Assalamualaikum,

Selamat bercuti untuk semua pembaca. Cuti sempena sambutan kemerdekaan yang ke 62 tahun dan juga sempena tahun baru Islam. Yaya, hari Selasa akan mula bekerja seperti biasa. Cuti 4 hari tak berjalan jauh, cuma memenuhi beberapa jemputan perkahwinan. Pagi Sabtu, 31 Ogos,  sempat family kecil Yaya sama-sama menyambut sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Seingat Yaya, dalam 5 tahun kebelakangan ini, atau mungkin lebih, tak pernah kami 4 beranak tak turun padang menyaksikan perarakan kemerdekaan. Setiap tahun bertukar lokasi menunggu, tahun ini di stadium, tahun sebelumnya di dataran di Pantai Batu Buruk. Kalau nak berasa pengalaman di lokasi berlainan dalam satu hari memang tak dapat lah. Dengan jalan dah tutup, problem parking lagi.

Sebelah petang 31 Ogos, Yaya bersama-sama beberapa orang blogger Terengganu dah merancang untuk gathering. Sekaligus meraikan 4 orang di kalangan kami menyambut hari lahir di bulan Ogos. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai. Ini kali kedua kami berkumpul santai-santai. Kali pertama semasa Gathering Raya blogger Ganu 2019. Kali ini, kami memilih untuk meraikan majlis kami di kedai makan D'Rumoh Pata.



D'Rumoh Pata bertempat di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Terengganu. Merupakan kedai makan dengan konsep terbuka dengan pelbagai menu disediakan terutamanya masakan Thai.  Bonus persekitaran yang selesa dan cantik. Makan-makan sambil mendengar bunyi ombak menghempas pantai pasti menenangkan. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandar Kuala Terengganu memakan masa lebih kurang 30 minit.

 
Blogger Terengganu yang dapat turut serta. Dari kiri tuan tanah, Fatin Diana, Shada, Husni, Huda, Gee dan Wan Najihah.

Birthday girl yang diraikan! Happy Birthday!!!




Sambil menunggu kawan-kawan lain sampai, anak-anak Yaya ambil peluang bermain di pantai. Tak jauh ye..memang betul-betul di belakang kedai makan je. Kiranya aktiviti 2 dalam 1. Bermain di pantai dan boleh menikmati makanan di tepian pantai.




Ruangan makan dalam kedai sangat luas dan selesa. Tapi kami memilih untuk menikmati hidangan di luar kedai, sangat hampir dengan pantai. Memang seronok dapat makan di meja paling hujung ni..dapat tangkap gambar cantik-cantik dan makan sambil menikmati pemandangan indah. Cantik betul pemandangan sewaktu senja.



Serious  Yaya bagi tahu ni.. memang banyak betul pilihan makanan. Korang boleh juga order makanan dari kiosk. Ada kiosk makanan Western, boleh dapatkan dessert and snacks di kiosk Waffle Ice Cream. Ada kiosk kambing bakar, kiosk sate dan nasi impit. Hari kami pergi tu kiosk ikan celup tepung (ICT) tutup. Kalau tak best juga ni dapat makan ikan, sotong, udang celup tepung. Hihi.



Hidangan tulang goreng adalah salah satu menu signature. Korang wajib cuba hidangan ni. Bukannya goreng tulang semata-mata tau..pastilah tulang yang ada isi. Hihi. Isi daging yang sangat lembut, sesuai di makan dengan nasi putih, nasi goreng atau bubur.

Di bawah ni menu-menu lain yang Yaya dan rakan-rakan blogger dah cuba. Keongsom Siakap kena betul dengan selera Yaya dan suami. Siakap 3 rasa pun sedap. Ikan siakap tidak digoreng terlalu garing, dapat rasa isi ikan yang fresh dan juicy. Hidangan ayam bawang putih pun sedap. Belum pernah yaya makan hidangan simple seperti ayam bawang puth ni tapi semestinya rasanya tak mengecewakan. Maklum lah..Yaya memang suka rasa bawang putih goreng yang crunchy.





Anak-anak Yaya pantang betul nampak mushroom soup dan garlic bread. Memang dihadapnya lah. Tak makan hidangan lain pun tak apa. Tapi petang tu ada juga hidangan meraikan anak-anak. Tak kena lah kan ikut selera orang dewasa je..hihi. Dorang ada menu goreng-goreng suka sangatlah. Ada nugget, fries, sosej, sate, bihun goreng dan nasi goreng. Tunggu anak-anak pilih je nak makan apa. Semua ada.






Senarai Harga Makanan dan Minuman D'Rumoh Pata






Kemudahan Lain D'Rumoh Pata



Surau yang selesa di sediakan. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita berasingan. Jadi korang tak perlu terkejar-kejar sekiranya kesuntukan masa. Boleh terus solat di surau. Ruangan parkir kereta pun luas. Boleh parkir kereta di bahu jalan mahupun di kawasan sebelah dalam kedai makan.

Repeat Again?

Semestinya Yaya akan berkunjung lagi ke D'Rumoh Pata. Mana nak cari kedai makan yang ada banyak pilihan makanan sedap-sedap dan betul betul berhampiran pantai.

Rate: 4.5/5

Sekiranya berkunjung ke Terengganu, jangan lupa masukkan D'Rumoh Pata sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi nombor telefon di bawah. Kunjungi juga laman facebook dan instagram mereka untuk pelbagai info.

Facebook : DRUMOHPATA83
Instagram : drumoh_pata
No. Tel : 0169206940 / 0129848844
Waktu Operasi: Setiap hari. 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Lokasi : Lot 8163 Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.