Beli charm di PG Mall, cute je

Beli charm di PG Mall, cute je | Bila nampak charm ni comel dan cute, terbeli akhirnya 2 biji charm. Kenapa terbeli? Sebab Yaya tak ada gelang yang sesuai untuk gantung charm ni. Design charm semua lawa-lawa. Geram je tengok.

Charm Beads


Beli charm di PG Mall, cute je | Ada cash wallet dalam PG Mall, tak tau nak beli apa. Lama dah duit tu duk situ, dari bulan 10 tahun lepas. Beli emas lah buat tanda kenangan duit hasil job blogger ni. Dan juga sebagai 'reward' untuk diri sendiri.

Mula-mula keluar charm alphabet tu. Semua huruf ada. Berkenan dengan huruf Y. Tapi itu lah..tak terbuat payment pula masa tu. 2 3 hari lepas tu buka balik PG Mall dah tak ada huruf 'Y'. Berhuhu aje lah mampu.

Itu yang tak fikir panjang ambil huruf 'W'. Sempena nama anak-anak. Charm 'Love' tu pula memang berkenan sangat. Suka design simple macam ni. Beads pun ada banyak pilihan juga di PG Mall. 

Seronok cuci mata tengok emas ni. Haha. Mampu tengok je lah. Memang kena menabung kalau nak tambah emas. Geng ofis ni duk geram tengok design gelang bunga ketum. Hihi. 


Charm Beads PG Mall


Kotak pun comel, warna kuning terang. Charm 'W' tuYaya beli di store PG Jewel. Charm 'Love' di store Tai Fook. Tapi dapat kotak sama je. Seller sama lah tu agaknya. 

Ada beberapa pilihan store lagi kalau korang nak usha produk emas di PG Mall. Kalau nak beli emas dalam bentuk dinar atau bar boleh tengok store PG Gold Museum. 

Bagi korang yang suka dengan aksesori dari Swarovski boleh tengok store Aurora Italia. Aurora Italia juga bekerjasama dengan jenama antarabangsa lain seperti © Disney, © MARVEL dan Warner Bros, dan juga bekerjasama dengan jenama tempatan, Animonsta Studios untuk menghasilkan gram bar edisi terhad.

Charm Beads Huruf Love


Yaya adalah seutas rantai tangan ni, tapi sayang betul rantai tangan tu sedikit lebar. Tak dapat nak masukkan charm baru beli ni. Kena kerja kuat sikit lah, kumpul duit beli gelang baru. Hihi. Nak pakaikan untuk anak, kita tak ada anak perempuan.

Sekarang ni harga emas dah turun sikit. Boleh lah korang usha-usha website PG Mall. Kalau bimbang beli online tu semestinya lah. Yaya pun ni kali pertama beli emas secara online. Alhamdulillah, penghantaran pantas dan selamat menggunakan perkhidmatan kurier dari DHL.

PG Mall ni tempat online shopping juga. Macam Shopee dan Lazada tu. Klik SINI untuk shopping di PG Mall.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. haritu ada juga duk usya2 brg emas kat PG Mall ni. .

    ReplyDelete
  2. haah lerr..comel jugak tu design dia..takpe, nanti bole beli gelangnya pulak..hihi

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post