Set Penjagaan Muka Untuk Kulit Kering

Bismillah, misi mencari set penjagaan muka untuk kulit kering. Kulit muka Yaya jenis kulit kering, susah nak ada jerawat tapi berisiko untuk dapat jeragat dan bintik hitam.

Serum, pelembap dan pencuci muka boleh pula habis serentak. Mahu tak mahu melangkah juga kaki masuk ke dalam Guardian petang tadi. Esok 2 Januari 2023 hari terakhir Guardian mengadakan Beauty Days 50% Off All Cosmetics. Siapa suka mekap, nak beli bedak je ke masa ni lah ye korang, potongan separuh harga. Memang sangat menjimatkan. Ramai betul manusia dalam Guardian petang tadi. Tapi bila pergi dengan adik Wazif, dia bukan suka berlama-lamaan dalam tu. Tak sempat pun Yaya nak jenguk-jenguk bahagian kosmetik. Huhu..

Skin Care Untuk Kulit Kering


Skin Care Hada Labo Jadi Pilihan

Agak lama juga Yaya setia dengan sek skin care Yuja Niacin. Yuja Niacin ni tak ada jual di drugstore. Memang serasi dengan Yaya cuma kali ni rasa nak beralih arah. Begitulah bila masuk tahun baru, set penjagaan kulit pun rasa nak bertukar yang baru. Hihi.

Tapi untuk pencuci muka memang Yaya pakai jenama Hada Labo premium tiub warna biru gelap. Hada Labo ni ada beberapa set penjagaan kulit mengikut keperluan kulit wajah masing-masing iaitu:

  • Hydrating (packaging warna putih) - sesuai untuk kulit normal/dry
  • Premium Hydrating (packaging warna kuning) - sesuai untuk kulit normal/dry/dehydrated skin.
  • Sensative Hydrating (packaging warna putih + merah) - sesuai untuk kulit normal/dry
  • Premium Whitening (packaging warna biru gelap) - sesuai untuk semua jenis kulit


Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash

Kali ni nak cuba Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash with super Hyaluronic Acid. Asesuai untuk kulit jenis normal / dry skin. Yaya beli 2 tiub sebab 1 tiub nak letak di ofis. Bebas pewarna,wangian, minyak galian dan alkohol. Harga selepas diskaun RM 15.90 satu (100 gm).


Baca  : Sunscreen Hada Labo Untuk Kulit Kering


Hada Labo Premiun Whitening Lotion

Lepas dah cuci muka, langkah seterusnya adalah toner atau essence. Untuk set Hada Labo ada Premiun Whitening Lotion (Light) yang sesuai untuk normal/oily/combination skin. 

Masa tengok dalam gambar ni baru Yaya perasaan. Yaya tersilap ambil. Lotion yang ada dalam set Hydrating dan Premium Hydrating ada dua jenis. Botol sama je..yang membezakan hanyalah satu perkataan. Untuk kulit jenis normal/dry skin ada di label 'Rich'. Untuk kulit normal/oily/combination skin di label dengan perkataan 'Light'.  Rasanya Yaya dah pegang yang Rich tu tapi kenapa boleh terambil yang Light...Adushhh...stress pulak rasa..hahah..dah la sebotol ni harga RM41.40 (170ml) selepas diskaun.


H.A. Supreme Vita Brightening Concentrate

Langkah seterusnya adalah pemakaian serum. H.A. Supreme Vita Brightening Concentrate Serum merupakan  penggalak yang mencerahkan dan berkhasiat yang membangkitkan semula dan meningkatkan kulit untuk kulit yang berseri dan sekata. 

Ada satu lagi serum khas untuk kulit kering iaitu H.A. Supreme CERA Hydrating Concentrate. Tapi Yaya pilih yang VITA, sebab ada juga fungsi untuk deep hydration plus whitening care untuk kulit kusam dan dark spots.

Boleh tahan juga harga serum ni. Biasa harga RM80+. Tadi Yaya beli dengan harga RM53.40 selepas diskaun (30ml).

Baca juga: Laser Jeragat


Hada Labo Premium Whitening Water Cream


Akhir sekali kenalah pakai pelambap. Kali ni Yaya tak tersalah ambil, sebab pelembap pun ada dua pilihan. Premium Whitening Water Cream unutk kulit normal/dry skin. Bertindak untuk merawat kulit kusam, bintik hitam dan tona kulit tidak sekata. Harga RM 43.92 (50 gm)

Satu lagi Premium Whitening Water Gel untuk kulit berminyak/kombinasi. Packaging nak hampir sama, korang kena perhati betul-betul ye..jangan tersilap ambik.

Dah siap apply semua di atas, jangan lupa calit sunscreen ye..lindungi kulit wajah dari pancaran sinar UV berbahaya. Kalau buat semua step tapi tak pakai sunscreen/sunblock sia-sia sahajalah usaha kita. Peringatan untuk diri sendiri juga yang ada masanya terbuat lupa nak pakai sunscreen.

Pencuci muka  Aiken Hydra Plus tu untuk abang Wafiq. Semalam nak balik asrama baru bagi tahu pencuci muka kat asrama dah habis. Diangkutnya yang kat rumah bawa pergi asrama, tu pun dah nak habis dah.  Yaya beli dua terus, satu kat asrama, satu untuk dia guna bila balik rumah. Serasi betul kulit remaja dia dengan Aiken ni. Setakat ni abang Wafiq guna 3 produk dari rangkaian Aiken warna biru ni, pencuci muka, essence dan pelembap. Harga untuk satu RM 9.48 (120 gm)


Keberkesanan produk-produk di atas Insya Allah nanti Yaya akan kongsikan. Kalau rajin lah..hihi..


P/S: Macam mana lah boleh tertukar Premium Whitening Lotion tu? Haish.. boleh ke kalau pergi Guardian minta tukar?




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post