Akhirnya Dapat Duit Refund Dari FoodPanda | Niat untuk buat kejutan dan menggembirakan anak-anak bertukar kecewa setelah order kena cancelled dengan Domino's Pizza. Ni kali pertama order kena cancelled. Nasib belum bagi tahu suami dan anak-anak ibu nak order pizza sebab nak buat kejutan kan. 

Order kena cancel dengan Domino's Pizza

Bila order kena cancel terus dapat emel dari foodpanda;

refund foodpanda



Bila dapat emel atas tu, Yaya pun dah tak take action apa dah. Sekali-sekala check maybank2u nak tengok duit refund dah masuk ke belum. Btw, order kena cancel tu bertarikh 29 Oktober 2020.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Kalau diikutkan pembayaran yang dibuat melalui online transfer mengambil masa 7 hari bekerja untuk kita dapat semula duit refund.

Sehingga Yaya hampir terlupa mengenai duit refund tu. Setiap kali buka aplilkasi food panda baru lah  nak teringat 'owh..foodpanda belum bayar lagi refund.' Tapi tak buat juga tindakan susulan. Sabar menunggu orang kata. Hihi.  Akhirnya 17 November baru lah tergerak hati ni nak hantar emel ke support team foodpanda. RM39.40 boleh buat beli lunch 5 hari. 


Emel aduan kepada support@foodpanda.my

Dalam emel, sertakan maklumat yang akan memudahkan team foodpanda buat keje dorang. Macam Yaya, Yaya screenshot sahaja maklumat mengenai order cancel. Korang boleh ambil maklumat ni di bahagian Orders dalam applikasi. Ada list past orders. Screenshot sahaja dari situ.


foodpanda money refund

Selepas itu, korang akan terima beberapa emel susulan dari foodpanda.   

Emel pertama: Terima emel maklumkan aduan telah diterima. Ni emel auto reply ni...

foodpanda order cancelled

Emel kedua: Terima emel kedua sejam kemudian. Ni dari support team. Dorang bagi tahu refund kali pertama tak dapat diproses kerana masalah teknikal. Untuk refund kali dah dalam proses katanya...

food panda order cancelled

Emel ketiga: Confirmation refund dalam proses. Dalam 2 ke 5 hari bekerja duit akan masuk ke dalam akaun.

support team food panda

Tak perlu buat apa dah ye..tunggu je lah duit masuk akaun. Rajin-rajin lah cek akaun bank. Dan supprise sangat.. Yaya buat aduan 17/11/2020. Dan pada 18/11/2020 Yaya dah dapat duit refund. Alhamdulillah. Sehari je weh dorang ambil masa untuk proses refund ni.



Korang kalau ada yang terkena macam Yaya, order kena cancel, lepas tu tungu refund tak dapat-dapat. Korang hantar lah emel ke foodpanda support team. Jangan diamkan. Duit korang hak korang. 

So tengah hari nanti nak makan apa ye? Jap nak scroll apps foodpanda :)

6 Comments

  1. Senang betul berurusan guna hujung jari. Zaman serba canggih ini memang memudahkan banyak perkara!

    ReplyDelete
  2. Tapi tak seronoklah order kena kensel.

    ReplyDelete
  3. Thank you sharing. Boleh digunapakai kalau ada masalah macam ni nanti.

    ReplyDelete
  4. syukurlah dpt kembali duit yaya tu. sy pernah terkena dgn celcom yg x byr lebihan bil sy kira2 lima thn lps.

    ReplyDelete
  5. thanks sharing kak yaya. yup, kalau x dapat kena ambil tindakan susulan.

    ReplyDelete
  6. Ai punya refund sampai dah malas dah nak chase.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.