Cuti pelepasan am sempena ulangtahun pertabalan DYMM Sultan Terengganu

by - Tuesday, March 05, 2019

Assalamualaikum,

Cuti pelepasan am sempena ulangtahun pertabalan DYMM Sultan Terengganu|Hari Isnin 4hb. Mac 2019 Terengganu bercuti. Cuti sehari, sepanjang hari tak masak. Haha. Saja nak spent time dengan anak-anak. Tak nak lah spent time di dapur..hihi. 

Awal pagi dah keluar mencari sarapan. Sarapan roti canai je..lepas makan lepak sembang kosong ngadap laut. Lepas tu ke kedai ECO.. nak cari wet tissue buat lap habuk kat pokok-pokok palsu dalam rumah ni. Lepas tu pulak singgah rumah mak sekejap, hantar ayam sekor, kut pandai mak lah nak masak apa..anak mak malas..haha..singgah sekejap je rumah mak..si abang nak ke giant cuci mata katanya..hmm..nak usha mainan ler tu..belum move on lagi si abang dengan beyblade..sejenis gasing..korang tahu ke? Duk kat Giant sempat pula terasa nak makan kek batik. Haha..apa lagi, terus beli barang...sedar-sedar dah tengah hari..hmmm..ayah kata rasa nak makan pizza je untuk lunch..tapau pizza..take away jimat banyak dari makan kat situ..

Balik rumah terus buat kek batik nestum. Next entry Yaya share resepi ye. Kalau dah rasa nak makan memang semangat lain macam. Petang nak ke rumah lagi sekali..mak pesan nak minyak hangat aafiat..dah beli dah masa gi giant tu..Belum sempat masuk kereta ada tetamu datang bawa rezeki. Datang nak ajak kami semua makan dekat Restoran B'Beteng di Taman Tamadun Islam..tak sampai 5 minit pun dari rumah Yaya. Makan sedap-sedap, kita ambil menu biasa-biasa je tapi orang yang nak belanja tambah lagi macam-macam menu. Segan pula nak ambik gambar makanan. Hihi. Terima kasih sudi belanja.

Akhirnya, malam baru ke rumah mak hantar ubat. Bawa juga sebekas kek batik. Mak pula beria tunjuk kat Yaya ikan hasil adik memancing. Apa nama ikan pun tak tahu. 


Ikan Gerong Belang


Ikan Gerong Belang, berat hampir 4 kg.

Yaya ingatkan ikan selar papan. Sebab petang tu makan kat restoran B'Beteng ikan selar papan nampak sama je dengan yang ini. Nak tanya adik, adik tak ada kat rumah. Tanya kaki pancing kat ofis  hari ni katanya namanya ikan Gerong Belang. 1st time dengar.hihi. Sepesen mak yaya, suka paksa anak-anak ambil gambar..gambar masakan dia, bunga-bungaan dia. Ni gambar ikan Gerong Belang ni pun dipaksanya kita ambil gambar..Haha. Siap dengan tape pengukur tu..dia cakap takpe, nanti mak basuh tape tu..Haha. 

Tak boleh lama-lama rumah mak. Esok (hari ni) sekolah. Budak berdua tu 9.30 malam dah masuk tidur. Tapi terbabas jugak setengah jam..si abang Wafiq tu macam mana entah boleh pula terjumpa dengan cerita Si Badang kat youtube , ala movie Dato Terlajak Laris yang jadi hero tu..layan lah sekejap..

Hmm...macam tu lah cuti sehari..bawa anak anak pusing dekat-dekat je..  Kalau tak keluar rumah ayahnya bantai tidur je..eh sakit hati pula si ibu..haha..






You May Also Like

3 Comments

  1. Sehari cuti yang mewah dengan aktiviti. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  2. hihi saya pun nama je ayah selalu memancing tapi ikan tak kenal nama apa...besar jugak ikan gerong tu kan

    ReplyDelete
  3. Ikan fresh mesti sedap kalau digoreng atau apa ajelah menu...Jenuh cari tapenya kat mana hahaha...
    Untungnya ada orang belanja makan.....makan kenyang ke dak?

    ReplyDelete