TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019 COMING SOON!

Assalamualaikum,

Traveloka Sale-Abration 2019 | Hai korang...dah hampir ke penghujung bulan Ogos. Lebih kurang dua bulan je lagi sesi persekolahan tahun 2019 akan berakhir. Yaya sudah mula terbayang dialog anak-anak. Apa lagi, mereka nak ajak bercuti lah. Itu lah masa yang ditunggu-tunggu mereka. Masa untuk melupakan buku sekolah buat seketika. Masa cuti sekolah lah Yaya dapat berehat seketika menjadi guru tuisyen tak bertauliah buat anakanda berdua ni. Haha.

Nak travel ni perlukan perancangan rapi. Lebih-lebih lagi dengan anak kecil. Perlu fikir destinasi yang sesuai untuk dituju, kalau dorang moody alamatnya satu family pun boleh moody. Haha. Tapi bajet pun kena tebal juga tau. Kena buat tabung khas untuk travel, baru jelas matlamat. Hihi. Jadi anak-anak, hujung tahun ni macam tak sempat je, tabung ibu belum penuh ni. Haha. Alang-alang bercuti biar puas hati, nak ajak adik bercuti naik flight. Adik Wazif sorang je belum merasa naik flight. Adik duk berzikir je nak naik kapal terbang. Insya Allah, ada rezeki lebih nanti tertunailah hasrat adik.

Tapi tak apa, cuti sekolah tahun depan ada. Yaya memang selalu excited bab nak bercuti ni. Selalu sangat usha laman web tengok online flight promotions, harga hotel. Macam tak percaya bila Yaya singgah di website Traveloka. Nampaknya Traveloka bakal mengadakan kempen Traveloka Sale -Abration! haih..tak boleh jadi ni..semakin membara semangat nak bawa family bercuti!

Traveloka Sale-Abration 2019 Coming Soon !

Traveloka Sale-Abration

Kempen Traveloka Sale-Abration ni merupakan promosi yang merangkumi flight, hotel, airport transfer dan juga Xperience. Semua keperluan percutian disediakan dalam satu website. Jadi senang, booking satu tempat je, tak pening kepala.

Countdown!

Traveloka Sale-Abration 2019 akan bermula beberapa hari je lagi! Kempen akan bermula pada 26 Ogos 2019 sehingga 27 September 2019. Sekiranya korang pun ada plan nak travel ke luar negara, inilah masanya!

Haish!!..bila nampak countdown camni makin supprise jadinya! Mesti gempak ni sale di Traveloka. Korang, kalau tak sempat nak checkout Matta Fair 2019 deals boleh bersiap-sedia dengan tawaran dari Traveloka Sale-Abration ni. Pastinya kempen Traveloka kali ni menawarkan promosi yang lebih hebat dan diskaun yang menarik. 

Kalau tengok Sale-Abration yang tahun-tahun sebelum ni tawaran yang diberi memang terbaik. Rugi betul kalau tak grab tawaran yang pasti hebat ni.

Yaya dah ajak En.Suami berbincang. Sajalah tanya, ke mana tempat yang dia teringin nak bercuti?

Jawapannya....

Akihabara
En.Suami katanya teringin ke Akihabara, Jepun. Bila Yaya google, Akihabara ni merupakan sebuah daerah yang terletak di tengah-tengah bandar Tokyo. Apa yang best sangat Akihabara ni? Ni kali pertama Yaya dengar nama ni tau. Bila dikorek-korek info rupa-rupanya di sinilah tempat kedai-kedai menjual alatan elektronik dan gamers berkumpul. Bukan tu je, Akihabara ni lah tempat tumpuan peminat cosplay, anime, gundam dan manga dari seluruh dunia!

Hmmm..kalau singgah sejam dua boleh la..nak berlama-lamaan di Akihabara ni macam ni tak kena lah dengan jiwa Yaya. Hihi..

Yaya ni sejenis manusia yang tak tahan sejuk, jadi apakata kita checkout dulu tempat-tempat menarik di Jepun pada musim bunga. Musim bunga adalah sekitar bulan Mac-April. Musim bunga ni musim yang sangat popular. Harga hotel dan tiket kapal terbang akan meningkat. Jadi, digalakkan membuat perancangan awal. Elok sangat lah kalau nak pergi tahun depan, tahun ni grab kempen Traveloka Sale-Abration.

Tempat menarik di Tokyo, Jepun pada musim bunga


Sekitar Gunung Fuji

Shinjuku Gyoen Park

Tokyo Disneyland

Tokyo Skytree

Seronoknya tengok bunga-bunga berkembangan terutama bunga sakura. Terasa tenang dan mendamaikan. Jauh la beza nak dibandingkan dengan kesesakan di Akihabara tu. Hihi.

Jadi korang, jangan lupa tau..jengah-jengah website Traveloka. Grab cepat-cepat kempen Traveloka Sale-Abration tu. Peluang baik tak sentiasa datang ye.

