Hari ini dalam sejarah, 50 lompatan tanpa jatuh

Hari ini dalam sejarah, 50 lompatan tanpa jatuh | Yes, macam korang baca tajuk, Yaya excited tau nak kongsi pengalaman melompat dengan jump rope atau tali skipping ni.

Benda tak pernah buat. Tipu lah pulak kalau tak pernah. Masa sekolah rendah dulu kut kali terakhir skipping. Itu pun dulu tak pernah reti nak guna jump rope tu.

Kalau cuaca mendung dan mood rajin Yaya keluar juga lah slow jog. Tapi Yaya malas sebenarnya nak berlari ni..rasa semput semacam. Suami cabar masa keluar jogging Sabtu lepas 'cuba awak berlari 5 minit tanpa henti..' Ya ampunnn..serius memang sis tak mampu..Begitulah sebelum ni pun. Lari seminit, berhenti kemudian sambung lari lagi. 

Sabtu lepas jugak selepas slow jog tu Yaya capai jump rope. Jump rope plastik, murah je beli kat Daiso. Beberapa hari sebelum tu dah tengok di youtube cara lompatan yang betul, cara mengukur panjang tali jump rope sesuai dengan ketinggian. 

Cara kurus dengan tali skipping
Mampu tunjuk kasut beli tahun lepas tapi minggu ni baru start pakai. Lama jadi pekasam dalam bonet kereta. Gambar tali skipping tak ada la pulak...

Eh lupa nak cite, macam mana boleh terfikir nak main lompat tali ni. Sebenarnya yaya kagum tengok Instafemes Khairulaming tu kurus. Dia pun guna tali skipping untuk bersenam. Pemakanan semestinya kena jaga.

Susah sangat mulanya nak dapat rentak lompatan tu. Asyik sangkut kat kaki je. Tapi bila teringat misi nak sihat, nak turunkan sikit berat badan ni, kena lah kuat semangat. Kali terakhir timbang berat last raya, lepas tu tak berani dah nak timbang. Terasa sebenarnya badan ni berat walaupun tak timbang.

Ni elok dah di bulan Rejab, pastu nanti nak puasa Ramadan elok lah buat misi nak kurus ni. Harap-harap berjaya lah hapus lemak-lemak ni. Haha. 

Misi menurunkan berat badan dengan skipping / jump rope

Sabtu tu berjaya buat 100 lompatan. Banyak kali berhenti. Hari ni dah hari ke-5. Hari demi hari up sikit-sikit jumlah lompatan. Hari ni berjaya buat 300 lompatan. Dan hari ni juga Yaya berjaya juga buat 50 lompatan tanpa henti.  Rekod peribadi ni. Hihi. Bukan mudah  untuk orang tua dah nak 40 tahun ni nak belajar tali skipping.

Lompat tali atau skipping merupakan senaman kardio yang mampu membakar kalori lebih banyak disebabkan anggota badan bergerak secara keseluruhannya.

Berpeluh-peluh.. rasa segar badan ni. Enjoy je bersenam guna tali skipping. Lepas ni tak ada dah alasan malas bersenam. Cuaca panas atau hujan bukan penghalang. Lompat je di mana-mana..jangan permukaan licin dah lah.

Senaman lompat tali membakar kalori lebih banyak

Berbanding dengan latihan lain seperti jogging, berenang atau tenis, melompat tali membakar lebih banyak kalori seminit. Melompat tali membakar sekitar 124 kalori dalam masa hanya 10 minit bersamaan dengan 30 minit jogging.

Kalau ikut smart watch yang Yaya pakai masa melompat kurang 30 minit, kalori yang terbakar adalah 200 kalori. Cukup je 300 lompatan Yaya terus berhenti. Sedang elok pula 200 kalori terbakar. Nombor genap, senang ingat. Hihi.

Tiada alasan malas bersenam

Kalau nak keluar jogging memang banyak alasan.  Tengok cuaca panas, kensel. Tengok cuaca mendung, kensel juga takut hujan. Nak cuaca redup berangin je kalau boleh. Kalau dah malas, tak berkehendak macam tu lah. Hihi.

Selepas ni kena istiqomah kalau serius nak kurus. Kalau ikut berat badan selepas raya tahun lepas Yaya kena turunkan 8 kg. Ni dah 9 bulan berlalu..berapa lah agaknya berat badan ni? hmm..

Insya Allah boleh kurus. 

Peruntukkan 30 minit selepas balik kerja untuk bersenam. Main lompat tali je lah..tak nak dah keluar jogging. Hihi.

Yang penting kena jaga makan. Kena ingat kalau senaman je tanpa kawalan diet, kelaut dalam ler misi kurus, misi sihat semua tu. Tapi kalau tak bersenam dan jaga makan boleh je turun berat. Kita pilih nak sihat, jadi kena jaga makan dan bersenam. Peringatan untuk diri sendiri dan yang sewaktu dengannya. Hihi

Terima kasih sudi baca.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post