Cetak Jadual Pdpr Anak-Anak, Dah Bersedia Ke Nak Pdpr?

Cetak Jadual Pdpr Anak-Anak, Dah Bersedia Ke Nak Pdpr? | Cetak berwarna jadual Pdpr, letak di meja belajar masing-masing. Harapannya semoga anak-anak lebih bersedia setiap hari. Ibu dan ayah pun sama kena turut bersedia terutama mental dan juga pengagihan masa. Kerja pejabat, kerja-kerja rumah tanga, anak-anak, ni blog ni pun nak kena tengok jugak. Hihi.

Abang Wafiq dah ada handphone sendiri, jadi segala Pdpr bahagian dia memang Yaya dah lepas tangan. Tak adalah lepas tangan sepenuhnya. Kena check juga di Telegram dia respon ke tak semua pertanyaan cikgu-cikgu. Dari Pdpr yang mula-mula lagi dah pesan, cikgu bagi salam pun abang Wafiq kena jawab, apalagi bila bincang soalan lagi lah kena respon. Alhamdulillah tengok budak-budak kelas dia semua respon pantas. 

Adik Wazif pula memang tak ada handphone lagi. Nak tak nak memang kena tunggu Yaya balik kerja baru Yaya pass semua homework kat adik. Jadi, siang hari memang dia enjoy sakan. Abang dia tekun Pdpr dia enjoy main, tengok youtube. Malam baru dia pulun buat semua, tak pun hujung minggu. Adik baru darjah dua, setakat sebelum nie memang cikgu tak ada buat google meet. Santai-santai je belajar. 

Sekarang ni pun sedang Google Meet [kelas taekwondo adik]. Kelas taekwondo abang Wafiq nanti pukul 5 baru mula. Tengok dia berlari pusing-pusing ni pun memang nampak penantnya, berpeluh-peluh. Ok lah, exercise jugak lah walaupun PKP. Ni kerja masuk dapur cari makanan, peti ais tu duk  buka katup buka katup tak tau berpa kali sehari. Haha.


Berwarna-warni jadual Pdpr



Ibu sekali pandang jadual ni dah cerah mata. Haha. Warna-warni.  Kalau tengok jadual tu semua mata pelajaran pun ada. Tempoh mata pelajaran pula berturut-turut dari dua hingga ke lima masa belajar. Jadual Pdpr yang sebelum-sebelum ni pun macam ni juga. 

Macam abang Wafiq, ada cikgu mulakan dengan link video pembelajaran, kemudian kena buat latihan, lepas tu terus sambung Google Meet bincang latihan tadi. Ada juga cikgu yang Google Meet dulu, cikgu terus mengajar, lepas tu kena selesaikan latihan, latihan tu pula ada yang akan bincang bila Pdpr akan datang. Kelas abang Wafiq cikgu tegas-tegas. Haha. Mana yang senyap tak hadir kelas memang nama kena seru lah.  

Alhamdullillah, pihak sekolah nampak lebih bersedia untuk Pdpr kali ni. Masa minggu terakhir sekolah cikgu dah bekalkan bertimbun-timbun modul. Subjek utama semua dah siap bagi modul latihan. Buku aktiviti tambahan pun dapat. Memang tak selamat anak-anak Yaya. Haha. Ikut pengalaman lepas, bila sekolah buka, cikgu-cikgu semak semua kerja sekolah. 

Anak-anak ni sebenarnya rindu sekolah, rindu kawan-kawan. Kerja sekolah rajin buat macam esok pagi nak ke sekolah. Adik Wazif tu walaupun siang hari enjoy, lepas mahgrib terus tanya, 'Mana kerja sekolah adik? Adik kena buat apa hari ni? Susah juga ni,,spesies tak boleh tunda kerja sekolah. Tak tenang ibu jadinya. Haha. Nasib baik adik berkompromi kerja Kafa ibu boleh bagi sekaligus hujung minggu. Mujurrr.... 

Jadi, esok dah start Pdpr sehingga 16 Julai, hari terakhir Pdpr jatuh pada hari ulang tahun kelahiran abang Wafiq  yang ke-12. Double celebration nih. Harap-harap lepas cuti penggal pertengahan tahun Covid dah tak mengganas, dah boleh buka sekolah macam biasa. Aamiinnnn...



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Haa kalau dah cetak mudah skit tgk dan susun ape dulu nk buat kan :)
    moga dipermudahkan anak2 yaya belajar dari rumah ni..

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan dapat kembali belajar secara bersemuka tak lama lagi. Kesian anak-anak. Dah berapa bulan duduk di rumah berPDPR. Memang rindi dengan kawan-kawan dan suasana pembelajaran dalam kelas.

    ReplyDelete
  3. Kena mengadap kelas online lagi. Bertabah lah generasi Z sekalian. 💪

    ReplyDelete
  4. meriah jadual pdpr... adventure tul anak2 kita kan....

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post