Big Bad Wolf Kini Di Mydin Mall Gong Badak, Terengganu


Assalamualaikum,

Big Bad Wolf merupakan pesta buku terbesar di dunia. Big Bad Wolf akan berada di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019 bermula pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam. Jualan buku Big Bad Wolf yang berlangsung selama 11 hari menawarkan buku-buku Bahasa Melayu dan Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi.



Yaya sekelurga tidak melepaskan peluang berkunjung ke Big Bad Wolf. Kemasukan adalah percuma. Tapak jualan yang diadakan di ruangan parkir kereta Mydin Mall sesak dengan pengunjung. Walaupun keadaan agak tidak selesa, agak panas, tidak mematahkan semangat pengunjung untuk membeli buku.

Yaya juga tidak melepaskan peluang untuk mendaftar keahlian secara percuma. Permohononan boleh di buat di kaunter khidmat pelanggan. Dengan menjadi ahli, Yaya boleh membeli buku-buku terpilih dengan harga yang lebih murah.


Pendafaran keahlian yang pantas. Cuma isi beberapa maklumat peribadi secara online. Pendaftaran keahlian diaktifkan serta merta.


Anak-anak pun teruja. Pelbagai buku kanak-kanak untuk dipilih. Rambang mata anak-anak Yaya. Sekejap nak buku yang ada audio, lepas tu nak buku pop-up, nampak buku yang boleh flip nak yang tu pula. Buku-buku berkualiti yang jarang nampak di atas rak di kedai buku kini semuanya ada di Big Bad Wolf.



Yaya nak ambil buku mewarna untuk dewasa. Tapi bila teringat banyak lagi buku mewarna sedia ada di rumah banyak lagi belum dihabiskan, terus terbantut kehendak. Tengok lah buku mewarna Secret Garden tu, dulu Yaya beli harganya hampir RM50. Di Big Bad Wolf cuma RM6.00..huhu..nangess!

Di bawah ni buku yang dah dibeli..buku-buku yang dipilih anak-anak. Ada juga sebuah buku untuk suami, suami pilih buku fakta, Sci-Fi Movie Freak. Baru Yaya perasan, buku untuk diri sendiri tak ada. Ish..nak kena pergi lagi Big Bad Wolf ni.



Cepat berkunjung ke Big Bad Wolf di Mydin Mall Gong Badak. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi pemenang harian yang bertuah melalui penyertaan di Instagram dan juga di Facebook. Gunakan hashtag #BigBadWolfTranungBookHaul2019 dan #BBWTranungSelfie2019 untuk memenangi RM50 baucar tunai. 

Dan jangan lupa gunakan hashtag #BBWTranung2019, mungkin ada rezeki korang untuk memenangi grand prize iaitu memenangi semua buku yang boleh dimuatkan ke dalam troli dari Big Bad Wolf Book Sale Terengganu 2019, pengecualian untuk buku premium, buku dalam tin dan kotak.

Kunjungi Facebook rasmi Big Bad Wolf untuk maklumat lanjut.


1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Wahhh BBW da sampai Ganu! Tempat febret ni untuk borong buku banyak2 pada harga runtuhhh 💖

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post