Assalamualaikum,

Bersyukur kita dipertemukan dengan Ramadan kali ini. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita perbaiki diri, mahu jadi lebih baik. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah. 

Puasa tapi tak solat?

Puasa dan solat, dua dua ada dalam 5 perkara rukun Islam, ibadat wajib bagi umat Islam. Ada orang sebelum ni tinggalkan solat, tapi bila tiba Ramadan, berpuasa tapi sayangnya tak solat. Ada tak yang tak puasa, tak solat tapi bila raya, tetap sambut raya dengan meriah? Hihi.

Apa hukum puasa tapi tak solat?

Siapa-siapa yang tinggalkan solat tu bertaubatlah. Perkara pertama yang disoal di dalam kubur adalah solat. Solat ibarat tiang agama. Tak sempurna ibadah lain kalau tinggalkan solat. Berdasarkan pandangan jumhur ulamak, sesiapa yang tidak solat ibadahnya sah tetapi tidak diterima. Jadi puasanya sah tetapi tidak diterima Allah kalau tinggalkan solat. Sayangnya, berpuasa tapi tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja.