Diorama Alam Sekitar PSV Tahun 6

Diorama Alam Sekitar PSV Tahun 6 | Yaya nak kongsikan sebagai kenang-kenangan PDPR untuk matapelajaran PSV. Abang Wafiq kena hasilkan diorama bertemakan alam sekitar. Cabaran juga nak menyiapkan tugasan ni. Dalam keadaan lockdown PKPD bahan-bahan pun terhad. Jadi, kita guna apa yang ada sahaja.

Mula-mula tu Wafiq nak buat diorama bertemakan hidupan laut. Nak buat pemandangan di dasar laut dengan haiwan-haiwan laut bergantungan. Kemudian Yaya cadangkan buat tema pemandangan kampung. Eh, tergoda pula dia dengan idea ibu.

 Asasnya, nak ada gambar bukit, rumah di tepi sawah padi, ada sungai mengalir dan juga pokok kelapa. Kebiasaannya, kalau melukis pemandangan di sawah padi elemen-elemen ni mesti dimasukkan. Bezanya kali ni nak dijadikan diorama, kena tukarkan ke bentuk model tiga dimensi (3D).

Jom tengok Wafiq buat diorama tema alam sekitar! Diorama dengan pemandangan di kaki bukit, ada sungai, ada orang-orang, ada kandang haiwan. Vibes kampung gituh! 

Membuat Tapak Diorama / Diorama Base  

Diorama alam sekitar PSV Tahun 6



Tapak dan dinding diorama tu dihasilkan dengan menggunakan kotak air mineral besar. Pemandangan bukit bukau dilukis di atas tiga helai kertas bersaiz A4 kemudian di tampal pada kotak. Pastikan corak bersambung. Abang wafiq tak lukis, terus dia lakar guna krayon Buncho dan warnakan. Warna guna krayon ni cepat siap, tapi habis ler warna  melekat pada tangan. Untuk tapak pun sama juga, tampal kertas putih pada kotak dan warnakan.



Diorama farm house

Yaya bagi idea untuk tambah kandang haiwan di sebelah rumah. Mujur lah ada banyak stok batang aiskrim. Adik Wazif dia suka guna batang aiskrim ni untuk diwarnakan. Kadang-kadang dia gam je sesuka hati buat macam-macam bentuk. Abang Wafiq minta sikit untuk buat pagar ni. Senget-senget dia potong batang aiskrim. Gam pun senget-benget jugak. Bila dah senget nak lekatkan pada tapak diorama pun susah nak berdiri tegak. Yaya tambah beberapa batang aiskrim di bahagaian bawah pagar untuk tambah kelebaran, dah lebar baru lah boleh melekat elok pada kertas.

Cara buat origami daun palma dan pokok kelapa

Dah temanya alam semulajadi, kena lah ada pokok-pokok. Pokok tiruan tak ada. Kena usaha buat sendiri juga. Search youtube, cari origami pokok yang mudah untuk dibuat. Akhirnya, abang Wafiq pilih untuk buat origami daun palma dan pokok kelapa. Korang kalau nak buat juga boleh refer sini.


Untuk buah kelapa, tak ikut tutorial kat video tu. Buat simple je, gumpal kertas warna hijau kecil-kecil dan lekatkan guna gam. 

Cara buat origami orang-orang / scarecrow 


Diorama pemandangan sawah padi



Walaupun sawah padi sekangkang kera, orang-orang kena buat juga untuk takutkan burung yang banyak berterbangan tu. Lukisan burung tu nostalgia sungguh. Dari ibu sekolah tadika lukis burung macam tu. Ni anak umur 12 tahun pun diajarnya lukis serupa gitu juga. Hahaha.

Nak buat orang-orang ni pun refer youtube jugak.  Tapi untuk topi buat cara lain. Lipat kertas macam nak buat kapal tu. Terus gam dekat kepala. Yang jadi penegak cuma batang lidi halus. Nak kasi elok berdiri tegak ditengah bendang kena apit batang lidi tu dengan batu-batu kecil yang digamkan.


Cara buat origami rumah



diorama pemandangan kampung

Diorama sekolah rendah


Nak hasilkan diorama rumah ni mencabar juga. Tengok orang buat bukan biasa-biasa. Semua luar biasa. haha. Tak mudah nak ikut buat. Jadi dengan bahan-bahan yang serba serbi kurang ni, sekali lagi buat rumah guna kertas je. Memang senang sangat nak buat origami rumah ni. Budak-budak sekali tengok video dah nampak nak buat macam mana.

Tapi dengan sekeping kertas memang susah untuk bagi stabil. Terutama bahagian sisi rumah. Dah la nipis, pastu nak cantumkan dengan atap pula. Wafiq gunakan kertas yang sedikit tebal, guntung kecil beberapa bahagian dan tampalkan je pada bahagian dalam rumah, jadikan supaya berfungsi macam pemberat.



Idea diorama sekolah rendah


Diorama mudah alam sekitar



diorama kawasan sawah padi

Untuk kerusi, tangga, bangku, itik, kura-kura, arnab, kolam, air terjun semua tu dah sedia ada. Yaya ada banyak juga miniatur ni. Buat hiasan dalam pasu kat luar rumah tu. Pokok kaktus tu beli kat kedai eco. Sebelum ni kaktus tu display sekali dengan koleksi Hotwheels. Bila nak buat diorama ni, benda-benda kiut miut ni memang sangat membantu menambah keceriaan.

Dah siap, ambil gambar, hantar video kat cikgu. Sekarang ni, masalah lain timbul, nak simpan mana pulak ler benda alah besar gedabak ni. Huhu.


P/S: Gambar pertama, kenangan rambut bertocang.  PKP ni ler rambut panjang sampai boleh ikat. Yaya nak potong depan straight dia tak bagi. hihi


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kagum betul tengok. Budak-budak sekarang lagi advance dari kita zaman dulu. 🤣

    ReplyDelete
  2. Kreatif.. Teringat time d'uni buat alat bahan mengajar utk kanak2 oku.. Pembelajaran mcm nie mengasah kreativiti pelajar juga dr mengadap screen saja trus kn..

    ReplyDelete
  3. walawehhh
    cantik dan kreatif
    kalau Hans yang buat tak tau lah apa jadi
    hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post