Aktiviti Untuk Elak Anak-Anak Stress Ketika PKP

Aktiviti Untuk Elak Anak-Anak Stress Ketika PKP | Stress atau tekanan bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa, tetapi kepada remaja dan kanak-kanak juga. Ye kanak-kanak pun ada stess tau. PKP ni lagi lah, kanak-kanak lagi stress berbanding orang dewasa. Kita orang dewasa ni, masih lagi boleh keluar rumah untuk bekerja atau membeli barang-barang keperluan harian.

Anak-anak kita? Lama sangat mereka terkurung di rumah. Perasaan bosan, tak tahu nak buat apa dah.  Tak dapat ke sekolah, tak dapat berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan. Aktiviti anak-anak pada waktu siang hampir sama setiap hari, menjalani pembelajaran secara online dan siapkan tugasan dari cikgu. 

Kalau kebetulan hari Yaya tak bekerja boleh la Yaya pantau anak-anak membuat latihan. Kalau tak, anak-anak kena tunggu Yaya dan suami balik kerja seandainya mereka memerlukan bantuan untuk siapkan kerja sekolah.

Sebenarnya, 'stuck' atau tersangkut dalam menyiapkan kerja sekolah pun boleh menjadi salah satu punca stress dikalangan kanak-kanak. Nampak remeh, tapi kalau dibiarkan akan menjadi lebih parah. Ianya bakal mengundang sikap negatif dalam diri anak seperti kurang bercakap dengan ahli keluarga yang lain, hilang selera makan, sakit kepala dan bermasalah untuk tidur lena. 

Untuk anak-anak Yaya yang masih bersekolah rendah, terutama si adik baru darjah dua, adakalanya memerlukan bimbingan untuk menyiapkan kerja sekolah. Yaya selalu berpesan untuk cuba buat sendiri tugasan yang diberikan cikgu. Siapkan kerja sekolah yang mudah dahulu. Mana yang tak tahu, petang nanti baru Yaya akan semak dan bantu dia siapkan tugasan. 

Walaupun kawan-kawan berlumba-lumba menghantar kerja sekolah, kita cuba elakkan anak dari berasa tertekan kerana mungkin merasakan dirinya kebelakang berbanding kawan-kawan sekelas. Bagitahu anak, cikgu tak akan marah, cikgu faham je ada pelajar yang ibu bapa bekerja .Yang penting dia siapkan tugasan dan hantar.

Baca: TIPS MENANGANI ANAK KERAS KEPALA

Sebagai ibu, Yaya juga mengambil pendekatan untuk melakukan beberapa aktiviti untuk elak anak-anak dari mengalami stress atau tekanan sepanjang berada di rumah.  


Aktiviti Untuk Elak Stress Pada Anak-Anak

1) Bermain Lompat Tali

Mengatasi Stress Anak

Bermain lompat tali atau skipping sememangnya aktiviti sihat yang menyeronokkan. Anak-anak pada mulanya agak struggle juga untuk bermain lompat tali ni. Bila dah banyak kali cuba, akhirnya berjaya membuat lebih banyak lompatan tanpa tersangkut pada kaki. Bermula hanya dengan 3 kali lompatan, kemudian 10 lompatan, anak-anak sentiasa berusaha untuk pecah rekod peribadi.

 

2) Melukis Superhero


Ada banyak cara untuk melukis walaupun kurang berkemahiran. Tak kisahlah nak lukis apa pun. Macam anak-anak Yaya, mereka lebih gemar melukis watak superhero kegemaran mereka. Mereka suka melukis dengan meniru lukisan dari komik-komik. Satu lagi caranya dengan cari sahaja di Youtube. Banyak tutorial langkah demi langkah untuk melukis sesuatu. Anak-anak memang enjoy ikut tutorial youtube ni dan lukisan nampak lebih menjadi.

