Produk Menarik Dengan Design Anda Sendiri Di Custom.My

by - Tuesday, August 13, 2019

Assalamalaikum,

Produk Menarik Dengan Design Anda Sendiri Di Custom.My | Menjadi trend masa kini, pemakaian baju sedondon biasa kelihatan pada majlis perkahwinan, hari jadi, hari sukaneka, hari keluarga serta pelbagai majlis lagi. Nampak harmoni dengan pemakain sedondon. Juga memudahkan untuk tetamu mengenal ahli keluarga ataupun tuan rumah sekiranya berkunjung ke sesuatu majlis.

Yaya sangat syorkan custom.my. Dengan keadaan cuaca tak menentu ni, nak kena hadap jalan sesak lagi..mood pun dah hilang ke mana. Di custom.my disediakan pelbagai pilihan produk. Nak design sendiri ke, nak gunakan design sedia ada pun boleh. Hanya dengan beberapa langkah mudah pasti korang akan puas hati. Tunggu je barang korang sampai di rumah.Pilih-pilih, tekan dan bayar, tunggu pos laju datang depan rumah. Mudah kan, jimat masa dan tenaga. Tak perlu sakit kepala .



Kenapa pilih Custom.My :


1) Mencetak lebih 200 jenis produk

Terdapat lebih 200 jenis produk yang ditawarkan di custom.my. Sejujurnya Yaya ingatkan cuma disediakan perkhidmatan mencetak baju, rupa-rupanya banyak lagi produk lain yang disediakan. Nak design topi boleh, aksesori untuk bayi dan kanak-kanak pun ada. Nak design table runner pun boleh weh..korang boleh tengok di bawah kategori home decoration. Macam-macam ada. Haha..mak-mak sangat kan.

2) Tiada minimum order

Yang best sangat, tiada minimum order! Ye lah, kadang tu nak tempah sehelai je pun..tapi ada kedai tak nak terima order dan dah ditetapkan berapa minimum order. Tapi lain kisahnya di custom.my. Nak tempah banyak mana pun mereka akan terima, nak tempah sehelai pun boleh. Tak perlu kumpul-kumpul order dah.

Korang juga boleh tempah dalam tempahan pukal atau berskala besar. Disarankan tempah sample atau buat order sehelai bagi menilai kualiti dan ketepatan hasil diinginkan

3) Servis Yang Pantas

Servis mencetak juga pantas di Custom.my. Sekiranya ada keperluan mendesak untuk mendapatkan produk tempahan, jangan risau. Pihak Custom.My akan sedaya upaya menyiapkan tempahan korang. 




Gambar di atas, Yaya cuba menggunakan design sedia ada. Sempat pula Yaya berangan kami empat beranak mengenakan sweater hoodie yang sedondon pergi menonton wayang. Hihi. Yaya tak ada kemahiran bab design ni, itu yang cuba-cuba guna design sedia ada. Dengan hanya beberapa langkah mudah dah siap tempahan korang.

Kalau korang ada design sendiri, boleh terus upload design korang dalam file jpeg/png. Resolusi yang diperlukan pula 150dpi ke atas. Untuk memuatnaik design, disarankan korang menggunakan Dropbox. Boleh buka akaun di www.dropbox.com, jika masih belum mempunyai akaun. Dengan Dropbox, sistem custom.my dapat berinteraksi secara terus sekaligus terjamin kelajuan memuat naik dan memuat turun.

Pelbagai produk yang boleh ditempah di Custom.My :

Pelbagai produk yang boleh ditempah di custom.my: Jersey Sublimation, Bag & Pouch, Print Fabric, T-Shirt & Polo, Sticker/Marketing Material, Home Decoration

Pelbagai produk yang boleh ditempah di custom.my: Sportswear, Mens Fashion, Accessories, Jacket & Hoodie, Kids & Baby Accessories, Women Fashion

Pelbagai produk yang boleh ditempah di custom.my: Pakaian untuk Futsal, Basketball & Topi

Custom.My boleh dipercayai

Yaya pun macam korang juga..nak tempah online ni kena tanggung risiko. Tetapi custom.my telah dipercayai oleh kebanyakan pelanggan. Tengok sajalah sejarah pelanggan, bukan calang-calang ye. 

