Assalamualaikum,

Boboiboy Movie 2 | Nama Penuh Pipi Zola Dan Adik Beradik Cendamad | Kami sekeleuarga dah pun menonton Boboiboy Movie 2 pada hari ke dua tayangan. Seronok tak terkata abang Wafiq dan adik Wazif bila diberitahu nanti lepas balik solat Jumaat kena cepat-cepat makan, cepat-cepat bersiap. Kita nak pergi menonton Boboiboy! Bersorak dorang. Gembira tak terkata.

Review Boboiboy Movie 2

Watak-watak berbilang kaum, Melayu, Cina dan India menjadikan Boboiboy menjadi rancangan kegemaran rakyat Malaysia. Boboiboy Movie 2 bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat.

Ianya mengisahkan bagaimana Boboiboy dan rakan-rakan cuba mempertahankan kuasa elemental daripada dirampas oleh pemilik asal kuasa tersebut iaitu Retak'ka. Walaun Retak'ka pemilik asal, tetapi Retak'ka menyalahgunakan kuasa untuk menguasai galaksi.

Kuasa elemental telah dijumpai oleh Retak'ka dan rakannya iaitu Tok Kasa 100 tahun yang lalu. Setelah stesen Tapots dimusnahkan, Boboiboy dan rakan-rakan menjejaki Tok Kasa yang kemudiannya telah melatih mereka untuk berdepan dengan Retak'ka.

Bagi Yaya, Boboiboy Movie 2 lebih menghiburkan, lebih banyak aksi serta banyak lawak spontan dan bersahaja terutama dari Papa Zola, Popi Zola dan Gopal. 

Boboiboy selama ini menggunakan kuasa elemental secara berpecah. Sebab tu ada 7 kuasa. Retak'ka mendedahkan kuasa elemental lemah apabila berpecah, dan kuat apabila bergabung.

Nak tahu kesudahan, kena tonton sendiri.

Rate: 8/10

Menonton Boboiboy Movie 2 di LFS Kuala Terengganu
Yaya nak kongsikan koleksi figura dan komik-komik berkaitan Boboiboy kepunyaan anak-anak yang ada dalam rumah ni. Abang Wafiq lah terutamanya, pantang betul nampak komik Boboiboy. Tapi mujur juga dia memilih..komik yang dijual bulanan tu tak ada pula dia minta nak beli. Tapi kalau ada edisi khas kenalah ibu dan ayahnya menurut. Satu boleh dipuji, Abang Wafiq cukup jaga semua komik-komik dia. Dia baca elok-elok dan disimpan teratur.

Figura Boboiboy
Figura Boboiboy dan Fang ni kami beli di pesta buku Big Bad Wolf tempoh hari. Harga RM 5.00 satu. Figura tu bukan buka plastik boleh terus display. Bahagian kepala dibahagikan kepada beberapa bahagian, macam puzzle. Kena cantumkan. Yaya mencari juga kut-kut la ada figura Yaya..tapi tak ada la pula..haha..nak juga buat koleksi, mentang-mentang nama timangan sama. Dah ada figura Yaya sebenarnya, beli di kedai buku Popular, tapi tersimpan dalam kotak mainan. Malas pula nak cari nak ambil gambar. Hihi

Komik Boboiboy Adaptasi Movie dan Kompilasi Istimewa
Pasal komik-komik ni pula, berita komik-komik Boboiboy edisi khas ni berada di pasaran sangat cepat tersebar! Pergi sekolah sembang Boboiboy agaknya ni. Minggu lepas abang Wafiq dah berjaya dapatkan adaptasi komik Boboiboy Movie 2 - Evolusi Kuasa hasil memujuk rayu ibu. 

Dalam gambar atas, yang kiri sekali tu komik Boboiboy The Movie 1 - Sfera Kuasa. Yang belah kanan komik kompilasi Boboiboy Pertarungan Terakhir, Finale Musim Ke 3.

Kenapa dua beradik ni teruja nak dapatkan komik-komik adaptasi dari movie Boboiboy?


Bila menonton movie di pawagam, kebiasaanya ada watak-watak sampingan dan jurus kuasa yang baru. Budak berdua ni tak sempat nak hadam semua nama jurus dan nama watak. Itu yang beria nak dapatkan komik adaptasi. Dorang berdua ni dah macam hafal full script. Haha. Sebiji-sebiji dia lakonkan semula. Haha.

Nama Adik Beradik Cendamad
Ni antara muka surat dalam komik yang di adaptasi dari Boboiboy Movie 2. Cerita masih lagi ditayangkan tapi komik dah berada di pasaran. Itu yang 30 puluh ribu mak ayah terkena pujuk rayu anak. Fakta ni sekadar rekaan. Haha. Komik ni Yaya beli di 7 Eleven, berharga RM 24.90. 

Adik Wazif pun ambil satu komik Boboiboy edisi bulan Ogos, banyak cerita pasal Boboiboy Movie 2. Ada poster Retak'ka lagi. Ini kiranya komik pertama untuk adik Wazif. Seronok tengok dia tekun membaca. Orang dah lancar membaca, apa lagi memang hadap komik lah 3 hari berturut-turut. Haha. Seronok betul dua beradik ni. Keluar je 7E je serentak dorang ucapkan 'terima kasih ibu!'. Allahu..nak menangis ibu dengar ucapan terima kasih. Anak happy, ibu pun happy! Time ibu suruh hadap buku sekolah, kena ikut cakap ibu pula ye.

Bila dah baca komik, baru dapat tangkap skrip dalam movie.

Macam nama adik beradik Cendamad ni, punyalah ramai adik beradik, nama comel-comel, satu persatu Mak dia sebut..tapi tak sempat kita penonton ni nak ingat. Rupa-rupanya nama anak-anak cendawan comel ni adalah :

Cendaham, Cendasya, Cendamar, Cendapia, Cendalal, Cendadam, Cendarin, Cendayadan, Cendaqif dan Cendamad.

Eh, tiba-tiba budak berdua di rumah ni nak jadi Cendafiq dan Cendazif! Ibu Cendaya, ayah pula Cendali. Hahaha..pandai je ye korang reka-reka nama. Hihi.

Nama Penuh Pipi Zola
Geram betul Yaya dengan Pipi Zola ni anaknya si Papa Zola, Papa Kebenaran! Haha. Kemain panjang nama dia. Papa Kebenaran pun dah menyesal bagi nama anak terlajak panjang. Susah nak isi borang katanya. Haha. 

Masa Pipi Zola perkenalkan dirinya dengan menyebut nama penuh, satu pawagam bantai gelak.
Jadi sekarang bila dah baca komik baru dapat tangkap nama penuh Pipi Zola.

Putri Intan Payung Indah Zulaikha Odelia Ladashia Abshari.

Fuh!




Siri Komik Boboiboy Galaxy
Ini pula koleksi komik Boboiboy Galaxy. Ada 7 siri semuanya.  Setiap satu mengandungi 3-4 episod cerita Boboiboy yang ditayangkan di telivisyen. Komik ni jenis 'hardcover'. Abang Wafiq sayang sangat lah ni. Beli dah lama..tapi masih nampak macam baru.

Ini kalau terdesak ibu boleh buat pre-loved ni. Merajuk besar lah korang nanti. Hahaha.