Makan Durian, Masak Pengat Durian, Berkongsi Rezeki

Assalamaulaikum,

Makan Durian, Masak Pengat Durian, Berkongsi Rezeki

Sekarang ni musim raja buah, buah durian. Ye ke musim? Macam dah tak ikut musim dah..selalu sangat nampak orang jual durian. Ada tu penjual bagi tahu bukan durian kampung..ni dari Johor..ni buah dari Perak. Tak kisahlah mana-mana..taunya tu durian. Kalau isi warna kuning pekat ..hah yang tu mesti durian mahal..Yaya tak terer bab nama durian pakai nombor kod..hahaha.

Dulu Yaya kalau durian tak mampu tolak. Durian depan mata je..mesti pulun makan habis-habisan. Arwah ayah biasanya kan beli 1 raga durian kampung..bukan raga biasa-biasa tau..tapi raga buluh yang tinggi tu..orang Terengganu sebut 'jok' ..tak tau lah bahasa bakunya apa. Sekarang orang jual pakai kilo dah..tak ada dah jok..nak jumpa yang jual kira tompok pun payah.

Imej google.

Beberapa tahun lepas suami ada belikan sejenis durian ni..isi warna kuning pekat dan rasa dia pergh..durian tersedap Yaya pernah makan seumur hidup. Lepas pada tu minat Yaya pada durian dah lari tempo..tak nak durian kampung..nak durian isi kuning pekat yang mahal tuh..gitu peel dia..demand kemahen. Tapi sapa nak layan beli durian mahal-mahal! Sekali - sekala boleh la.. nak berkali-kali sila beli sendiri. Haha. Bila beli sendiri tau sayang duit. Kah! 

Hari ni Yaya nak cerita kisah makan-makan durian di pejabat. Bila dalam group whatsapp office share ada staff nak sponsor makan-makan durian. Terus wow gitu! Durian free kan..tak mampu nak tolak!

Baby Durian



Ini lah buah yang disponsor. Size kecil je. Ada nama spesies durian ni..dorang panggil Baby Durian. Ingat nenas je ada baby, durian pun nak tau! Haha. Dalam sebiji tu ada lah dalam 4 5 ulas. Tapi isi sedap sangat! Warna isi kuning pekat! Tukang sponsor kata boleh lah simpan sedikit durian, nanti esoknya boleh buat pengat durian makan dengan pulut. Tapi tu lah..dah hadap ramai-ramai ni, tak boleh berhenti selagi tak habis.Tak jadi nak buat pengat durian.

Lepas tu ada member ofis yang lain pula offerkan diri. Kalau nak masak pengat, dia sudi beli durian. Wow..sponsor durian lagi! Setakat masak pengat durian apa lah sangat..kami staff perempuan ni sudi masakkan.

Projek memasak pengat durian di ofis.



Pengat durin in the making. Ada yang panggil serawa durian, ada panggil bubur durian, tapi yaya panggil pengat durian. Hihi. Sekejap je masak pengat durian ni. Tak ambil banyak masa pun. Terus sambung makan waktu lunch.

Resepi pengat durian / bubur durian / serawa durian mudah.


  • 1 kg santan cair 
  • 7 - 8 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu besar gula
  • garam 
  • beberapa ulas durian

Masukkan je semua bahan-bahan dalam periuk kecuali durian dan garam (masuk bila dah nak masak). Kena kerap kacau supaya santan tak berketul.



Dapatlah merasa sikit sorang pengat durian bersama pulut. Pulut tu siap-siap masak dari rumah. Kat ofis ni masak pengat je. masak tak susah dan sekejap je pun tapi seronoknya makan beramai-ramai.

Nak cerita juga kisah disebalik santan nan sekilo tu. Officemate Yaya volunteer bawa santan. Bukan santan kotak atau santan beli tau. Ini santan dari pokok kelapa hadapan rumah. Sendiri kopek, sendiri mesin kelapa, pastu perah lagi..alahai..gigih betul..perempuan memang kuat kan..hihi.

Pengat durian dimakan bersama pulut. 

Pengat durian dimakan bersama pulut. Ini Yaya punya..berkali-kali tambah.
Selesai menjamu di ofis, ada lagi lebih kuah pengat durian dan pulut. Yaya bungkus beri mak. Siap beli durian lagi 2 biji. Suka betul mak. Selama ni mak masak untuk anak. Kali ni mak merasa air tangan anak, masak di ofis pula tu. Hihi.

Masing-masing sponsor durian sedap. 2 hari dijamu durian. Allahu..

“Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?”

Terima kasih kepada yang sudi belanja. Semoga rezeki sentiasa melimpah ruah.

REZEKI ITU MILIK ALLAH. 
SEMAKIN KITA IKHLAS MEMBERI KEPADA ORANG LAIN, 
INSYA ALLAH, 
ALLAH PERMUDAHKAN REZEKI KITA.

6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. ibu_suri selalu merengek suruh belikan dia durian. bulan lepas saya belikan durian bunga merah. tak pernah seumur hidup saya beli durian sekilo rm18.

    tak tahulah sedap ke tidak sebab saya tak makan pun. semuanya saya bagi ibu_suri makan. adalah dalam 6~7 ulas.

    minggu ni ibu_suri merengek lagi nak durian. saya buat tak tahu saja. takut juga sebenarnya sebab ibu_suri ada diabetes dan hypertensi...

    ReplyDelete
  2. Saya pun peminat durian jugak. Buah lain kurang sikit makan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, bestnya.. nak jugak

    ReplyDelete
  4. sedapnya laa pengat durian ni haa.. yang ni kena buat ni..misi pulut durian dah accomplish. misi pengat durian plak kita buat.hehe

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post