Custom.my pernah menerima tempahan daripada :

> Universiti Teknologi Petronas (UTP)
> Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
> Universiti Selangor (UNISEL)
> Universti Teknologi Mara (uiTM)
> Kolej PolyTech Mara (KPTM)
> Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
> iFlix
> CIMB Foundation
> Movie Animation Park Studio (MAPS)
> Thunder Print


Jika korang ingin melihat sendiri servis yang ditawarkan boleh berkunjung ke kedai fizikal mereka beralamat seperti di bawah:

Alamat:

Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
NO 46A, HALA TAMAN MERU 11,
MERU 2B 30020 IPOH,
PERAK MALAYSIA 
LAT LONG :4.661083, 101.067278


Dibuka pada:

Isnin- Jumaat 9:00 AM - 6:00 PM
No tel: 05-5252144
Email: info@custom.my
Whatsapp: 013-484 5800
Telefon Bimbit: 013-484 5800


Untuk Maklumat Lanjut 

You May Also Like

20 Comments

  1. waa, banyaknya plihan menarik di custom.my

    ReplyDelete
  2. Uuuu~ kat Perak. Kita suka 'tiada minimum order' tu. Before this ya ampunnn nak order kena berdozen berpuluh beratus quantiti. Mana lah kita nak trust nak terus order kot2 tak lawa ke, tak bagus ke kualiti dia, kita nak sikit aje kan kan.

    Bagus ni untuk orang nak cuba2 and order sikit je.

    ReplyDelete
  3. terbaik.
    nowadays, kita suka kan produk, gift, baju, brg personal yg sgt personalize kan.
    printed ikut mood kita.
    printed ikut citarasa kita.
    ni byk pilihan dan item. bagus.

    ReplyDelete
  4. bukan calang-calang ni, banyak pilihan yang menarik mata dan hati.

    ReplyDelete
  5. senang nak design untuk baju apa2 event. nak buat doorgift pun senang je. tak payah pening2 nak cari designer. semua dihujung jari je.

    ReplyDelete
  6. wah! menariknya! boleh lah buat baju dan tshirt untuk ahli keluarga atau kawan kawan rapat. hebat juga pelanggan pelanggan yang pernah menempah kat custom.my ni. boleh cuba lah tempah sehelai! sebab takde minimum bilangan tempahan kan?

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa.. Nak buat juga la utk family day hujung thun ni

    ReplyDelete
  8. wow! banyaknya design-design cantik dalam custom.my ni. rasenya wajib try, lagi pulak tak lama lagi ada family day.

    ReplyDelete
  9. nak buat jugaklah untuk branding , ungkin boleh buat giveaway khas untik follower bertuah ker kan kan kan ...cewahhh

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ingatkan tentang servis ni. Haritu nk guna da. Terlupa pulak. Dh save screenshot. Menarik ni kita yang decide nak corak apa. Baru puas hati

    ReplyDelete
  11. This is a good idea for personalised gifts kan
    Macam best je kalau nak buat untuk doorgift Kn,
    Thanks share info nie

    ReplyDelete
  12. wah lawa lawa lah.. so special... elok sgt kalau buat untk kasih hadiah ni! tak kisah la utk diri sndiri ke .. suami ke... nnti nk terjah gak

    ReplyDelete
  13. Such a great idea… now I can even customize my own door gift… cos I m going to host a birthday party next month, thanks for the intro…

    ReplyDelete
  14. bestnya boleh custom macam-macam produk sendiri secara online je lagi mudah and cepat

    ReplyDelete
  15. wahhh.. banyak jugak service dia sediakan. Bolehlah tempah custom dekat company ni nanti. I memang suka design2 custom ni. Lagi-lagi design sendiri.

    ReplyDelete
  16. Tengs sharing yaya, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. sukanyaa beli benda benda custom ni! sebab nyaa boleh beli ikut kesukaan masing masing

    ReplyDelete
  18. This kind of info would really come in handy one day.
    Kadang2 tercari-cari kat mana boleh custom certain produk.

    ReplyDelete
  19. Suka perkhidmatan percetakan macam ni, nak order satu pun boleh...

    ReplyDelete