Kasut Sekolah PALLAS JAZZ Bertali Pilihan Anak | Selamat Tahun Baharu 2021 untuk semua! Tak lama je lagi sesi persekolahan untuk 2021 akan bermula. Yaya dah sediakan kasut sekolah hitam jenama PALLAS JAZZ untuk Wafiq. Tahun ini, Wafiq pilih kasut sekolah hitam bertali.

Kasut Sekolah Pallas Turun-Temurun


Darjah 1, 2 dan 3 Wafiq pakai kasut sekolah jenis strap velcro. Naik darjah 4 dan 5 beralih ke kasut sekolah jenis sarung macam tu je. Mudah dia kata. Ni dah nak masuk darjah 6 dah tukar lagi selera dia. Pilih jenis yang bertali pulak. Nampak tak dia punya peralihan citarasa tu berubah sedikit demi sedikit. Anak yang meningkat remaja macam ni lah kan. Macam kita dulu juga, kasut sekolah nak pilih sendiri. Design macam mana pun, kasut sekolah jenama Pallas tetap di hati. Yaya dulu pun pakai kasut sekolah Pallas. Dah tahu betapa selesanya kasut sekolah Pallas ni, jadi ada anak pun, kita beri Pallas juga. Hihi.




Tak menyusahkan anak ke bagi anak pakai kasut bertali?


Tak ramai kanak-kanak yang pandai ikat tali kasut sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Sebelum ini pun Yaya berfikiran yang sama, iaitu kasut bertali ni menyusahkan anak. Fikir anak masih kecil, nanti terpijak tali kasut bahaya pula.


Ni darjah 6 Wafiq kena berubah dah. Nasib lah dia sendiri nak mencuba pakai kasut sekolah bertali ni. Kalau tak, tak kan lah Yaya nak biarkan dia berada dalam keadaan 'senang dan selesa' pakai kasut jenis velcro strap atau sarung.

Walaupun ia nampak mudah dan tidak ada apa-apa, ia sebenarnya satu masalah yang sangat besar. Pokoknya di sini, bukannya anak-anak ini tidak boleh ikat tali kasut. Hakikat yang sebenar ialah, anak-anak tidak melalui kesukaran untuk belajar sesuatu. Anak-anak ini merasakan itu adalah okay. Dan anak-anak perlu tahu, untuk belajar sesuatu, perlu kerja keras.

- Ian Figgen (dikenali sebagai Professor Shoelace)

Sebelum ini, kalau hari ada subjek Pendidikan Jasmani atau hari sukan, Wafiq akan pakai kasut sukan bertali. Tapi dia punya terhegeh-hegeh ikat tali tu kita pula naik geram menengoknya. Kita pula yang tolong ikatkan. Inilah silap Yaya. Proses belajar ikat tali kasut tu pun sebenarnya salah satu proses perkembangan anak-anak.

Semalam, seronok Wafiq belajar ikat tali kasut. Bila dia google macam-macam gaya ikatan boleh buat. Teruja pula dia. Nanti dah masuk sekolah, kena ikat sendiri tali kasut. Lama-lama pakai nanti biasalah. 




Kasut Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328 Bertali Menjadi Pilihan


Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328

- Signature and unique Jazz lace up design
- Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
- Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
- Rubber outsole for excellent grip

Bila Yaya baca ciri-ciri yang ada pada kasut Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328 ni terus Yaya yakin inilah kasut sekolah yang sesuai untuk Wafiq yang sentiasa aktif.


> Rubber Insole - Kusyen tumit getah untuk lantunan yang lebih baik dan selesa


Pallas Jazz Rubber Insole

Insole yang diperbuat daripada getah adalah yang terbaik. Ianya dapat membantu si pemakai rasa lebih selesa serta dapat mengurangkan tekanan dan keletihan pada kaki. Wafiq pasti akan rasa lebih selesa memakai kasut sekolah hampir sepanjang hari.


