Assalamualaikum ..

semoga bahagia hingga ke hujung nyawa ..^__^

Yaya sayang dgn kehidupan yaya ..rugi rasanya membiarkan kehidupan yang singkat ini disia-siakan dengan perkara yang remeh temeh .. saat kita dilahirkan ke dunia .. pelbagai halangan , cabaran dan dugaan telah sedia menanti .. sepatutnya biarlah penyudahnya  kita bahagia.. buat apa membebankan diri dgn masalah yg kita sendiri cari ?

tentu korang pernah berdepan dgn perkara mcm ni kan ? tentu pernah melihat ada diantara mereka menjalani kehidupan dengan seribu masalah dan kekalutan yg tak berkesudahan ....

sayang sekali..sepatutnya bahagia yg ditempuh tapi mengapa mereka berdepan sebaliknya ??? semuanya bermula dengan perasaan ..

Fokuskan topik pada rumahtangga .. di saat anda menyangka telah membuat pilihan yang salah... atau  pernah terdetik .. ' tak sepatutnya aku kahwin dengan dia ' percayalah ... hanya kerana perasaan  negatif itu kebahagiaan dan keselesaan hidup telah pun berkurangan .. cukup mempengaruhi !

jangan mengimpikan kebahagiaan yg tak nampak di mata..padahal tak sedar bahagia yang ada disekeliling...lama-kelamaan anda akan merasakan seolah-olah sentiasa ditakdirkan menderita padahal anda telah memiliki segalanya dan sepatutnya berbahagialah !

jangan difikirkan sangat hal yg negatif ! cukup membebankan jiwa ! cukup mempengaruhi emosi ! lupakah  selain malaikat kiri dan kanan syaitan juga bersama dengan kita .. syaitan yg sentiasa wujudkan rasa was-was.. syaitan yang membuatkan anda sentiasa menyalahkan takdir , syaitan yang sentiasa  menampakkan kelemahan pasangan , syaitan yang sentiasa membuatkan anda menyesali jodoh .. 

kita sudah punya pasangan , sudah beranak pinak , usia makin bertambah , wajah pun dah tak muda remaja lagi .. agak-agaknya dengan segala pakej nie adakah kita akan bahagia dgn memilih untuk bercerai dan memulakan perkahwinan kedua ??? itu semua adalah sesuatu yang tidak pasti ..buat apa harapkan kebahagiaan yang masih dlm angan-angan sedangkan kehidupan berkeluarga didepan mata tak mahu digilap .. jgn sampai yang dikejar tak dapat dan yg dikendong pula berciciran ... entah-entah kehidupan yang lagi teruk akan dilalui ..

kenali pasangan , cari di mana kehebatannya dan bukannya mencari kelemahan untuk dibahaskan...

dekatkan diri dgn Maha Pencipta .. mohon petunjuk Nya .. ingatlah tiada manusia yang sempurna kecuali Nabi Muhammad S.A.W. ..



nota : untuk peringatan diri sendiri ...