Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali | Lamanya tak makan jeruk. Kalau saja-saja nak makan tak terbeli pula. Ini dah dapat percuma memang rezeki sungguh. Buah tangan dari kenalan suami yang ke Pulau Pinang baru-baru ini. Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk tersohor dari negeri yang terkenal dengan gelaran 'Mutiara Timur', syurga bagi pencinta makanan. Bagaikan sudah menjadi kemestian bagi mereka yang berkunjung ke Pulau Pinang menjadikan Jeruk Madu Pak Ali sebagai buah tangan kepada saudara mara dan sahabat handai.


Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali




Jeruk Madu Pak Ali ni dah lama berada di pasaran, sejak 1985 lagi rupa-rupanya. Merupakan jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. 
Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang. Rasanya yang enak dan bernutrisi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini daripada pihak MARDI (Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia).


Pak Ali Food Industries Sdn Bhd

Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. 

Selain jeruk madu, pelbagai lagi produk dihasilkan d ibawah jenama Pak Ali. Antaranya ialah kuah rojak, dodol, serbuk asam ko, serbuk buah-buahan, acar, kordial, belacan bakar, mee sanggul, kismis, fruit candy, peneram dan juga air mineral.

Dah semakin banyak ye produk keluaran Pak Ali. Selari dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju dalam pengeluaran makanan dan minuman halal di Malaysia berasaskan produk buah-buahan danmakanan warisan masyarakat Malaysia.


Pelbagai Produk Jeruk Madu Pak Ali 








Pelbagai pilihan Jeruk Madu Pak Ali:
  • Jeruk Campur
  • Jeruk Mangga Sala
  • Jeruk Mangga Kuning
  • Jeruk BetikJeruk Sengkuang
  • Jeruk Salak Madu
  • Jeruk Kedondong Kuning
  • Jeruk Kedondong Hijau
  • Jeruk Jambu Batu
  • Jeruk Mangga Air
  • Jeruk Pala Kulit
  • Jeruk Pala Penang
  • Jeruk Pala Sagat
  • Jeruk Rebung Madu


Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali


Yaya ingat lagi ketika pertama kali mencuba Jeruk Madu Pak Ali ni. Itupun sebab tertarik dengan kestimewaan jeruk yang tertera pada paket bungkusan iaitu tiada kesan batuk.  Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal, air tapis yang dimasak mendidih dan menggunakan gula pasir (tidak menggunakan gula sakarin/ibu gula) 


Masa kecil, balik je kelas mengaji quran kadang-kadang singgah kedai runcit beli jeruk yang dalam tin tu. Rasanya produk dari negara jiran. Nak beli  20 sen ke, 30 sen pun boleh je. Tauke kedai siap letak jus jeruk lagi. Tapi tak lama lepas tu siap lah, dapat pakej sakit tekak dan batuk. Lagi keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali adalah air jeruk boleh diminum sebagai jus!

Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari pihak JAKIM, Sijil MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil Pengesahan Usahawan Bimbingan MARDI.



Jeruk Madu Pak Ali 'Near Me'

Kalau dulu kena pergi ke Pulau Pinang baru boleh dapat jeruk ni. Sekarang dah banyak cawangan Jeruk Madu Pak Ali di serata Malaysia. Kalau ada yang mengidam nak makan jeruk pun senang dah nak dapatkan. 

Jeruk Madu Pak Ali



Yaya senaraikan cawangan Jeruk Madu Pak Ali untuk Pantai Timur Semenanjung. Cuba tengok ada tak cawangan atau kedai Jeruk Madu Pak Ali berhampiran  anda.

  • Jeruk madu Pak Ali Cawangan Terengganu

>> Tunjang Iltizam Enterprise

Alamat:
90A, Kedai Hiliran,20300 Kuala Terengganu,
​Terengganu.

Waktu Operasi:
Tel/SMS: 019-4747678
Email: shafrisan@gmail.com


>> SAZ MARKETING

Alamat :
No. 1249, Belukar Jambu Chendering,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu.

​Masa Operasi : 9:00 pagi - 6:00 petang
No. Tel/SMS : 019-983 6198 / 09-617 8378 (En. Sazali)

  • Jeruk madu Pak Ali Cawangan Pahang


>> HHDZ ENTERPRISE (D'Qalby)

Alamat : Kiosk Jeruk Madu Pak Ali,
Perkarangan UTC Kuantan,
Lorong Pasar Baru 3,
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Masa Operasi : 10:00 pagi - 10:00 malam (Setiap Hari)
No. Tel/SMS : 012-929 4383 (En. Hariz)
Email : hariz.dzul@gmail.com
i) Waze - UTC Pahang
ii) Google Maps - UTC Pahang


>> ISBI TRADING

Alamat :
No. G16, Temerloh Mall,
28000 Temerloh,
Pahang.

Masa Operasi : 10:00 pagi - 10:00 malam
No Tel/SMS : 019-986 5653 / 013-967 0260 (En. Ismail)
i) Waze - Temerloh Mall
ii) Google Maps - Temerloh Mall

  • Jeruk madu Pak Ali Cawangan Kelantan


>> AD Mohd Enterprise

Alamat Lokasi 1 :
Jalan Dato Lundang,
15200 Kota Bahru,
Kelantan.

i) Waze - AD Mohd Enterprise
ii) Google Maps - AD Mohd Enterprise

Alamat Lokasi 2 :
1674B, Kampung Darat Demit,
Jalan Guchil Bayam,
15200 Kota Bahru,
Kelantan.

Waktu Perniagaan: 9:00 pagi - 12:00 malam
Tel/Sms: 013-9384967 / 017-9832452
Email: wkhairulezwan@gmail.com


Untuk mengetahui lokasi lain-lain cawangan boleh semak di: https://www.jerukmadupakali.com/cawangan.html



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. sedap ni. dah biasa makan brand ni tak mau dah brand lain

    ReplyDelete
  2. Sedapnya jeruk madi pak ali. Sayangnya kalau makan walau sedikit, sakit pula tekak.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post