Lempeng Kelapa Dan Sambal Ketuk Berapi | Lockdown ni dah dua kali pekena lempeng kelapa atau lempeng nyor ni. Orang Kedah panggil peknga nyok. Hari tu Yaya buat cicah dengan kuah kari ikan. Kali ni buat makan dengan sambal ketuk yang dah siap jual dalam botol tu.

Anak-anak memang tak tolak bila hidang lempeng kelapa ni. Wazif kalau dengar nak buat lempeng dah gelek happy. Wafiq pula kalau Yaya buat sebiji besar lempeng memang dia makan sorang je, silap hari bulan lempeng kita pula dia tumpang cubit masuk mulut dia.

Benda mudah nak buat tapi jarang-jarang buat. Semingu sekali pergi pasar, kalau teringat beli la kelapa parut muda. Kedai dekat-dekat rumah ni tak ada yang jual kelapa parut, nak kena pergi pasar baru dapat. Itu yang jarang buat tu.

Nak buat lempeng ni resepi campak-campak aje. Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Air tu pandai-pandai la letak sikit-sikit. Kalau dapat bancuh dengan air kelapa lagi sedap. Ada hari Yaya pecahkan telur sebiji, ada hari tak letak. Hah ni mak Yaya lah ni, bila tanya dia letak tak telur dalam lempeng. Dia kata ikut suka la nak letak ke tak. Hari teringat letak. Tak pasal jadi terikut walaupun ada je telur tapi kalau malas tak letak. Haha. 

Baca juga: Lain Hari Je Lah Makan Ketupat Dengan Sambal Ketuk


Resepi Lempeng Kelapa


Resepi Lempeng Kelapa

  • 1 cawan kelapa muda parut
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan gula - ikut citarasa
  • Garam secukup rasa

Cara-cara membuat lempeng kelapa

  1. Campurkan kesemua bahan. 
  2. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak.
  3. Tuang sesenduk bancuhan tadi. Leperkan adunan dan ratakan membulat. Masak guna api perlahan.
  4. Terbalik kan lempeng dan biarkan hingga masak.
  5. Boleh angkat dan hidang.

Walaupun guna kuali tak melekat, letak juga minyak sedikit ye. Ala..sapu-sapu manja je minyak tu, jangan letak  macam nak goreng telur pula. Sebab hasil dia lain lempeng sapu minyak dengan tak sapu minyak ni. Kalau tak ada minyak lempeng jadi garing hitam tak cantik.

Lempeng kelapa manis


Lempeng Kelapa


Anak-anak makan lempeng ni makan kosong gitu je. Tak ada cicah apa. Ni Yaya makan dengan sambal ketuk. Sambal ketul Sambaleena ni memang sedap. Makan dengan nasi pun sedap. Rasanya dah lebih 5 botol repeat beli sambal ketuk Sambaleena ni. RM15 sebotol. Kalau ada kerajinan boleh buat sendiri sambal ketuk berapi ni. Sambal Nyet Khairul Aming tu belum rasa lagi. Malas nak struggle membeli. Kita makan mana yang senang dapat sudah la.

Selesai bab sarapan pagi hari ni. Nanti tengah hari nak masak apa pula? Soalan ni setiap hari tanya diri sendiri. Dengan  suami sekali kena tanya. Haha. Nasib suami melayan, bagi idea nak makan apa. Eh tapi dulu kerap dia jawab 'masak je lah apa yang ada'..hangin jugak kita dengar..haha.. Jawapan tak membantu.

Kelapa parut ada lebih, boleh juga nak buat sambal nyor kacang botol, regu dengan kuah singgang. Tambah ayam goreng. Ngam helok menu ni. Rezeki untuk hari ni. Alhamdulillah, syukur.. Korang pula masak apa hari ni? 




11 Comments

  1. Simple tapi nampak best sangat. 😋

    ReplyDelete
  2. sebut lempeng rasa nostalgia lama kembali bertandang

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lempeng kelapa buat minum petang. Tentu berair mata cecah sambal ketuk berapi.

    ReplyDelete
  4. masa kanak2 selalu gak makan lempeng ni...cicah dgn gula je..

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan lempeng. Weekend ni nak try buat la... btw jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    ReplyDelete
  6. nmpk sedap lempeng nih., ;p

    ReplyDelete
  7. Wak pun suka lempeng kelapa dengan sambal ketuk ni.
    Biasanya parut kelapa sendiri pilih yang muda2 sikit.

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.