Resepi Rainbow Crepe Cake, Senang Je Nak Buat Tak Perlu Guna Oven

Assalamualaikum,

Resepi Rainbow Crepe Cake, Senang Je Nak Buat Tak Perlu Guna Oven | Belum habis kejutan hari lahir untuk adik Wazif. Jumaat lepas Maklang Wazif buat suprise untuk dia. Suka sangat adik Wazif bila maklang dia keluarkan kek dan kami nyanyi lagu birthday ramai-ramai.



Sebenarnya, oven kat rumah mak dah lama rosak. Sedikit terbatas kalau nak buat kek yang bakar menggunakan oven. Dapat buat kek kukus je lah. 

Kali ni, untuk menyediakan rainbow crepe kek, tak perlu guna oven. Kukus pun tak perlu. Yang perlu ada kuali non-stick. Dah boleh jalan projek buat kek ni. Lagi best nak menyediakannya pun cukup mudah. Bahan-bahan semua kisar guna blender je. Cuma perlu kesabaran  untuk sediakan crepe selapis demi selapis. Ala..sekejap je pun proses nak buat crepe ni.

Untuk bahan filling, ada derhaka sedikit resepi. Serbuk aiskrim dan gula aising tu tak dimasukkan. Sebabnya dah guna whipping cream yang sedia manis dan berlemak. Adik Yaya guna whipping cream brand Vivo.


Abaikan comot-comot pada papan kek. Recycle papan kek SR je mampu. Haha.

Resepi Rainbow Crepe Cake 

Sumber : Seminit Resepi

Bahan Crepe:

6 biji telur 
2 1/2 cawan air 
1/3 cawan butter cair - guna minyak je
Esen vanila 
1/3 cawan gula 
1 1/3 cawan tepung gandum 
1/3 cawan susu tepung 
Pewarna 

Bahan Filling :

2 1/2 cawan whipping cream 
1/3 cawan serbuk aiskrim  - tak letak
1/3 cawan gula aising - tak letak

Cara-cara :

1) Satukan kesemua bahan crepe kecuali pewarna ke dalam blender. 
2) Kisar halus. Buangkan buih untuk mendapatkan crepe yang halus 
3) Warnakan adunan kepada 6 warna.
4) Masak crepe menggunakan non stick pan. 
5) Putarkan bahan whipping cream hingga kembang. 
6) Kemudian lapiskan crepe dengan whipping cream. 
7) Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidang. 
8) Potong dan hidangkan bersama caramel sos.



Kek untuk adik Wazif, tapi kami yang dewasa ni terlebih makan. Hahaha. Budak tu makan sikit je. Kami makan macam tu je, tak sempat dah nak buat sos karamel tu. Makan macam tu pun dah sedap. Korang, kalau tak ada oven boleh la try buat rainbow crepe cake ni. Sedap!



8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Suka resipi kek mudah mcm nie, pakai blender dgn kukusan.. boleh try..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu...crepe dengan krim tak pernah fail menyedapkan tekak manusia...hahaha! nak try jugak la buat kalo ada masa nanti...

    ReplyDelete
  3. cantiknya kek, warna warni. sedap mata memandang ^_^

    ReplyDelete
  4. Menariknya sebab ada kaler2 tu.
    Bestnya, senang je resepi tapi nak buat tu kena kesabaran juga tu. huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Tulah tu semuanya akan jadi mudah kalau rajin kan Yaya....
    Kalau makan crepe kek mcm ni tak delah muak sangat kan...
    Happy Bezday Wazif!!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post