Cara Masak Tomyam Thailand 1 Juta dari  Abe Joe Tanpa Garam, Gula Dan MSG | Memasak ni ada masanya nampak mudah. Sama lah halnya bila nak masak tomyam. Nampak mudah dan main campak-campak je segala bahan. Tapi bila tengok Youtube Fizo Omar, ada kelainan sedikit cara Fizo masak tomyam Thai ataupun tomyam merah berbanding dengan cara Yaya selama ni. Nasihat Fizo, ikut resepi langkah demi langkah, dan jangan derhaka resepi. Pasti sedap dan menjadi.

Resepi Tomyam Thailand Fizo Omar

Sekian lama tak masak Tomyam, hari ni teringin pula nak makan. Jadi siang tadi terjadilah tomyam sayur campur ayam dan udang. Sayur pun ada lobak merah, kubis bulat dan cendawan tiram putih je. Lupa nak beli bunga kubis dengan ketiak jagung, baby corn eh? hihi. Alkisahnya en suami yang ke pasar. Yaya malas nak ikut. Kalau Yaya ikut sekali, kalau ada barang yang tak ada dalam senarai barang hendak dibeli, bila tertengok pasti terus teringat benda tu perlu kan. Jadi guna apa yang ada sahajalah. Sape suruh malas? hihi.

Masak tomyam Abe Joe style ni sedap juga rupanya. Resepi tomyam dari Thailand. Dia belajar nak buat tomyam sampai ke Bangok tapi kita dapat percuma je. Semoga semakin murah rezeki dia kongsikan resepi tomyam Thailand sedap campak-campak ni dengan kita semua.   

Menariknya resepi ni tidak menggunakan garam, gula mahupun perasa tambahan. Rasa masam, masin dan manis tomyam datang dari bahan-bahan yang digunakan.

Yaya tak pernah guna sos ikan kalau nak buat tomyam. Lengkuas dan akar daun ketumbar pun Yaya tak letak. Daun limau purut tu pula tidak lah Yaya letak akhir sekali macam Fizo buat. Sebelum ni Yaya letak dalam 1 sudu susu pekat, tapi Fizo guna susu cair. Ada lagi yang berbeza..Fizo guna perahan limau nipis bagi menggantikan cuka.  Jadi, Yaya pun beli limau nipis yang jarang-jarang sekali beli tu..

Fizo kata nak buat tomyam ni jangan kedekut pes. Sebelum ni Yaya beli pes tomyam Adabi dalam peket tu je. Sekali buat letak sepeket untuk 4 ke 5 orang. Macam ceroi lah jugak kalau terlebih air. Tapi dalam 3 bulan lepas macam tu, langsung tak jumpa pes tomyam Adabi di supermarket. Kedai runcit, pasar pun tak ada. Macam terputus bekalan. Mungkin lah kut sebab masa tu kan PKP. Bila jumpa pes tomyam dalam botol, terus beli. Dah beli jadi display item dalam frdge. Muahaha. Yang peting kena simpan stok, nak pakai senang. Bila dah ada yang dalam botol ni, 4 ke 5 sudu besar juga Yaya masukkan dalam periuk.

Resepi Tomyam Thailand


Resepi Tomyam Thailand 1 Juta Fizo Omar

Bahan-bahan Tomyam Thailand:

  • 2 pohon akar ketumbar - diketuk
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 ke 5 biji cili padi - diketuk
  • 4 sudu besar pes tomyam
  • Isi ayam / udang/ sotong secukupnya
  • 1 biji bawang Holland 
  • 2 bji tomato -  potong 4
  • Sayur pilihan - cendawan, kubis, lobak merah
  • 4 sudu besar perahan limau nipis
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 senduk kecil susu cair

Cara penyediaan Tomyam Thailand:

1. Didihkan sekejap akar ketumbar, lengkuas, serai an cili padi ke dalam periuk.

2. Masukkan pes tomyam ke dalam periuk. Kemudian masukkan isi ayam.

3. Bila ayam dah masak, masukkan udang dan sotong, bawang Holland, tomato dan sayur-sayuran.

4. Kemudian masukan perahan limau nipis, sos ikan dan daun limau purut.

5. Jangan masak terlalu lama. Akhir sekali, tutup api. Kemudian baru dimasukkan susu cair dan gaul rata. Hiaskan dengan daun ketumbar.

Tips Masak Tomyam Thai Yang Sedap Dari Fizo Omar

> Air tak perlu letak banyak, masukkan suku periuk je. Kuah akan jadi banyak dari air ayam dan seafood.
> Serai tak perlu banyak, cukup 2 ke 3 batang serai untuk satu periuk 5 orang makan lebih kurang.
> Tak perlu masak lama, nanti akan rasa pahit. Boleh guna api kuat, masak sekejap je.
> Masukkan ayam dulu, ayam dah masak baru masukkan seafood.
> Elak masukkan daging, nanti kuah jadi hitam.
> Kalau nak guna daging, rebus daging berasingan.
> Daun limau purut masukkan akhir sekali sebelum tutup api untuk elak rasa pahit.

Resepi Tomyam Thailand Gerenti Jadi dari Fizo Omar

Nak nampak gambaran cara memasak yang lebih jelas, boleh tengok video.


Tomyam Thai

Inilah hidangan kami sekeluarga siang tadi, tomyam, telur dadar dan ayam goreng. Yaya lagi suka kalau makan nasi berlaukkan kuah jenis air macam tomyam ni, maksud yaya tanpa santan. Eh teringat pula dengan sayur pedas labu air..lama dah tak buat.

Belah petang bawa anak-anak jalan-jalan ke rumah nenek dorang. Rezeki anak-anak, adik Yaya masakkan spaghetti carbonara. Yaya pun makan juga spaghetti tu, tapi tadi sebelum buat entri ni rasa lapar lagi..jadinya Yaya makan pula semangkuk tomyam. Kenyang hirup kuah tomyam padu. Alhamdulillah.

6 Comments

  1. Tak pernah lulus buat tomyam..hahaha selalu buat sup sayur buh daun limau purut ada la rasa macam tomyam yam sikit..

    ReplyDelete
  2. Mmg susah nak dapatkan stok pes tomyam adabi dlm botol tu, akk suka yg dlm botol tu sbb akk rasa yg tu lebih kaw dari yg dlm peket. Akk tak pernah letak susu pekat ke susu cair ke, hihi..nanti akk nak cuba letaklah

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok tomyam ni. malam ni nak masak masak tomyam la. hihi

    ReplyDelete
  4. sedap tomyam gini :) tq sharing yaya :)

    ReplyDelete
  5. sedap ni. and byk tips yg fizo share ekk. ye la kan, oghe kelate, mesti pakar masak tom yam. aida nanti nak cuba letak susu cair. so far, tak pernah lagi try letak :)

    #biters

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.