Buku-Buku Dr. Hayya Bilal

Buku-Buku Dr. Hayya Bilal | Selepas membaca buku Laki Aku Negro Kau Peduli Apa, Yaya bagaikan jatuh cinta dengan gaya penulisan Dr. Hayya Bilal. Yaya mencari apa lagi karya yang telah beliau hasilkan. Setakat yang Yaya jumpa setelah di google ada 4 buah hasil tulisan Dr. Hayya Bilal. Insya Allah nanti ke kedai buku cari buku-buku ni. Kalau ada di perpustakaan pun ok. hahaha.



1) LAKI AKU NEGRO KAU PEDULI APA


Buku Dr. Hayya Bilal
Laki Aku Negro Kau Peduli Apa



Sinopsis Laki aku Negro Kau Peduli Apa

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.

Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).

“Kenapa awak tanya?”

“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.

“Awak tak belajar geografi ke?”

“Hahahah...” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.

“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.

“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”



2) AFRIKA AKU MAI LAGI


Buku Dr. Hayya Bilal
Afrika Aku Mai Lagi



Sinopsis Afrika Aku Mai Lagi 

Afrika: Aku Mai Lagi ialah buku kedua Dr. Hayya Bilal selepas buku Laki Aku Negro: Kau Peduli Apa. Kembara beliau ke empat negara di Afrika iaitu Uganda, Kenya, Sudan dan Rwanda disampaikan secara santai, lucu dan sarat dengan informasi. Genre baru dalam kandungan buku Travelog untuk pembaca yang sukakan adventure dan ilmu. 

Pembaca akan mendapat ilmu baru mengenai budaya, makanan, adat istiadat dan maklumat luar biasa mengenai Afrika. Buku yang membuka minda, membaca sambil duduk-duduk di atas sofa dan sampai ke Afrika tanpa perlu membahayakan diri ataupun mengeluarkan perbelanjaan besar. Hehehe. 

Mengapa budak Albino dibunuh Makan Rolex Pembunuhan Beramai-ramai Ular sawa bekas Presiden Adat berkongsi isteri Bakul menguji DNA bayi Adat kematian Idi Amin Presiden Rwanda dan banyak lagi... banyak... banyak... banyak..


3) TRAVELOG: BIAQ PI LAH!


Buku Dr. Hayya Bilal
Travelog : Biaq Pi Lah !



Sinopsis Travelog: Biaq Pi Lah 

Masuk ke dalam mesin masa dan berputarlah 40 tahun ke belakang. Kita akan bertemu dengan Jamilah, seorang budak kampung yang montel dan terkenal dengan panggilan Bab a.k.a Gedebab. Bab berkisah mengenai masa kecil beliau, hidup di sebuah kampung berlatarkan sawah padi. 

Pelbagai peristiwa menarik yang berlaku bersama dengan enam adik beradik. Antaranya kisah misteri, kenduri kahwin, permainan zaman dulu-dulu dan pelbagai jenis hantu yang sinonim dengan masyarakat orang melayu sekitar tahun 1970-an. 

Setiap cerita akan diakhiri kisahnya dengan ungkapan dan kata-kata hikmah, lucu dan penuh pengajaran. Buku beliau yang pertama "Laki Aku Negro: Kau Peduli Apa" dan "Afrika Aku Mai Lagi" merupakan kisah hidup beliau semasa dewasa. Kedua-duanya mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pembaca.


4) CERITA BILIK PENGETUA


Buku Dr. Hayya Bilal
Cerita Bilik Pengetua



Sinopsis Cerita Bilik Pengetua

Buku ini berkongsi cerita mengenai kewujudan satu sosok tubuh yang banyak mempengaruhi dunia pendidikan di negara kita. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memimpin sesebuah sekolah. Pemimpin atau pengetua inilah yang menggalas tanggungjawab ini.

Didalam buku ini dikumpulkan pelbagai anekdot berkisarkan pemimpin sekolah yang ditulis hasil daripada temu bual, pengalaman, kes-kes benar dikutip, diolah, ditambah asam, garam, gula dan cili. Dengan pelbagai ragam dan situasi, menjadikan buku ini lengkap perasanya. Kita akan rasa tercuit hati dengan situasi yang lucu, geram pun ada dengan kisah yang tak disangka, sedih dan berbagai perasaan lain semasa membaca buku ini.

Tapi yang pastinya, buku ini sangat menghiburkan. Anda akan terhibur dengan pelbagai kisah yang dikongsi seperti Gangster Kampung Pisang, Staff Bermasalah, Tuisyen Felda, Pengetua Puaka, Panglima vs Bomoh dan lain-lain. Selain daripada pelbagai kisah menarik yang dihidangkan, ia juga ditulis dalam bahasa yang santai dan ringan, yang akan membuatkan bacaan kita lancar sehingga ke akhir muka surat.

Update:

Buku-buku boleh didapati dari kedai buku Popular, PTS.. nak mudah boleh beli online.

8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post