Air Mata

Assalamualaikum,



Lagu: Air Mata
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Khai Bahar
Lirik: Khai Bahar


Ku pejamkan mata dan
Ku biarkan semua berlalu
Langkah kaki terpijak
Di bumi nyata sandiwara

Rasa kecewa menghentikan fikiranku
Hujan takkan berhenti
Selagi jiwaku rapuh
Dan masih tetap disini

Buanglah semua rasa
Keresahan dalam diri
Terbang tinggi
Airmata

Jauhku melangkah namun diriku tetap disini
Rasa kecewa menghentikan fikiranku
Selagi jiwaku rapuh
Dan masih tetap disini

Airmata
Seketika
Takkan berpanjangan tiba

Airmata
Rasa luka
Pedih menyiksa jiwaku



Berat lagu Air Mata ni. MV pun terbaik. Dengar lagu dan tengok MV buat kali pertama dah cukup menikam jantung, hati, hempedu semua. Penceritaan sampai. Kisah bagaimana nak bangkit dari rasa kecewa, tetapi mencuba untuk jadi positif dan bangkit kembali.

Yaya mengaku memang minat sangat dengan lagu-lagu Khai Bahar. Hihi. Semua lagu Khai Bahar yaya dengar berulang-ulang. Sampaikan si kecil Wazif tu dah sound.. ''ibu..selepas lagu ni, lagu khai bahar lagi..pastu khai bahar lagi..khai bahar lagi.." bertabahlah nak, dah semua lagu Khai sedap-sedap. Hihi.. Sudahnya 3 beranak menyanyi bersama-sama. Si ayah tak kuasa nak melayan. Haha.

Baru-baru ni Khai mengumumkan pengundurannya daripada NAR Records selepas tiga tahun terikat dengan kontrak syarikat rakaman berkenaan. Katanya nak tukar angin, nak uruskan sendiri karier seni selepas ini. Baguslah Khai, semoga lepas ni Khai bertambah maju jaya dan lagu-lagu Khai akan kerap diputarkan di stesen radio.

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post