Cara Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Gajet

Cara Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Gajet | Mata anak rosak tanpa sedar. Ini yang Yaya takuti. Allah dah anugerahkan Yaya dengan anak-anak yang sihat tanpa ada masalah penglihatan. Kami sebagai ibu bapa cuba menjaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin.

Rasanya tak ramai tahu, Yaya sendiri tak pernah berkongsi di blog. Anak sulung Yaya pernah menjalani pembedahan mata pada usia tujuh tahun. Perasaan menghantar anak ke bilik pembedahan masih lagi Yaya ingat. Doktor minta anak mengucap syahadah dan Yaya genggam jari jemari abang Wafiq sehinggalah dia ditidurkan. Ya Allah, macam-macam perasaan masa tu. 

Abang Wafiq dilahirkan dengan sepasang mata yang cantik dan sihat. Semasa bayi kami tak dedahkan dia pada gajet.  Tapi kami mula kesan kelainan pada bebola mata abang Wafiq semasa umur dia setahun. Terus bawa jumpa pakar. Tapi sebab masih kecil doktor pun tak dapat nak kesan. 

Cara Menjaga Mata Anak
Gunakan Spek Mata Khas Semasa Menggunakan Gajet

Umur abang Wafiq tiga tahun, kami bawa jumpa pakar mata lagi sekali. Masa ni abang Wafiq dah mengenal huruf. Jadi bila buat pemeriksaan mata, abang Wafiq dapat jawab semua betul. Tak ada masalah rabun dekat dekat atau rabun jauh. 

Ulang-alik ke hospital bertahun-tahun. Doktor kata insya Allah boleh sembuh kalau sentiasa buat latihan untuk fokuskan anak mata. Nak kata juling ada ketikanya akan nampak normal. Terutama bila diajak bergambar elok comel je kedudukan anak mata. Ada hari mata kanan juling, mata kiri normal. Hari lain mata kiri juling mata kanan pula yang normal. Ada hari dua-dua belah mata kelihatan normal.

Nak kata lazy eyes pun ye, lazy eyes kalau dibiarkan boleh jadi juling. Tapi doktor kata Wafiq mata dia boleh alternate. Hari mata kanan penat, dia akan guna mata kiri dan sebaliknya. Doktor kata Wafiq kontrol mata dia nak guna belah kanan atau kiri atau nak guna dua-dua. Itu yang ada hari boleh normal tu. 

Alhamdulillah, sekarang dah comel dah mata dia.  Adakalanya nampak juga macam nak lari anak mata tu. Terus Yaya cakap, fokus anak mata tu, pandang depan betul betul-betul. Eh terus elok. Entah lah, ibu dia pun dah pening dengan perangail mata Wafiq ni. Hihi.

Bila dah mula belajar berkonsepkan Pdpr, anak-anak mula menghadap gajet seharian. Perasaan bimbang ni tak tahu nak describe macam mana. Takut masalah pada mata terjadi lagi. Masih terasa penat menuggu di hospital setiap kali pemeriksaan sepanjang tempoh  hampir lima tahun.


10 Tanda Masalah Penglihatan Kanak-Kanak

Mata ni kita guna setiap hari, penat lelah mata sangat penting untuk kita tahu supaya kesihatan dan kualiti penglihatan kita tidak terabai.

Namun bagi kanak-kanak pula, kita sebagai ibu bapa seharusnya mengambil berat tehadap perubahan yang berlaku pada anak-anak. Perubahan ini mungkin membawa kepada masalah penglihatan yang lebih teruk sekiranya tidak dirujuk kepada yang pakar. 

Yaya nak kongsikan 10 tanda-tanda awal yang membawa kepada masalah penglihatan kanak-kanak. Korang memang kena alert sekiranya ada pada perubahan pada mata atau setiap tindakan anak. Cepat-cepat bawa anak untuk pemeriksaan mata agar tidak mengganggu penglihatan yang akhirnya akan memberi kesan kepada kehidupan.

1. Kerap menggosok mata

Menggosok mata ketika mengantuk atau ketika gatal masih dikira munasabah. Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak menggosok mata dengan intensiti tinggi harus disyaki. 

2. Sakit kepala

 Terdapat pelbagai jenis sakit kepala. Tetapi jika ia berlaku pada waktu malam, boleh jadi kerana ada masalah mata. 

3. Menutup sebelah mata 

Jika anda melihat anak anda menutup sebelah mata, berkemungkinan dia mengalami masalah kesihatan mata. 

4. Tidak dapat melihat cahaya terang 

 Jika anak anda menutup mata apabila menerima cahaya terang dan menahannya untuk seketika, berjumpa doktor dengan segera. Tanya juga sama ada anak anda melihat bintik-bintik apabila cahaya berubah. 

5. Mata juling 

 Ini antara helah anak-anak kecil untuk menarik perhatian. Tetapi jika anak anda tidak melakukannya secara berterusan tanpa tujuan yang jelas, maka anda perlu berjumpa doktor. 

6. Pergerakan kepala condong

 Adakah anak anda sering menolehkan kepala apabila melihat sesuatu? Jika ya, ada kemungkinan mata anak anda mengalami masalah. 

7. Melihat pada jarak dekat

 Perhatikan, kanak-kanak yang perlu terlalu dekat untuk melihat objek menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah dengan penglihatannya. 

8. Anjakan bola mata 

Cuba perhatikan pergerakan bola mata anak ketika bercakap dengan anda, sama ada terlalu laju atau tidak. Pergerakan bola mata yang terlalu pantas adalah perkara biasa bagi kanak-kanak kecil. 