23 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. bestnya...mesti banyak diskaun berbaloi-baloi ni

    ReplyDelete
  2. Wah, sekitar gunung fuji tu nampak menarik..

    ReplyDelete
  3. LeYa memang pengguna tegar semenjak website Traveloka ni wujud.. Sebab memang memudahkan kerja LeYa... Book pada satu tempat je...

    ReplyDelete
  4. Lisa tak pernah lagi try booking guna traveloka ni. Tapi tengok ramai yang guna, may be pas ni Lisa kena try. Memang plan nak pi jepun insyaAllah next year. :)

    ReplyDelete
  5. wahh.. bestnye pergi jepun.. saya pun kalau nak travel suka rancang lebih awal sbb ada anak kecik kan.. kalau tengok traveloka ni memang senang.. sy folow sini ya..
    www.ceriteraibu.com..

    ReplyDelete
  6. Traveloka ni memang dah femes sangat orang guna kan untuk booking hotel dan melancong.. senang sangat kan.. semua ada kat satu website je.. syoknya awak dapat jalan jalan kat japan.. jeles TB tau

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik juga kalau ke Jepun. Cantik permandangannya. Saya pun tak pernah sampai lagi ke Jepun. Best kalau ada tiket tambang promosi nak ke sini. Ye akhir tahun ni nak kemana ye?.

    ReplyDelete
  8. Bestnye. Nanti ada rezeki bolehla pegi jepun. First timer ni kalau survey kat traveloka memudahkan kan?

    ReplyDelete
  9. cantik sangat kalau pergi jepun waktu musim bunga! Selalu tengok dalam TV, akan keluar bunga Sakura je, tak sangka dekat area Gunung Fuji ada view lagi cantik!

    ReplyDelete
  10. Traveloka memang best. Tapi cantiknya musim bunga kat Tokyo! Kena selalu singgah Travelokalah untuk rebut kempen terkini.

    ReplyDelete
  11. Ruby pun tak pernah nama Akihabara ni Yaya. Di Tokyo ya.

    Setuju dengan Yaya, nak melancong. Kena plan betul², nak kemana. Nak stay di mana. Budget and so on ☺️

    Bestnya ke Jepun, kalau time musim bunga. Feeling² bunga terbang. Hehehe

    ReplyDelete
  12. berita baik ni..dah la BBL memang cadang nak pergi Jepun tak lama lagi. Tak puas pergi Osaka tempoh hari. Traveloka ni memang complete dari tiket flight, hotel, attraction place & paling penting boleh berjimat bila guna. sat na BBL nak godek apa Traveloka offer

    ReplyDelete
  13. Wah. Akhibara. Wishlist jugak ni nak ke jepun. Tapi tulah kos tinggi jugak ke sana kan. Nk tunggu 26/8 ni jugak la. Mana tahu ambil pakej murah kan. Dkt sana musim ape yg best utk visit?

    ReplyDelete
  14. Haha sama lah kita yaya. Nur kalau kat tempat yaya pun nur takleh lama dekat Akihabara. Betul2 tak kena jiwa. Bulan November musim luruh kan kalau tak silap Nur? Mesti best daun2 nanti warna kuning oren merah. Subhanallah cantiknya!

    ReplyDelete
  15. seronoknya pergi Jepun... mesti ada mneda best dari Traveloka...

    ReplyDelete
  16. bestnya nak bercuti ke Jepun, Saya pon teringin juga ke Jepun tapi tak tahu bila?? Insya Allah ada rezeki dapat ke sana.

    ReplyDelete
  17. wah. kena terjah ni.
    next year memang mcm ada plan ke satu tempat.
    dedekat jer lah.
    traveloka menarik offer nyer. very affordable. sesuai :)

    ReplyDelete
  18. WOW BESTNYA!! Apalagi yaya... cuti leerrr... traveloka kalau time dia buat sales memang murah giler.. siapa kaki travel patut cepat2 guna peluang yg ada

    ReplyDelete
  19. Yayy Traveloka ada sale! Dah boleh rancang untuk travel tahun depan lah macam ni. Nak kena plan pergi mana exactly so boleh beli tiket sebelum closing date!

    ReplyDelete
  20. Sis kalau travel mmg cari yg murah2 dr flight hinggalah ke penginapan. Traveloka mmg salah satu yg menawarkan harga murah..cuma this year sis cuti dr kemana mana, kumpul budget utk next year..:)

    ReplyDelete
  21. kak mid x pernah try book kt traveloka lagi...lepas nie bolelah cuba...tengok jer gambar jepun tue,,terus terfikir nak repeat..Jepun mmg best..tq for sharing

    ReplyDelete
  22. Nak pergi Jepun juga lah hehehe bestnya memang antara lokasi idaman dan juga dalam list untuk bercuti tahun ni tak pun tahun depan hehehe murah kan guna Traveloka ni kita pernah cuba hehehehe..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post