Kuasa Cintamu Reaction By Vocal Coach Yazik

The best reaction yang Yaya pernah dengar.  Korang kena tengok. Hujung video Yazik ada breakdown melody part 'Jatuh cinta...jatuh cinta...lagi' sambil main piano. Jelas betul sebutan Bahasa Melayu dia.

Siapa Yazik?

Nama sebenar Yazik adalah Jacek Maślanka, lahir 11 November 1989. Merupakan seorang penyanyi , penulis lagu dan juga seorang jurulatih vokal. Dilahirkan dan dibesarkan di Rybnik, Poland. Korang nak tahu lebih lagi boleh jengah website beliau www.yaziksinger.com

Selain Kuasa Cintamu, Yazik pernah react video Dato'Siti yang lain iaitu MV Siapa Tak Mahu, Aku Bidadari Syurgamu, Seindah Biasa, Aku Cinta Padamu, Basyirah dan Sonata Musim Salju. 

Apa yang menarik, di channel youtube Yazik, Yazik tak akan menontan video sebelum rekod untuk react. Jadi semuanya akan nampak lebih spontan. Kelainan juga dibuat dimana disetiap video juga diselitkan dengan 'vocal challenge'.



Kuasa Cintamu Reaction By Coach Yazik



Lirik Lagu Kuasa Cintamu - Siti Nurhaliza

Ku mengkhabarkan pada awan
Jangan terus jadikan mendung
Kerna alam ingin cahaya
Untuk terus hidupkan terang

Semenjak aku menatapmu
Hilang pandang hatiku galau
Tak pernah lagi lelap tidurku
Tanpamu mengiring pejamku

Kehadiranmu
Seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah Kau ikhlaskan doaku ini
Dari dulu ku menunggu

Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuatku jatuh
Jatuh cinta
Jatuh cinta lagi

Hebatnya kuasa cintamu
Engkau mendengar rayuanku
Telah kau kirim cinta ini
Ku bahgia kini kau di sisi
 
Kehadiranmu 
Seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah kau ikhlaskan doaku ini
Dari dulu ku menunggu

Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuatku jatuh
Jatuh cinta
Jatuh cinta lagi 

Dato' Sri Siti Nurhaliza - Kuasa Cintamu (Official Music Video)






Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. mama ada tgk kat youtube.. suka tgk yazik punya reaction

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post