> Rubber Outsole - Tapak kasut getah yang memberi cengkaman lebih kuat dan selamat


Kasut sekolah pilihan ibu bapa

Bagi Yaya, selain design kasut tu sendiri, ciri-ciri pada tapak kasut pun kena ambil perhatian. Tapak kasut yang diperbuat daripada getah mampu memberi cengkaman yang lebih kuat dan mudah lentur. Lagi pula rubber outsole ni kalis air. Jadi kalau Wafiq berjalan di permukaan yang licin tidaklah mudah jatuh atau tergelincir.


> Arch Support - Kusyen tumit dengan gerbang sokongan


Kasut sekolah scholl shoes arch support

Adanya arch support sangat penting untuk menyokong kaki. Insole yang mempunyai arch support dapat melegakan ketegangan pada otot kaki dan ianya memberi lebih keselesaan terutamanya kepada anak yang memiliki tapak kaki jenis Flat Foot atau High Arch. 

Jenis-jenis tapak kaki manusia - Flat Foot, Normal Foot, High Arch
Gambar dari: https://soulinsole.com


Ternyata Pallas telah memikirkan keperluan yang berbeza untuk setiap anak dalam merekacipta sepasang kasut yang berkualiti tinggi dan selesa. 


Macam mana Yaya pilih kasut sekolah terbaik untuk anak?

Bagi Yaya, nak membeli kasut sekolah kena titik beratkan beberapa perkara juga. Kita yang dewasa pun mengeluh kalau pakai kasut tak selesa, lenguh kaki lah, sakit tumit lah. Apatah lagi anak kita yang pakai kasut sekolah hampir sepanjang hari. Jadi, sebelum membeli kasut sekolah Yaya akan pastikan semua ciri-ciri di bawah ni ada.

Kasut sekolah berkualiti

- Design kasut yang menarik
- Harga mestilah mesra poket
- Berkualiti dan tahan lasak untuk dipakai berbulan-bulan
- Kasut tidak berat dan selesa dipakai
- Ada ciri-ciri keselamatan seperti tapak kasut yang memberi lebih cengkaman

Semua ciri-ciri yang Yaya nak ni ada pada kasut sekolah jenama Pallas. Jenama kasut yang menjadi pilihan ramai ibu bapa. Jadi sememangnya Yaya recommend jenama Pallas ni terutama untuk ibu bapa yang anak baru nak melangkah ke alam persekolahan. Orang kata belum ada pengalaman nak beli kasut.


Beli online je, pasaraya pun ada


Pallas Jazz Bertali

Sekarang ni sedang giat berlangsung kempen Kembali Ke Sekolah. Mudah nak dapatkan kasut sekolah masa ni. Kalau masuk kedai menjual kasut, kasut sekolah ada di bahagian depan sekali. Korang boleh dapatkan kasut Pallas ni di kaunter kasut Pallas di Aeon, Tesco dan Pasaraya Mydin.

Untuk Yaya, tahun ini Yaya memilih untuk membeli kasut sekolah secara online. Senang je beli online ni. Buka je laman web Pallas Authorized Dealer di www.wow2wee.com , ada macam-macam pilihan kasut sekolah. 




Cara ukur saiz kaki anak

Kalau memilih untuk membeli secara online kena lah tahu saiz kaki anak. Bukan beli online je, kalau nak ke pasaraya tapi tak nak bawa anak-anak ukur siap-siap saiz kaki anak di rumah. Ada guideline dalam website macam mana nak ukur saiz kaki. Caranya, Yaya suruh Wafiq berdiri dan letak kaki di atas kertas A4, kemudian terap bentuk kaki dengan pensil. Ambil ukuran dari tumit hingga jari kaki yang paling panjang dan tambah 1 cm. Itulah saiz kasut sekolah anak. Mudah je kan.