 

3) Membuat Origami


Seni melipat kertas yang berasal dari Jepun ini menjadi aktiviti kegemaran anak-anak. Kertas origami sentiasa ada dekat rumah ni. Membuat origami mendorong anak menjadi kreatif dan fokus. Origami bentuk binatang paling senang nak buat. Tapi ingat ye, jangan pula ibu-ibu cadangkan origami tahap susah untuk dibuat. Kita nak elak anak stress, nanti bertambah stress jadinya kalau tak berjaya menghasilkan bentuk seperti yang diinginkan.


4) Bermain Board Games


Banyak pilihan board games di pasaran. Ada yang berunsurkan edukatif dan ada juga board game yang menghiburkan. Antaranya Monopoly, Sahibba, Scrable, Saidina dan Snakes & Ladders. Board Games bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh turut bermain. Pilihlah board games yang dapat meningkatkan masa berkualiti antara kita dan anak-anak.


5) Teka Perkataan


Aktiviti meneka perkataan boleh dikatakan kami sekeluarga lakukan hampir setiap hari. Anak-anaklah yang mulakan. Bila tiba waktu makan je, adik Wazif lah biasanya akan bertanya. ' perkataan apa yang berakhir  dengan  K.A.T.' Masing-masing sambil makan sambil berfikir. Haha.. Contoh jawapan 'tingkat, angkat, sukat, bakat' . Soalan tu korang boleh reka sendiri ikut kreativiti. Paling mudah macam kita main kecil-kecil dulu, teka nama haiwan mengikut abjad. Bezanya tak ada kertas, perlu sebut je.

6) Menari


Bukan menari serius pun. Yaya akan cari satu video menari yang simple. Dari kumpulan K-Pop lah biasanya. Tunjuk pada anak-anak. Cabar anak-anak untuk ikut beberapa langkah. Memang seronok, macam-macam gaya terhasil. Sambil bergelak ketawa, boleh keluar peluh juga ni.

7) Bermain Online Games


Free Online Games Plays.Org

Bermain permainan atas talian (online games) menjadi trend terkini.  Tanpa pengawasan orang dewasa, bermain online games akan menjadi ketagihan anak-anak. Buat lah peraturan, tetapkan tempoh untuk bermain selama mana setiap hari. Namun tidak lah semua online games sesuai dengan usia perkembangan kanak-kanak. Untuk Wafiq dan Wazif, Yaya beri kebenaran untuk mereka main game di website Plays. Org


Free Online Games di Plays.Org

Plays.Org adalah sebuah website yang menyediakan lebih dari 100 permainan. Semasa mula-mula mengetahui mengenai website ni Yaya sedikit terkejut kerana semua permainan yang disediakan adalah percuma dan tanpa iklan. Malah kita boleh terus main tanpa perlu download dan tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna.

Permainan yang disediakan pula bersifat menyeronokkan dan sesuai untuk dimainkan seisi keluarga.  Permainan baru ditambah setiap hari di Plays.Org  untuk memberi lebih pilihan kepada para pengguna website.

Di bahagian bawah website tersedia navigasi yang memaparkan katalog permainan mengikut kategori. Antaranya arcade, coloring, escape, simulation, hidden dan banyak lagi. Permainan yang pertama Yaya cuba mestilah dari kategori Tetris. Bukan apa, teringat kenangan bermain Tetris menggunakan brick games, Game Boy dan Nintendo. Eh..sampai sekarang Yaya main Nintendo apabila ada kelapangan. Tapi itu lah malas nak cas kalau dah habis bateri. Main game online ni senang. Tak perlu fikir nak cas bateri. On saja komputer dah boleh main.


Free Online Game


Online Games No Need To Download
Free Online Games di Plays.Org


>>> Danger Mouse Ultimate Platforming Game


Aktiviti Anak-Anak Semasa PKP


Game pillihan abang Wafiq. Game ni ada banyak level. Tapi tiada bayaran dikenakan untuk ke peringkat seterusnya. Boleh main sampai tamat. Dalam game ni Wafiq kena melawan musuh dan pada masa yang sama kena kumpul buah dan duit syiling. Menariknya pemain bawa dua watak. Kalau nak berlawan dengan musuh menjelma lah menjadi Danger Mouse dan menjadi Penhold sekiranya memilih untuk bersembunyi.

