LAKI AKU NEGRO KAU PEDULI APA ?

by - Tuesday, March 05, 2019

Assalamualaikum & hai uolss,

Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ? | Jangan macam-macam  ye.. suami Yaya Melayu tulen. haha. Ini sebenarnya tajuk sebuah buku. Terpandang saja tajuk buku ni terus rasa nak tarik dari rak buku (di perpustakaan awam). Memang mata terus melekat dan timbul rasa ingin tahu yang teramat sangat. Yaya tak fikir lama, terus pinjam buku ni.
LAKI AKU NEGRO KAU PEDULI APA

Tajuk : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa?
Penulis : Dr. Hayya Bilal
Harga : RM15.00
ISBN : 978-967-369-325-2
Mukasurat : 152

Sinopsis:

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.
Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).
“Kenapa awak tanya?”
“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.
“Awak tak belajar geografi ke?”
“Hahahah...” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.
“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.
“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”

Tidak ada kelebihan seorang manusia dengan manusia lain, kecuali usaha, amal baik dan iman kepada Sang Pencipta

Penulis, Dr. Hayya Bilal atau nama sebenar beliau Dr. Jamilah Jaafar berkongsi kisah benar berkahwin dengan seorang Negro. Buku ini gaya tulisannya sangat santai, percayalah korang tak akan rasa mengantuk. Seolah-olah penulis sedang berada di hadapan korang dan korang sangat tekun mendengar beliau bercerita.

Sejujurnya, Yaya sendiri apabila bertemu dengan Negro, akan rasa takut, tidak selamat, takut diapa-apakan. Berdasarkan warna kulit dan fizikal mereka kita sudah melabelkan mereka begitu. Bila dah habis baca buku ni barulah terasa terbuka sedikit minda tentang orang Negro ni. Ingat satu hal, mereka juga makhluk Allah.

Darjah kehitaman kulit manusia
Kita orang Melayu pun tak lah cerah kulit sangat kan. Haha..kalau ikut darjah kehitaman kulit manusia sikit lagi nak hitam macam orang Afrika. Hahaha.. 

Dr. Hayya juga bercerita bagaimana anak-anak beliau menerima tempias. Disebabkan rambut kerinting, berkulit gelap anak-anak disisihkan di sekolah. Sedihnya baca bahagian ni, terutama apabila Dr. Hayya berpeluang memberi ucapan semasa hari perjumpaan di sekolah. Memohon cikgu-cikgu selitkan cerita mengenai penciptaan manusia.

Dalam sedihnya, ada banyak bahagian lucu dan memberi banyak maklumat. Mengenai sistem tandas di Afrika yang terpaksa jadi Ninja kalau ke tandas, buah pisang dan nangka yang tak sama dengan Malaysia, mengenai adat perkahwinan di sana dan macam-macam lagi.



Afrika, sebuah negara yang subur tapi miskin. Juga terdapat Tasik Victoria di sana yang mana air tasik tersebut menjadi punca air Sungai Nil. Haiwan-haiwan berpasangan yang naik ke dalam bahtera nabi Nuh  AS kebanyakan ada di Afrika. Banyak ilmu yang akan kita dapat setelah habis membaca buku ni.

Sekiranya terjumpa buku ini, beli dan baca lah. Ada pandangan kita terhadap orang lain, masyarakat, bangsa lain yang perlu diperbetulkan. Semoga terbuka sedikit minda kita.

Satu lagi, singgah lah di facebook Dr. Hayya. Sekarang Dr. Hayya sedang berada di Afrika. Banyak cerita-cerita dan gambar-gambar yang di kongsi. Semoga kita lebih  terbuka mengenai negara Afrika.

Facebook Dr. Hayya : SINI

You May Also Like

5 Comments

  1. menariknya...memang selama ni kita dimomokkan dengan ketakutan terhadap negro..padahal diorang pun manusia juga..sama macam kita..

    ReplyDelete
  2. Unik.Kadang susah nak jelaskan satu persatu kerana anggapan kita berdasarkan berita...cerita dan banyak kejadian yang berlaku contohnya jenayah dan sebagainy yang dilakukan negro di negara kita.Lazimnya nila setitik maka sebelanga susu menjadi rosak.Begitulah anggapan kita pada negro ni.Tapi bila ada buku begini ditambah ditulis dengan pengalaman sendiri..ianya sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi.

    ReplyDelete
  3. Macam tertarik pula nak baca buku ni. Gaya penulisannya santai je.

    ReplyDelete
  4. yes. africa negara yg subur. tapi rakyat sgt miskin, tak cukup makan dan penyakit byk menular.
    sebab pentadbiran negara yg tak adil.
    hasil bumi diteroka oleh org luar. pekerja luar. faedah utk negara luar.
    rasuah. org kaya semakin kaya. rakyat yg susah.

    lecturer aida sorang kawin dgn org negro africa.
    dia pun ada citer pasal ni. camne anak dia dilihat lain oleh malaysian.
    tapi pada dia, tetap manusia. dia x kisah sgt. mcm dr ni kata la, ko peduli apa, kan :) hi hi hi hi

    ReplyDelete