Cara ukur saiz kaki
Cara Ukur Saiz Kaki
 



Bila Yaya ukur kaki Wafiq dapat ukuran 24.5 cm, tambah 1 cm jadi lah 25.5 cm. Yaya pilih kasut saiz 7 untuk Wafiq. Bila dapat kasut, sedang elok kasut dengan Wafiq. Jadi korang lepas ni tak perlu lah nak bimbang kalau beli online. Ukur betul-betul pasti dapat saiz yang betul juga.

Apa lagi jomlah shopping kasut. Ada pelbagai pakej combo disediakan sempena kempen Kembali Ke Sekolah. Diskaun kaw-kaw tau. Lepas tu dapat free gift lagi. 

Menariknya lagi, Setiap belian RM50 dan ke atas akan dapat PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia manakala SHIPPING FEE FLAT RATE RM5 untuk setiap pasang ke Sabah dan Sarawak.

Cepat-cepat beli tau. Promosi bakal berakhir pada 31 Januari 2021.












17 Comments

  1. Makin bergaya la nanti boy bila pakai kasut Pallas ni.

    ReplyDelete
  2. Memang best lar boleh beli yang paling sesuai dengan menggunakan petua dan guide yang telah ditunjukkan ni. Jenama Pallas ni memang pilihan banyak ibu-bapa untuk si kecil ke sekolah kan?

    ReplyDelete
  3. anak sis semua suka kasut bertali
    slmt thn baru 2021

    ReplyDelete
  4. Dulu2 kita pakai kasut putih je and kena cuci tiap minggu. Skg dah ada pilihan kasut hitam tak la nampak kotor sgt kan klu xde masa nak cuci.

    ReplyDelete
  5. cantik design pallas. jenama yang dipercayai. budak2 biasa suka yang pelekat tu. bertali pun cantik jugak

    ReplyDelete
  6. Wahhh sekarang pakai kasut hitam senangkan hehehehe tapi budak sekarang ni tak tahu bila nak start sekolah balik hehehehe kasut yang tahun lepas pun berapa kali je pakai kan...

    ReplyDelete
  7. shoes from this brand really do look durable and sturdy, perfect for active young kids for school. the design is lovely too!

    ReplyDelete
  8. Pallas jenama yg tidak diragui dari dulu sampai sekarang.. Wawa pun guna pallas zaman belajar dlu mmg best kasut dia..

    ReplyDelete
  9. Teringat masa zaman sekolah dulu, kasut pallas jazz ni la kasut yang paling trendy masa tu. Tak sangka sampai sekarang pun masih lagi popular.

    ReplyDelete
  10. Anak Marsha pun Marsha pilihkan Pallas Jazz untuk dia masuk f1 nanti

    ReplyDelete
  11. Anak anak saya pun guna Pallas juga...kasut legend sangat, dulu2 Kita pun guna Pallas.

    ReplyDelete
  12. lama betul dah tinggal zaman sekolah. ingat masa dulu2. Pallas Jazz ni la jadi pilihan untuk sekolah.

    ReplyDelete
  13. pallas jazz ni dah lama dulu menjadi pilihan ke sekolah. rasa bgaya sangat bila pakai kasut ni.hehe
    now, kte bagi anak2 pulak rasa bgaya tu..hehee

    ReplyDelete
  14. Saya teringat masa saya darjah 6. Takmo dah kasut lekat-lekat velcro. Hahaha. Nak bertali. Pallas Jazz je ada design camtu. Hehehe. Pastu tingkatan 1 sampai tingkatan 5 berterusan. Heheehe.

    ReplyDelete
  15. Dulu time sekolah..pallas jazz juga jd pilihan :)

    ReplyDelete
  16. syukur la anak2 anda bertiga masih muat kasut thn lepas. tak berape hari je diorang bersekolah, kan. bertali ni style skit :) nampak matang.
    pallas memang tahan lama, aida akui, yaya. berbaloi.

    #biters

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.