9. Mata merah 

 Mata merah adalah tanda biasa konjunktivitis atau masalah penglihatan. Salah satu penyelesaian kepada penyakit ini ialah menggunakan cermin mata. 

10. Luka pada mata

 Jika anak anda mengadu tentang masalah mata, seperti penglihatan kabur atau rasa terbakar, hubungi doktor mata dengan segera.


Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet

OPTOM Eyecare Bangi


Pada 1 Disember 2021 lepas, satu seminar mengenai ‘Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet’ telah dikongsi oleh Dr Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare yang juga merupakan seorang pensyarah UIAM.  

Dalam seminar ini, pelbagai ilmu telah dikongsikan meliputi topik-topik penting seperti gejala keletihan mata bagi kanak-kanak, sesi pembelajaran dan merungkai permasalah sebenar untuk pengguna skrin permainan digital.

Yaya akan kongsikan pula di sini perkongsian dari doktor sebgai ilmu untuk sama-sama kita mementingkan kesihatan mata seluruh ahli keluarga kita.


Kesan penggunaan gajet pada mata

Penggunaan gajet lebih dari 3 jam akan memberi kesan ada mata anak anak. Antara kesan kesannya adalah:

1. Peningkatan power spek mata

Kesan penggunaan gajet ni akan menyebabkan bebola mata stress, apabila bebola mata semakin stress menyebabkan bebola mata makin memanjang dan tidak normal, jadi lama-kelamaan saraf mata belakang akan koyak dan boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Dari tak pakai spek mata, dah kena pakai. Dari power rendah, mencanak naik power spek mata. Awasi anak-anak, jangan biarkan mereka menggunakan gajet terlalu lama.

2. Otot fokus mata yang tak stabil

Mata kita umpama kamera DSLR. Bila terlalu lama atau kerap di gunakan ia akan menjadi hilang fokus dan seterusnya kabur. Bila ini terjadi otot mata kita akan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sediakala semula.

3. Mata cepat penat

Penggunaan gajet yang terlampau lama akan menyebabkan mata menjadi penat dan kering. Ini akan mengakibatkan otot mata tidak dapat dikawal.

4. Juling

Pengalaman Dr Hafidz sendiri dengan pesakitnya yang berusia 14 tahun yang mempunyai mata juling disebabkan main game PUBG 5 jam sehari dan kadang-kadang lebih lagi lama menjadikan auto fokus tak terkawal. Tempoh yang agak lama diperlukan untuk menyembuhkan dan mata kembali sihat seperti sediakala.

5. Susah nak tidur (imsonia)

Penggunaan gajet yang terlalu lama akan menganggu waktu tidur.  Cahaya biru dari telefon contohnya akan mengganggu penghasilan hormon yang menjadikan kita susah nak tidur.

 

Bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gajet?

Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk jaga mata tanpa meninggalkan gajet.

1. Berehat sebentar dan sambung semula penggunaan gajet

Ini adalah cara untuk merehatkan mata setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer. Semasa berehat, lakukan senaman mata. Gerakkan mata ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali.

Digalakkan untuk melihat objek berwarna hijau di luar rumah seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat menenangkan dan merehatkan mata anda. Fokus pada satu objek yang berdekatan, kemudian beransur-ansur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan anda. Ulangi proses ini beberapa kali.

2. Galakkan aktiviti luar rumah (outdoor activity)

Bawa anak-anak  melakukan aktiviti luar rumah bersama-sama. Ajak bersenam di taman, pergi hiking pun ok. Bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ahli keluarga tapi dengan cara ini juga kita dapat mengalih perhatian anak-anak daripada menghadap gajet. 

Aktiviti luar Rumah Outdoor Activity


3. Kanta khas untuk penggunaan gajet

Berikan anak cermin mata tanpa power anti blue light yang berfungsi untuk menyekat cahaya biru daripada masuk terus ke dalam mata.  Ianya dapat membantu mengurangkan ketegangan pada mata dan meningkatkan kontras pada skrin menjadikannya lebih mudah fokus.

Spek Mata Khas Untuk Gajet

4. Penggunaan kanta penapis berwarna biru

Penggunaan kanta penapis berwarna biru atau blue light filter supaya bagi mengelakkan mata terdedah pada cahaya biru.

Boleh pasangkan screen protector yang mempunyai ciri blue light filter pada smartphone atau komputer. 


5. Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit)

Beri reward atau ganjaran pada anak-anak kerana menggunakan gajet untuk tempoh masa yang ditetapkan sahaja. Pemberian ganjaran dapat membantu mengekalkan motivasi kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang. 

Terpulang kepada kreativiti ibu bapa nak bagi ganjaran yang macam mana. Hadiah istimewa atau melakukan aktiviti bersama seisi keluarga seperti keluar makan atau pergi bercuti. 



Pemeriksaan Mata Kiddos Eyecare Pada 11/12/2021

OPTOM Eyecare menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos EyecareDr Mohd Hafidz Ithnin akan berada di Optom Eyecare Bangi Pada 11/12/2021. Jadi jangan lepaskan peluang. Ambil kesempatan ini bawa anak-anak untuk pemeriksaan mata dan dapatkan tips penjagaan mata anak-anak.







OPTOM Eyecare Bangi

Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. terima kasih atas perkongsiannya. nak belilah spek tu nanti untuk anak anak

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post