Bukan meraikan kekalahan JDT

Bukan meraikan kekalahan JDT  |  Semalam, sebelum bermulanya  perlawanan akhir bola sepak antara KL City dan JDT, sempat melayan youtube channel Che Nom. Tengok Che Nom berkongsi resipi menyediakan ayam goreng rangup ala KFC, lengkap dengan coleslaw dan kentang putar. Tengok berjemaah tiga beranak. Nampak sedap dan menyelerakan sungguh ayam goreng yang disediakan.


Piala Malaysia 2021


Piala Malaysia 2021 - kalau JDT kalah...

Sebenarnya Yaya tak layan mana dah bola sepak ni. Sepanjang Piala Malaysia ni tengok game team Terengganu je lah. Pastu Terengganu kalah semi final dengan JDT, terus rasa macam...hmm..malas dah nak tengok. Tapi dah final, dah anak-anak tunggu nak tengok final ni join juga lah sekaki. 

Sebelum tu, abang Wafiq dah tanya,

'Ibu, KL City ke JDT?'

Hmm...dia nak tau ibu dia sokong mana. Dahlah ibu tengah syok tengok Che Nom memasak. Dengan  tiba-tibanya datang rasa nak makan KFC, kalau ikut nafsu budak-budak, rasanya dah terus delivery foodpanda. Haha. Nasib baik masih ada sedikit kesabaran.

'Kalau JDT kalah, ibu belanja KFC!'

Tiberr pulak bagi jawapan macam tu! Anak-anak dah teriak yeayyy dah...hah sudah. Gembira dengan kemungkinan ibu kena belanja KFC. Game pun tak start lagi korang berdua dah yeay! Yaya jawab macam tu mungkin sebab masih teringat kekalahan Terengganu dengan JDT. Laju je jawab.

Abang Wafiq kata, dia tanya orang lain pun sama. Siapapun yang menjadi lawan JDT, pasukan itulah yang kita sokong. Haish budak-buak ni. Terengganu sejati ni..hihihi. 

Orang Johor jangan macam-macam pula ye, biasa lah ni. Perbualan anak-beranak mengenai bola sepak. Bercakap mengenai bola pun bermusim. Bukan tegar sangat pun. 

Khusyuk anak-anak dan suami tengok bola. Ibu dia ni pun join juga tapi handphone di tangan, sedang berusaha selesaikan game ball sort level 427 yang dah dua hari masih tak berjaya selesaikan. Walaupun hame ni mencabar otak tapi boleh buat migrain juga. Hihi.


Rezeki anak-anak ...

Bukan sebab bola, tapi memang dah plan nak belikan anak-anak KFC. Ditambah lagi selepas tengok vidoe Che Nom. 

Jadi makan malam kami hari ni menu tunjuk-tunjuk dari KFC. Beli ala carte je. Ayam goreng, wedges, burger Zinger dan mashed potato.
 
Food delivery

Adik Wazif 3 ketul ayam dia sorang.  Tapi itulah, size seketul- seketul tu tak besar mana pun.

Piala Malaysia

Abang Wafiq, sebelum ibu keluar bekerja dia kata ... 'ibu, jangan lupa KFC'...


Kami ni sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke KFC, McD..sejak umur Wafiq 4 tahun. Sekarang abang Wafiq dah 12 tahun. Baru tahun ni Yaya berani beli bawa balik rumah..

Alkisah masa Wafiq kecil, ada sisipan mengenai peperangan di Palestin dan kempen boikot dalam surat khabar. Sejak dari tu dia kata, kita tak boleh dah pergi McD..alang-alang dah tak ke McD, kami stop semua restoran fast food. Wafiq punya pasal..hahaha. 

Sebelum tu, setiap minggu pergi McD, beli happy meals sebab nak mainan spongebob. Bila dah anak sendiri tak ajak pergi, tak kan kita pulak nak ajak dia. Plus dapat jimat di situ..hihi.

Itu yang dorang happy sangat bila ibu kata nak belanja KFC bila JDT kalah. Janji belanja makan apa la sangat nak dibandingkan berjanji untuk berbogel.

''Bogel tau. Aku bogel. Serius cakap punya. Bukan sembang. Tak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Aku bogel dari KL sampai Johor''

Fuhhh..macam-macam lah. Tak pasal kena kecam dengan netizen. 

Bola tu bulat okeh!




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.

  1. PC merah biru. Asal dari Negeri Johor. Tapi PC tetap tumpang gembira dengan siapa pun lawan JDT yang meraih kemenangan ketika perlawanan. Sukan pun macam hidup tidak sentiasa menang dan tidak selalu kalah. Siapa menang kita ucap tahniah. Mana kalah jangan putus asa. Bangkit terus. Cari hikmah jangan anggap musibah.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post