Assalamualaikum ...

Pernah dapat BE tak ? bg yang pernah mesti suka tak terkira kan... bg yang tak pernah merasa BE nie yaya nak share beberapa tips untuk dapat BE ...

sebelum tu BE nie merupakan istilah untuk kempen CPM ..untuk mendapat BE pertama sekali dengan memastikan pihak pengiklan (advertisers) memilih blog kita untuk mengiklankan iklan mereka..terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pihak pengiklan dalam pemilihan blog.

antaranya ialah :

1) memilih blog yg mempunyai pembaca yang berpadanan dengan sasaran mereka
- sentiasa update survey kat akaun nuffnang korang..survey berfungsi untuk advertisers mengenalpasti kandungan blog.

2) meletakkan unit iklan pada tempat yang sepatutnya
- iklan skyscraper hendaklah menjadi elemen pertama di sidebar ..jgn letak widget lain dulu kemudian hujung bawah tu baru tepek iklan
- sama jugak dgn iklan leaderboard..harus diletak atas sekali ..biar org masuk blog kita nampak iklan tu dulu..
- large rectangle pulak  kena letak betul-betul di bawah entri yang pertama ..

3) ruang unit iklan
- kena letak ketiga-tiga jenis iklan ( skyscraper , leaderboard dan large rectangle ) di blog .. jika ada ketiga-tiga nie peluang utk terpilih utk sesuatu kempen adalah cerah.

4) berstatus Glitterati
- nie maknanya jangan korang curang dgn nuffnang dengan letak iklan yg lain..sekali curang status tu akan ditarik balik ..iklan Hearbeat dan ChurpChurp tak de masalh nak letak ..


jadi..ikutlah 4 tips tu ..mana tahu lepas nie advertisers akan perasan blog korang ...




nota kaki : duit bukan segalanya ..tapi alang-alang berblog ada baiknya sambil menyelam minum air ..kalau boleh makan lagi bagusss...