Menang Contest Anjuran Home Tester Club Malaysia

by - Thursday, July 25, 2019

Assalamualaikum,


Hari ni Yaya terima call. Abang courier rupanya bago tahu nak hantar barang. Supprise betul lah. Sebab tak ada shopoing online. Ingatkan produk review. Hadiah menang contest rupanya.

Lama sangat dah contest ni. Tapi tak ada rezeki menang grand prize. Grand prize dapat basikal bernilai RM900.00. Adik Wazif memang excited bila tunjuk contest tu. Memang aim nak basikal. Tapi rezeki menang consolation prize je. Dapatlah hadiah macam gambar bawah ni.



Dapat food jar. Cantik food jar ni..ada gambar dinasour. Adik Wazif dah berkira-kira nak letak nestum dalam tu. Haish..tak padan dengan bekas lah dik..besar food jar ni.




Contest ni Yaya hantar penyertaan melalui satu posting di Instagram pada 16 April 2019. Yaya kongsi di sini pula cerita mengenai pengalaman adik Wazif dan susu Pediasure yang dah dipertaruhkan untuk sertai contest tu.


Ini cerita mengenai Wazif dan susu Pediasure.⁣😍😍
Wazif anak kedua yang kecil comel je. Nampak kecil tapi hujung Oktober nanti dah 6 tahun. Tahun depan dah darjah 1.⁣ ⁣
Setiap kali beli pakaian seragam tadika wajib kena alter. Ambil size paling kecil dah tu. Kalau tak alter meleret lah kaki seluar. Baju pula mencecah lutut 🤣. Di tadika, kalau beratur dia lah yang paling hadapan. Hihi. ⁣
Pertumbuhan ketinggian Wazif jelas berbeza dibandingkan dengan abangnya. Yaya mula risau dan fikir macam-macam. Nanti sekolah rendah macam mana lah agaknya. Nak galas beg sekolah yang besar dan berat tu. Nak membeli di kantin sekolah macam mana lah. 😅😅⁣
November 2018, Yaya belikan susu Pediasure berperisa vanila untuk Wazif selepas dicadangkan oleh nenek Wazif. Ye, nenek pun prihatin dengan ketinggian Wazif. Wazif sendiri pun sedar dia lebih rendah berbanding rakan-rakan di tadika. Selepas mencuba minum pek percubaan yang dimohon dari laman web Pediasure, Wazif sangat suka dengan rasa susu Pediasure vanila. Tanpa berlengah Yaya terus beli yang dalam tin.⁣
Dengan Pediasure Wazif menjadi sangat gemar minum susu. Setiap pagi dan malam Wazif akan minum susu. Sekarang dah pandai buat sendiri. Yaya tak bimbang sebab susu Pediasure tak memerlukan air panas ataupun suam. Cuma perlu air masak biasa dan susu tak akan berketul. Hebatkan? ⁣
Rekod ketinggian Wazif:⁣
September 2018 - 100 cm⁣
November 2018 - 100 cm⁣
April 2019 - 104 cm⁣
Carta ketinggian menjadi saksi. Suka kami sekeluarga apabila ketinggian Wazif menunjukkan peningkatan. Sebelum mengamalkan minum susu Pediasure ketinggian Wazif statik untuk jangkamasa yang agak lama. ⁣
Kini kami sekeluarga dah boleh senyum. Pediasure membekalkan keperluan kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang. Setiap sebulan ataupun 2 bulan akan ada peningkatan ketinggian dalam 1 cm. ⁣
Bukan sahaja ketinggian bertambah, setelah minum susu Pediasure hampir 6 bulan ni Wazif jarang jatuh sakit. Makan pun berselera. Kebaikan berganda dalam segelas susu. 😍😍
Ada 8 bulan lagi sebelum melangkah ke sekolah rendah. Semoga bertambah lagi ketinggian Wazif. ⁣🤩🤩

You May Also Like

4 Comments