Sedap Juga Pancake Korean Mix Dari Eco Shop

Sedap Juga Pancake Korean Mix Dari Eco Shop | Melangkah masuk ke kedai Eco Shop ni kebiasaannya akan tersasar dari niat asal. Tepat betul orang gelarkannya dengan kedai saka. Nak beli dua barang je tapi yang di bayar 20 barang..haha. Di Eco Shop sekarang macam-macam ada.  Yang comel, yang cute pasti buat tangan ni nak ambil dan masuk bakul. Terutamanya bahagian alat tulis, Yaya kalau lalu bahagian ni tak pernah la setakat lalu jer..mesti ada yang berkenan. Koman-koman ambil sepeket pemadam dan sepeket pembaris. Ni antara alat tulis yang kerap hilang, jadi kena ada stok banyak- banyak kat rumah.

Minggu lepas ke Eco Shop Padang Hiliran. Saja nak cuci-cuci mata tengok barang baru apa yang ada. Terbeli washi tape, terbeli liquid paper, terbeli gunting, pemadam dan terbeli juga beberapa makanan ringan.  Masuk Eco terbeli itu ini tu normal sangat kan..mentang-mentang RM2.40 jer satu. 


Adunan Pancake Korea

Korean Pancake Mix atau adunan pancake Korea jenama Noraini's ni dah beberapa kali Yaya beli dari Eco Shop. Kebiasaannya kalau hari encik suami pergi keluar main badminton dia tak nak makan nasi dah. Buat pancake ni lah ambil syarat alas perut buat makan malam. 

Seperti yang dinyatakan pada paket, tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk bawang putih, serbuk lada hitam, garam, serbuk bawang dan serbuk penaik adalah ramuan yang digunakan dalam adunan yang pancake Korea.



Pancake Korea



Bancuhannya pun mudah. Perlu tambah air dan sebiji telur sahaja. Jika diikut pada cadangan memasak, dicadangan dacampur dengan potongan kecil sayur-sayura, ayam dan juga makanan laut.

Tapi Yaya suka makan kosong je. Tak tambah apa-apa pun ke dalam bancuhan tepung dan kemudian panaskan kuali dengan sedikit sapuan minyak. Ambil bancuhan tepung dalam satu senduk kecil dan dadar nipis.

Terbalikkan sekali, angkat dan Yaya gulung pancake tadi. Nampaklah comel dan bersungguh sedikit nak hidang bagi anak-anak dan suami makan walau hakikatnya kau guna tepung segera je. Haha. Makan pula dengan sambal ayam lauk tengah hari. Kalau tak buat pancake ni tak habis lah sambal ayam tu. 

Lempeng Cair




cara memasak pancake korea

Tapi sebenarnya pancake ni bila dadar nipis dah macam lempeng cair je. Boleh je buat sendiri. Bahan-bahan nak buat lempeng cair pun mudah sangat. Yaya ni kalau ada tepung gandum mula lah malam-malam datang rajin nak buat cekodok bilis lah, cekodok pisang lah..ada je yang direka. Itu yang malas nak buat stok tepung gandum. Haha. Dalam proses jaga makan ni kena tahan lah sikit nafsu nak makan malam-malam ni.


RESIPI LEMPENG CAIR

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk sapuan pada kuali
Cara membuat:
  1. Blend semua bahan sehingga berkrim
  2. Kalau guna kuali biasa sapu sikit minyak dan dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk.
  3. Kalau guna pan sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..
  4. Buat sehingga habis dan boleh hidangkan dengan sambal sardin, kari atau sambal bilis.


P/S: Adunan Pancake Korean yang segera tu bila makan ada rasa kunyit, ada letak serbuk kunyit lah kut..ramuan pada paket takde pulak kunyit. Entahlah.. hihi.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. produk noraini ni memang best kak yaya. Adda pun suka borong. Hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post