Review TTRacing Duo V3 Gaming Chair, Kerusi Gaming Mampu Milik Yang Selesa

Review TTRacing Duo V3 Gaming Chair, Kerusi Gaming Mampu Milik Yang Selesa | Dah lebih 7 bulan menggunakan kerusi gaming TTRacing Duo V3 ni. Lama sangat dah kan. Baru sempat nak buat review. Duduk dalam draft entri bukan main lama. 

Kerusi ini suami beli bukanlah bertujuan untuk main game semata. Dia mencari kerusi yang lebih selesa untuk untuk diletakkan di ruang kerja di rumah. Kerusi sedia ada ni bukan jenis high back, jadi faham-faham je la bila bila lama mengadap komputer memang akan terasa lenguh leher.

Suami Yaya ada mencuba beberapa jenis kerusi gaming. Dari yang harga agak murah sehinggalah yang mahal. Pergi kedai, duduk atas kerusi sambil ambil feel. Haha. Ada gaming chair yang harganya mencecah ribuan RM, tapi bila duduk suami tak rasa selesa. Ada yang terlalu condong ke belakang, tak berapa lebar. Eh banyak lah ciri-ciri yang nak diambil kira sebelum nak beli kerusi gaming ni. 


Harga kerusi gaming TTRacing Duo V3

Nak membeli sesuatu harga kena lah mesra poket. Ukur baju di badan sendiri. Tak gitu. Kalau mampu tak salah pun beli jenama yang gah dengan harga ribu riban.  Kerusi gaming yang kami pilih ni adalah yang paling murah dibawah jenama TTRacing. 

Tengok di Shopee, harga seller letak 399.00. Harga dilaman web TTRacing pun macam tu juga. Tapi bila chat dengan seller rupa-rupanya kedai tak jauh mana dengan rumah, jadi COD je lah. Dapat cepat dan tanpa kos pos. Dapat diskaun pula tu. Suami perlu bayar RM370.00 sahaja dan dapat hadiah percuma iaitu back rest cushion. 

TTRacing Gaming Chair


TTRacing Duo V3 Gaming Chair Review 

Sekarang ni gaming chair bukan untuk gamers je tau. Kepelbagaian model dan rekabentuk kerusi gaming menjadikannya sesuai untuk digunakan untuk kegunaan biasa. Maksudnya setakat nak letak di small office di rumah memang sesuai.    

Untuk model ini ada 3 pilihan warna samaada hitam, merah ataupun kelabu. Suami Yaya beli yang warna merah. Gabungan warna merah dan hitam ni memang lawa pada pandangan mata kami.

Memang puass hati dengan kerusi ni. Boleh dikatakan inilah kerusi gaming murah tapi kualiti tiptop. Menggunakan kusyen dari jenis kulit yang berkualiti tinggi. Jahitan pula sangat kemas. Tiada kesan gelembung udara pada kerusi.

TTRacing


Kelebihan TTRacing Duo V3

  • Cushion lebih tebal
  • Rekabentuk ergonomik
  • Built-in neck pillow
  • Upholstery premium PU leather - last much longer
  • Saiz lebih lebar


TTRacing Duo V3 Measurement

TTRacing Duo V3 Measurement



Pengalaman menggunakan TTRacing Duo V3

Review Gaming Chair


Memang puas hati dengan kerusi ni. Dari pandangan mata kasar, jahitannya sangat kemas. Tiada kesan gelembung udara pada kerusi. Boleh dikatakan inilah kerusi gaming murah tapi kualiti tiptop. 

Dengan ketinggian backrest 72cm, memang best untuk duduk menyandar. Dengan kelebaran tempat duduk 50cm, memang teramat selesa. Walaupun suami Yaya duduk di atas kerusi ini untuk tempoh yang lama, adakalanya sehingga 4 jam, tetap masih berasa selesa. Material kusyen yang diperbuat daripada carbon fibre PU leather menjadikan fabrik ini memudahkan aliran udara dan menghilangkan haba dengan lebih pantas. Duduk lama-lama pun rilek je tak panas dan tak berlengas. 

Kerusi gaming yang lebar sememangnya antara ciri-ciri yang dikehendaki ketika suami Yaya hendak membeli kerusi gaming. Tak nak lah kerusi sempit, tak selesa nak duduk lama-lama. Dengan kerusi gaming TTRacing Duo V3 ini, suami yang berbadan lebar tetap berasa selesa walaupun duduk untuk tempoh yang lama.

Setelah penggunaan melebihi 7 bulan, kualiti kerusi masih tip top dan kelihatan seperti baru sahaja dikeluarkan dari kotak. Roda pula masih berpusing dengan lancar dan tiada sebarang bunyi dihasilkan.

Sangatlah berbaloi membeli kerusi ni memandangkan harganya kurang dari RM400 jika nak dibandingkan dengan rekaan dan fungsi-fungsi yang tersedia.


Yaya sertakan juga disini keistimewaan dan kelebihan TTRacing V3 seperti yang dinyatakan pada laman web TTRacing.