Enjoy betul Wafiq main game ni. Ayah dia dan adik Wazif jadi penonton setiap kali main. Tiga beranak ni duk gelak je main game. Apa yang kelakar pun tak tahu lah. Asal korang bahagia, ibu pun tumpang bahagia. Hihi.


>>> 2 Minutes to Escape Game


Games Online Percuma


Geram tengok jari jemari si Wazif ni mengawal permainan. 2 Minutes to Escape game ni adalah permainan yang bermain dengan masa dimana pemain adalah seorang angkasawan dan perlu melarikan diri keluar dari roket yang tidak berfungsi dan akan meletup. Masa yang diberi hanya 2 minit.

Kalau guna desktop ataupun laptop, gunakan anak panah pada keyboard untuk bergerak atau melompat ke kiri atau ke kanan. dengan. Yaya dah cuba main game ni, ternyata Yaya tak ada skill untuk mengawal anak panah untuk melompat. Lompat tak lepas-lepas...hahaha.


Bermain Menggunakan Telefon Pintar / Tablet

Aktiviti Anak-Anak Semasa PKP


Menariknya, semua permainan di website Plays.Org  bukan sahaja boleh dibuka melalui desktop atau laptop tetapi boleh dimainkan mengunakan peranti bergerak seperti telefon pintar atau tablet. Tidak ada masalah untuk mengawal permainan menggunakan touchscreen. Ini kerana semua permainan yang tersedia adalah berasaskan web dan tidak perlu memuatnaik aplikasi.


Free Online Educational Games - Bermain Sambil Belajar

Free Online Educational Games

Di Plays.Org juga banyak tersedia educational games. Pada bahagian katalog, klik 'educational' dan pelbagai pilihan permainan berunsurkan edukatif akan terpapar. Anak-anak boleh memilih untuk belajar matematik, mengeja, mewarna, menyambung titik, bermain alat muzik dan pelbagai lagi topik yang menyeronokkan.

Dengan Plays.Org, Yaya tak perlu risau bila anak main games online. Sebab Yaya dah tahu game yang tersedia di website ini sesuai untuk kanak-kanak. Namun kita sebagai ibu bapa perlu lah pantau anak-anak. jangan pula main games sampai berjam-jam. Tetapkan tempoh masa dan bermain pada masa yang dibenarkan sahaja. 

Yang penting, sebelum main game, anak-anak mesti siapkan kerja sekolah dan sentiasa dengar cakap ibu dan ayah. Kompromi antara dua pihak mesti kena ada. Barulah emosi anak-anak terjaga dan InsyaAllah keluarga akan bahagia sentiasa. 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. kesian anak anak...terbantut perkembangan

    ReplyDelete
  2. anak buah PC pun dah bising sebab tak dapat pergi sekolah. . mama nya naik buntu bila anaknya suruh mama nya cari aktiviti..hehehe

    ReplyDelete
  3. Anak2 sekarang lebih minat main indoor sahaja

    ReplyDelete
  4. Memamg semua org tertekan sekarang ni kan. Kena cari aktivit yang best untuk anak anak

    ReplyDelete
  5. kita sendiri pun stress kan. suka baca tips mcm ni. at least boleh parent lain ambik idea ni untuk buat dgn anak anak dorg jgk.

    ReplyDelete
  6. Yes tak dinafikan timbul sifat berlumba nak hantar homework awal padahal ada yg silap, tulisan tak kemas, warna tak cantik.

    Lepas ammi ugut kata kalau ammi check semua GC dan tgk homework tka kemas ammi akan suruh buat semula baru dorang buat dgn kemas. Bukan apa.. Makin lama makin teruk tulisan especially anak yg darjah 1. Bayangkan 2 tahun kurang latihan menulis. Hanya harapkan effort ammi ni dirumah. Tp anak dan ibu biasa lah... Byk ngelat.

    Dr segi games utk release stress.. Ammi bagi dorang main hp 2 jam sehari. Lebih masa ammi autolock kan

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post