Nasi Arab Set Dulang Di Sumai Hotel Apartment | Hidangan Timur Tengah seperti nasi Arab, shawarma mahupun kebab ada peminatnya yang tersendiri. Alhamdulillah semalam dapat berkumpul dengan kawan-kawan blogger, kami lunch nasi arab di Sumai Hotel Apartment. Di sini, agak terkenal dengan masakan dan makanan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan.

Kalau dah berjumpa dengan geng blogger Terengganu ni riuhnya lain macam. Ada antara kami ni duduknya tak la jauh mana antara satu sama lain. Tapi jarang betul berjumpa. Tahu perkembangan dari alam maya jer lah kekdahnya.


Nasi Arab Dalam Dulang @ Talam

Dulang  atau talam sama je. Nak dengar sebutan 'Talang' meh jemput datang Terenganu. Haha. Talang tu talam lah.. hihi. Orang Arab sana kan dorang makan dalam talam. Makan dalam talam ni sunnah Rasulullah SAW. Dapat pahala berlipat kali ganda kalau buat perkara-perkara sunnah ni. 

Di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu ada menyediakan nasi arab dalam dulang. Seronok tau makan berjemaah ni. Sambil makan, sambil berborak. Cerita itu ini. Sedar tak sedar habis satu dulang.

Hidangan dalam dulang ni kan mula-mula pandang tu nampak macam sikit je. Entah cukup entah tidak nak makan ramai-ramai. Sebenarnya lebih dari cukup. Kekenyangan kami. Nak gerak balik pun malas. Haha.

Nasi Arab Sumai Hotel Apartment

Ok lah, Yaya nak cerita pasal nasi Arab di Sumai Hotel Apartment ni.  Sumai Hotel Apartment ni lokasinya berdekatan dengan Pantai Batu Buruk. Kalau nak ke Pantai Batu Buruk memang akan nampak tempat ni, bersebelahan dengan Hotel Primula. Mudah je nak tuju sini, parking pun mudah.

Kalau korang nak tahu, Sumai Hotel Apartment ni hak milik sepenuhnya bumiputera Melayu anak jati Terengganu. Nama Sumai tu sendiri akronim dari 3 gabungan nama iaitu SUlaiman, MAhyuddin dan Iskandar. Wah, hebat! Bukan hal mudah untuk anak Melayu bertahan dalam bisnes industri pelancongan dan perhotelan yang turun naik, lagi-lagi masa pandemik ni.


Set Nasi Arab Dulang

Boleh pilih  nak Nasi Arab Standard atau Nasi Arab Premium. Nak makan berlaukkan ayam ke, kambing ke atau nak dua-dua ayam dan kambing pun boleh. Yang membezakan set dulang standard dengan set premium ni adalah kuantiti nasi dan bahagian daging kambing. Kalau yang premium tu ada tambahan kari dalca.


NASI ARAB STANDARD - Kuantiti Nasi sederhana & lamb shoulder

Set 4 orang
Nasi Arab Ayam : RM36
Nasi Arab Kambing : RM56
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM48

Set 6 orang
Nasi Arab Ayam : RM54
Nasi Arab Kambing : RM84
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM72

Set 10 orang
Nasi Arab Ayam : RM90
Nasi Arab Kambing : RM140
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM120

Nasi Arab Ayam Bakar
Set Dulang Nasi Arab Standard Kambing Bakar,
Acar Mentah, Sambal Tomato Dan Sup.


NASI ARAB PREMIUM - Nasi banyak & lamb shank

Set 4 orang
Nasi Arab Ayam : RM44
Nasi Arab Kambing : RM76
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM64


Set 6 orang
Nasi Arab Ayam : RM66
Nasi Arab Kambing : RM114
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM96


Set 10 orang

Nasi Arab Ayam : RM110
Nasi Arab Kambing : RM190
Nasi Arab Kambing & Ayam : RM160

Nasi Arab Lamb Shank
Set Dulang Nasi Arab Premium Ayam+Lamb Shank Bakar,
Dalca, Sup, Acar Mentah Dan Sambal Tomato
 

Kalau nak makan untuk seorang pun boleh, ada dijual yang dah dipek melalui drive thru. Lokasinya, berhadapan parking Sumai Hotel jalan menuju ke Pantai Batu Buruk.
Harga Nasi Arab untuk single pack:

> Ayam Standard : RM5
> Ayam Special : RM12
> Lamb Shoulder : RM19
> Lamb Shank : RM30


Nasi Arab Sumai Hotel


Yaya dan kawan-kawan memang puas hati dengan nasi arab kat Sumai ni. Nasi Arab beras Basmathi memang menjadi.  Kalau tengok feedback di Facebook Sumai Hotel ni pun ramai cakap sedap. 

Lamb Shank tu jangan cite lah. Ya ampunnn.. shank part ni memang sedap sangat. Bahagian ni banyak kolagen tau. Hihi. Daging pulak lembut je. Ayam bakar tu pun sedap.

Review nasi arab sedap Terengganu

Penghantaran disediakan

Selain dine-in, take away dan drive thru, khidmat penghantaran juga disediakan untuk radius 10km. Sekarang ni kan belum boleh rentas negeri. Ni dah nak puasa, elok sangat korang yang jauh diperantauan tu jamu emak ayah dikampung ni. Buat pembayaran online dan dapatlah keluarga dikampung makan nasi arab bertaraf hotel ni.

Lagi satu yang menarik perhatian Yaya, korang yang berhajat untuk membuat sumbangan tetapi kesuntukan masa, tak tahu nak menyumbang kepada siapa, korang boleh buat sumbangan nasi arab melalui Sumai Hotel Apartment. Korang cuma perlu sediakan ongkosnya sahaja. Selebihnya pihak Sumai akan uruskan. 

Kalau dah ada penerima itu lagi mudah. Bulan puasa nanti elok lah kan sedekah ke masjid atau rumah anak yatim, mana-mana je lah pihak Sumai akan settlekan semua tu, tempah je nak sedekah berapa pack.


Grand Buffet Ramadhan di Sumai Hotel

Umat Islam akan menyambut bulan puasa beberapa hari je lagi. Pakej istimewa sempena Ramadan mestilah kena ada.

Grand Buffet Ramadhan akan diadakan di Sumai Hotel selama 5 hari terakhir puasa. Untuk penjimatan korang digalakkan untuk membuat tempahan awal. Menu utama semestinya nasi arab dan ada juga nasi bukhari daging Pelembang. 

Harga early bird adalah RM70 per kepala dan harga normal RM80 per kepala. Masa Grand Buffet tu nanti ada lebih 100 hidangan bakal dihidangkan. Ada pelbagai hidangan nasi, lauk pauk, pencuci mulut, bubur dan pastry. Untung sangatlah kan sape perut yang boleh isi banyak-banyak.

Untuk info dan pakej yang ditawarkan boleh kunjungi laman sosial Sumai Hotel Apartment.

Facebook: Sumai Hotel Apartment | Instagram: Sumai Hotel Apartment | Web: https://sumaihotel.com

Untuk tempahan : Tel: 09-6310099  | Whatsapp: 019-9833236 




6 Comments

  1. terbaik
    selamat menyambut ramadhan yang akan tiba

    ReplyDelete
  2. sana sini blog dok tunjuk nasi Arab...huhuhu...nak kena cari ni

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap nasi arab tu. Kuantiti pun macam banyak.

    ReplyDelete
  4. Terliurr dah ni, nak kena cari jugak ni nasi arab hahaha

    ReplyDelete
  5. Murah sangat harganya tuu kann.. kena repeat nii

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.