ye adik. Untuk abang Wafiq, ketara sangat seluar sekolah singkat. Tapi nak beli baru pun membazir sebab tahun depan dah tingkatan 1. Jadi dia ke sekolah dengan pakaian sukan je.

Kasut sekolah pula kalau dah tak muat dah tak boleh buat apa. Kena beli baru juga ni. Tahun lepas Yaya beli kasut sekolah secara online. Jadi tahun ni, beli online juga lah, dah tahu macam mana cara nak ukur saiz kaki anak. Jadi beli online ni lagi memudahkan.

Kasut Sekolah Pallas Jazz Tetap Jadi Pilihan

Jenama kasut sekolah turun temurun sungguh ni. Dah lama tau jenama Pallaz ni bertapak di Malaysia. Dulu mak ayahnya pakai kasut sekolah Pallas, sekarang giliran anak-anak pula ye. Sebab kami dah tahu betapa selesanya kasut Pallas ni.

Sebelum membeli kasut sekolah, semestinya Yaya mementingkan beberapa ciri yang mesti ada pada kasut tu. Kita mesti nak cari kasut dengan design yang menarik dan harga mesra poket. Kasut juga mestilah selesa, berkualiti dan tahan lasak untuk dipakai berbulan-bulan.


Kasut Sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0196 Black Untuk Adik Wazif

Kasut Sekolah Pallas Beli Online

- Velcro strap design
- Cooling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort protection

Bila Yaya baca penerangan pada website tak fikir panjang dah, terus pilih kasut ni untuk adik Wazif. Ternyata pilihan mak jarang nak salah, haha! Sampai je kasut, seronok sungguh si kecil ni bergaya-gaya. Adik kata kasut ni ringan. Berbaloi Yaya beli dengan harga RM 42.99 sepasang.

> Bouncy insole with arch support (gerbang sokongan untuk kaki)

Kasut Sekolah Pallas Jazz Murah

Bouncy Insole bersama arch Support bagus untuk kanak-kanak yang mempunyai tapak kaki rata (flat footed) atau  lengkung kaki yang tinggi (high arch).

Arch support akan memberikan kelegaan pada otot kaki semasa berjalan atau berdiri lama. Ianya memberikan keselesaan yang optimum untuk tapak kaki. 

Sangat sesuai untuk anak-anak yang sentiasa aktif di sekolah. Nak pakai kasut ni ketika bersukan pun sesuai. Ianya akan memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi kaki anak. 

> Extra Lightweight

Kasut Sekolah Pallas Jazz Cepat Kering

Hah, dekat tapak pun dah dibertahu ' X-Light'. Jangan pandang ringan pada berat kasut. Penting sangat untuk kesihatan kaki anak. Kasut yang ringan akan membantu kanak-kanak membesar dengan kaki yang sihat.

Kalau kasut berat, nak melangkah pun berat. Beg sekolah berat, tambah kasut pulak berat jugak. Tak pasal mood nak ke sekolah pun jadi 'berat', jadi malas. Setuju tak?

> Better Ventilation System

Kasut Sekolah Rendah Pallas Jazz

Pernah tak korang dulu pakai kasut rasa tak sabar nak tanggalkan? Kaki rasa panas dan tak selesa? Sebabnya ni lah, kasut yang dipakai tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik. 

Tapi, berbeza dengan kasut Pallas, design berjaring pada kasut bukan sahaja nampak cantik tapi ada fungsinya. Ianya memberikan pengaliran udara yang baik. Jadi kelembapan dan peluh dari kaki dapat ditarik keluar. Tak adalah kaki rasa panas dan berbau. Pakai berjam-jam di sekolah tetap rasa selesa.

Bukan anak je selesa memakai, basuh kasut pun cepat kering. Inilah kelebihan mesh fabric berbanding fabric yang biasa kita tengok pada kasut sekolah jenama lain.


Kasut Sekolah Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328 Black Untuk Abang Wafiq 

Kasut Sekolah Menengah Pallas Jazz

Untuk abang Wafiq yang dah meningkat remaja, tak nak dah dia kasut sekolah jenis velcro strap. Dah beralih arah ke kasut sekolah bertali pula. Kita ikutkan saja lah citarasa dia. Dari awal tahun lagi dia minat dengan kasut sekolah bertali ni. Jadi kali ni, beli kasut yang sama je.

- Signature and unique Jazz lace up design
- Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
- Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
- Rubber outsole for excellent grip

Suka betul Yaya dengan design kasut sekolah pilihan Wafiq ni. Design yang simple tapi cukup dengan ciri-ciri penting yang pelu ada pada sepasang kasut. Kasut ni harganya RM 47.99 sepasang.


> Rubber insole 

Kasut Sekolah Pallas Jazz Warna Hitam

Rubber insole yang baik akan membantu abang Wafiq memakai kasut sekolah dengan lebih selesa serta dapat mengurangkan tekanan dan keletihan pada kaki. 

Kasut Sekolah Murah

Tapak kasut getah pada kasut Pallas juga memberikan cengkaman yang lebih kuat, selamat dan mudah lentur. Jadi kalau abang Wafiq berjalan dipermukaan yang licin tidaklah mudah tergelincir atau jatuh.

Apa lagi abang Wafiq, siaplah untuk melangkah dengan lantunan yang lebih yakin dan semestinya abang Wafiq pasti akan rasa lebih selesa memakai kasut sekolah hampir sepanjang hari.

> Arch support

Kasut Sekolah Pallas Jazz

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan perlunya setiap kasut mempunyai arch support atau kusyen tumit dengan gerbang sokongan.

Dengan adanya arch support, ia memberikan keselesaan optimum pada setiap jenis tapak kaki sama ada jenis rata, lengkungan membujur yang lemah atau jatuh. Ia juga melegakan ketegangan pada otot kaki semasa berjalan dan berdiri lama. 


Beli Kasut Sekolah Pallas Online Je..


Sekarang ni kan, kalau boleh semua nak beli online. Klik-klik je pastu nanti dapatlah barang tu. Tambah pula musim tengkujuh dah bermula, haish..malas sungguh nak keluar. Kasut sekolah pun beli online. Memudahkan, tak perlu lah Yaya nak bawa anak-anak ke kedai kasut.

Asalkan korang tau ukuran kaki anak. Cara nak ukur kaki pun mudah je. Terap je kaki anak pada kertas. Kemudian ukur panjang dari tapak ke jari yang paling panjang. Hah..dah dapat ukuran kan, selepas tu tambah 1 cm. Mudah je kan. Tapi kalau nak nampak lagi jelas cara ukur saiz kaki anak, boleh tengok video ni.



Apa lagi, jomlah beli kasut sekolah untuk anak-anak.  Boleh beli online di www.wow2wee.com

Untuk maklumat lanjut layari :




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. anak anak saya yang sekolah rendah semua pakai pallas... pilihan terbaik

    ReplyDelete
  2. awa suka jenama kasut pallas jazz ni. sbb jenama ni dh lama kot. kualiti okay! harga pun takde la melampau kayangan sangat. kira ok la.. berbaloi2 beli. design pun not bad

    ReplyDelete
  3. kami pun peminat pallas jugak.. tahun ni pun anak-anak guna pallas.. semangat memasing nak ke sekolah dengan kasut baru..

    ReplyDelete
  4. Marsha pun pilih pallas untuk anak dara Marsha. Dia kata dia lebih selesa dengan jenama pallas

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post