MENANG PRINTER HP DESKJET INK ADVANTAGE 3776 - SERTAI HP MALAYSIA LITTLE MAKERS CHALLENGE WEEK 7

Assalamualaikum,

MENANG PRINTER HP DESKJET INK ADVANTAGE 3776  - SERTAI HP MALAYSIA LITTLE MAKERS CHALLENGE WEEK 7

Salam 19 Syawal. Dah penghujung Syawal tapi tetapi mood nak menaip panjang-panjang dah hilang ke mana pun tak tahu. Gambar-gambar raya hanya di kongsi di facebook dan instagram. Nanti nak share juga juga gambar raya di blog..akan datang senang nak cari kalau dah dah letak dalam blog ni.

Yaya nak share kegembiraan menang printer dari HP Malaysia. Pada bulan April, Yaya sertai HP Malaysia's Little Makers challenge week 7 dengan tema 'Look at the stars'. Dan pada bulan puasa baru ni HP komen di posting di facebook memberitahu Yaya adalah salah seorang pemenang.


Inilah penyertaan yang dihantar menerusi posting di facebook.

HP Malaysia’s Little Makers challenge Week 7 with the challenge tittle 'Look at the Stars' !!! 🌟🌟🌟

Wafiq's zodiac is Cancer. He is supprised when i mentioned Cancer. 'Are you sure, Cancer is one of serious illness!' Haha 🤣🤣

While doing this..he just know other constellations name.

When birthday, his most favourite things is birthday party. He loves to treat his friends with cake, sweets and nice goodies!

HP reinvents learning for children with ‘Little Makers’ challenge. HP Malaysia’s Little Makers challenge is designed for parents, teachers and their young makers, creators and thinkers to play and learn together while sharing their creations with friends and family.

Inilah caption ringkas untuk penyertaan yang melibatkan abang Wafiq dan akhirnya dipilih sebagai salah seorang pemenang. Bahasa Inggeris Yaya memang broken sesedap rasa mulut bercakap dan jari menaip. Entah banyak salah pun tak tahu lah. Lantak kan aje. Haha.


Sebenarnya Yaya memang tak sangka dipilih sebagai pemenang. Susah seorang Yaya ni nak menang peraduan, cabutan bertuah. Tapi kali ni rezeki Yaya sekeluarga. Rezeki tak pernah salah alamat kan. Alhamdulillah.

Inilah hadiahnya. Printer deksjet ink advantage 3776 All-in-one. Memandangkan kat rumah dah ada satu printer pun brand HP juga..jadi yang ini guna Yaya letak di pejabat saja.


Sebenarnya, Yaya hantar beberapa penyertaan. Penyertaan yang melibatkan adik Wazif, ibu dan ayah. Hihi.





Abang Wafiq kata dia handsome..sebab tu menang, huk aloh anok sulong ibu ni..haha..buat challenge lengkap beruniform taekwondo..berkejar nak ke kelas taekwondo pula lepas tu. Terima kasih la abang Wafiq sudi buat challenge sama-sama dengan ibu.

Itu je lah kut update cerita menang hadiah. haha.. Insya Allah lepas ni lebih bersemangat nak update blog.

Terima kasih sudi baca.


7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. tahniah! lepas ni mudah la nak mencetak dokumen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abam kie..susah zaman sekarang kalau tak ada printer kan..

      Delete
  2. tahniah la dapat hadiah printer. lepas ni mau dapat hadiah laptop pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga rezeki kita sentiasa tak putus. Terima kasih IM.

      Delete
  3. Replies
    1. Sis Yaya lah Jannah..Sis Gee jiran sebelah i..haha!

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post