Review TTRacing Gaming Chair

Built for Simple Indulgence

We pride ourselves calling Duo V3 the best entry gaming chair that you will find. The new Duo V3 comes with pristine face lift and equipped with top quality parts. With wider and taller body and seat, the Duo V3 is able to cater to most users, providing equal amount of comfort and pleasure sitting on this masterpiece. The surface is coated with all new Carbon Fibre PU leather. On top of that, the body and seat are both fabricated with breathable Italian Elastic Cloth facilitating air flow and dissipating heat even faster. It is made for you to pamper not just yourself but anyone sitting on this throne.

155 Degree Tilt-in-Space

The Duo V3 is capable of tilt to a maximum of 155 degree backwards. It is as if you are tilting in space, and allowing your body to experience the feeling of lower gravity. As a result of this feature, you’ll get rid of the aches sitting in a normal non-adjustable chair.

The Art of Perfect Craftsmanship

Advanced craftsmanship ability has allowed us to create a seamless cover for our chair body. Traditionally, foam is applied to a chair frame before skin is applied onto the foam. The process is much simpler, however, creating potential uneven surface and creases with skills.
 

Impeccable Upholstery

The Duo V3 is covered with the most distinctive Carbon Fibre PU Leather that looks and feels incredibly good. Coupled with the fabrication of cutting edge breathable Italian Elastic Cloth to ensure faster heat dissipation, making sure your seat will always stay cool so that you can perform at your best whether it’s gaming or working.

Butterfly Mechanism

A butterfly mechanism offers much more stability than a normal mechanism. The round tension knob can be rotated clockwise or anticlockwise to tighten or loosen rocking tensions to allow tilt-in-space function.

Heavy Duty SGS Certified Hydraulic

Heavy Duty SGS certified hydraulic is the top industry standard hydraulic. It allows smooth 360 degree rotation along its axis with highest adjustability to bring our chair to different level of user heights. Sturdy aluminium body making it super heavy duty with high resistance towards damage.

Heavy Duty Nylon Base

Our base is constructed to provide maximum stability and durability. Nylon base makes the Duo V3 lighter in overall weight at the same time able to withstand roughly 10 times the chair weight itself. The nylon base is manufactured in a way that it enhances proper weight distribution throughout the chair.


Heavy Duty PU Castor

The PU castors are 6cm in diameter and are able to rotate 360 degree along the movement axis. The rubber material allows the castors to move on most surface without causing damage to the castors or the surface itself.


Hadiah untuk yang tersayang

Gaming Chair Murah dan Selesa


Rasanya kerusi gaming boleh dimasukkan dalam senarai hadiah untuk yang tersayang. Harap encik suami baca post ni. Ye lah, dia beli satu je untuk dia. Isteri pun nak juga wahai encik suami. Hahaha.

Korang dah ada kerusi yang selesa belum? Kalau bajet rendah, boleh dapatkan TTRacing Duo V3 ni kerana kualitinya setanding dengan kerusi ribuan ringgit. 

Berminat nak dapatkan kerusi TT Racing boleh dapatkan disini TTRacing Gaming Chair 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

14 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. sama kerusi kita. sis pun baru nk up entry lepas guna kerusi ni. best!

    ReplyDelete
  2. Kerusi ni patut dibeli oleh para gamers semua. Sis bukan kaki ni. Unik gak bagi hadiah ni kan?. Selesa tu penting sebab kalau tak selesa takut kalah je main game tu nanti....

    ReplyDelete
  3. Wow.......menarik sungguh design kerusi2 uni. Good for writers to work. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak silap abang khai pun beli yang ni juga. Wlaupun mahal skit dari khai punya tapi yg dia beli berkualiti dan tebal

    ReplyDelete
  5. Boleh survey ni, ingat nak belikan si anak bujang Sis tu sebijik kursi ni.. nanti Enmaknya leh numpang sekali heheheheh

    ReplyDelete
  6. Cunnya kerusi game ni. Suka tengok. Paling penting nampak selesa

    ReplyDelete
  7. Kerusi gaming yang paling bagus ni. Recommended oleh gamers dan The Pantheon. Sebab last year akak mencari kerusi gaming. So pergi cuba dan terus beli. High 5! Selesa giler kerusi ni kan. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Uishhh, mcm best jer kerusi ni.. Dptkan satu letak dalam bilik kerja pun best juga ni.. Selesa

    ReplyDelete
  9. Seat dia memang seat kereta racing haa yer. Tapi pada yang kaki game memang patut beli supaya dapat duduk dengan selesa unuk jangka masa yang lama.

    ReplyDelete
  10. Tentu selesa kan gaming chair ni? Sesuai untuk orang yang bekerja dgn komputer sepanjang hari.

    ReplyDelete
  11. Nie memang best kalau pakai kat rumah time WFH macam sekarang nie. Takde la sakit belakang duduk lama depan PC kan

    ReplyDelete
  12. Sejak WFH ni kita memang cari kerusi macam ni lah tapi dah beli yang lain heheheh selesa sangat nak buat kerja dan juga meeting kat rumah lepas tu penat tidur atas kerusi hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Seronoknya tengok ramai beli gaming chair terus rasa tergoda. Warna pink ada juga tak?

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post