Hadiah Hari Guru 2019

by - Monday, May 06, 2019

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah lepas sambutan hari guru untuk tahun 2019. Sekolah anak-anak Yaya sambut hari guru pada Khamis lepas, 2 Mei 2019. Seperti biasa, setiap tahun mesti fikir nak bagi apa untuk cikgu yang dah mengajar anak-anak. Kekangan masa dan bajet semua diambil kira.

Tahun 2019 rezeki cikgu-cikgu makan coklat. Hihi.  Yaya letak juga fridge magnet bertemakan hari guru. Untuk guru kelas dapat lebih, si ayah berbesar hati nak tambah coklat kitkat yang dalam tin. Ada pelbagai perisa kitkat dalam tu.


Tahun ini kerja ibu jadi mudah. Askar-askar kecil ibu kerah buat semuanya. Haha. Mereka pun seronok dapat sediakan sendiri hadiah untuk cikgu-cikgu mereka. Adik Wazif pula terlebih excited sebab dapat belajar perkara baru. Belajar lipat selotape jadi seperti double tape untuk lekatkan fridge magnet pada coklat. Nampak mudah pada kita tapi jadi ilmu berharga buat adik Wazif. Hihi.


Abang Wafiq tekun tulis nama sendiri pada fridge magnet. Tulisan yang selalunya cakar ayam tiba-tiba boleh jadi cantik. Tahu pula nak buat tulisan cantik dan kemas. Kalau tak, bab menulis lah dia paling tak gemar. Tulisan asal siap je selama ni. Dalam buku latihan macam-macam jenis tulisan ada.



Koleksi hadiah hari guru yang pernah Yaya sediakan :

Hari guru 2018 - biskut famous amos + coin bag


Hadiah hari guru 2017 - alat tulis (klip kertas, gam, eraser, highlighter, cop, frame gambar)



Hadiah hari guru 2016 - pen (boleh baca di entri INI)

Hadiah hari guru 2015 - kekacang + kek (boleh baca di entri INI)



Sekadar untuk ingatan Yaya, sebab tak entri di blog. Hihi. Untuk hari guru 2014 Yaya sediakan Congo Bar sebagai hadiah untuk cikgu-cikgu.

Terima kasih tak terhingga buat semua guru-guru. Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia. Jasa kalian memang tak terbalas.

You May Also Like

5 Comments

  1. hari guru dah x lama dah.. tapi banyak sekolah saya tengok sambut awal.. maybe sebab posa kot..

    ReplyDelete
  2. bestnya, nak jugak la jadi guru kepada anak2 yaya..hahahahha

    ReplyDelete
  3. wah..meriah buat sendiri..:)

    ReplyDelete
  4. terbaek.. seronok cikgu :)

    ReplyDelete