Beli Baju Sekolah Online Di ThomX School | Dah masuk bulan Disember. Tak lama lagi masuk tahun baru dan sesi persekolahan untuk tahun 2021 akan bermula. Yaya dah mula siapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Alat tulis, kasut dan uniform sekolah. Semua nak kena buat perancangan awal. Persiapan masuk sekolah ni banyak juga. Selesaikan berperingkat mengikut bajet kewangan keluarga.

Yaya baru beli uniform sekolah untuk Wafiq dan Wazif. Tahun lepas Yaya beli uniform sekolah di pasaraya.  Untuk tahun ini, Yaya nak berkongsi pengalaman beli baju sekolah secara online di ThomX School


Ini merupakan kali pertama Yaya beli uniform sekolah secara online. Sebelum ni Yaya ada perasaan bimbang nak beli online ni. Kalau silap pilih saiz satu hal pulak nak kena return bagai. Dengan keadaan kita masih berdepan dengan pandemik Covid-19 ni, dengan hujan hampir setiap hari di Terengganu, terasa renyah pula nak bawa anak-anak shopping baju sekolah di pasaraya. Last, Yaya ambil keputusan beli uniform sekolah online sajalah.

ThomX School - Jenama Baju Sekolah Terkenal Di Malaysia

Korang dah pernah dengar jenama baju sekolah ThomX sebelum ni? Bagi Yaya ini kali pertama Yaya tahu mengenai jenama ni. Itu pun setelah membuat pencarian di internet untuk mencari baju sekolah yang berkualiti, selesa, dan tahan lama. ThomX School merupakan jenama baju sekolah yang tidak asing lagi di Malaysia. 

Wrinkle free school uniform


ThomX School mempunyai 12 tahun pengalaman dalam industri uniform sekolah. Bermula dengan kedai fizikal dan kini berkembang ke dalam talian bagi memudahkan pembelian secara online. ThomX Scholl juga telah di anugerahkan beberapa anugerah antaranya;

- Awarded No 1 Online School Uniform brand in Malaysia 2017

- Top 3 Parent Love School Uniform in Malaysia 2017 

- Malaysia 1st wrinkle-free school uniform supplier


Review baju sekolah ThomX School


ThomX  School - Baju Sekolah Anti Kedut

Masa search internet tu, Yaya search baju sekolah anti kedut. Haha..nampak tak tahap kerajinan Yaya level mana? haha. Bukanlah dasar pemalas..tapi kalau ada cara yang memudahkan buat apa nak susah? 
Betul tak? Baju sekolah tak perlu gosok, ibu mana tak suka. Hihi. Ciri khas anti kedut ni memang menarik perhatian. 

ThomX School Uniform


Keistimewaan baju sekolah ThomX School

Uniform Sekolah ThomX School


> bebas kedutan, tidak perlu diseterika
> tidak menyerap haba, material yang memberi rasa sejuk 
> kain yang sangat lembut, selesa dipakai sepanjang hari
> tidak mudah kuning
> cepat kering

Keistimewaan seluar sekolah ThomX School

uniform sekolah online

> bahagian pinggang yang elastik
> kain yang tidak menyerap haba
> premium cotton
> zip seluar yang berkualiti

Pendapat Yaya mengenai uniform sekolah ThomX School


Unifom Anti Kedut Dan Selesa


Dari segi servis penghantaran, Yaya sangat puas hati, penghataran yang sangat pantas. Yaya beli hari Khamis, hari Sabtu dah terima. 

Material baju dan seluar sekolah sangat berkualiti. Seluar sekolah tak keras. Baju pula jenis kain licin yang sejuk dan mudah diurus. Maksudnya senang dicuci, cepat kering dan tidak perlu diseterika. Dengan cuaca panas, pastinya baju sekolah ThomX School ni akan memberi keselesaan untuk anak-anak Yaya. Kain yang sejuk dan nyaman mesti anak-anak suka. Belajar di sekolah pun lebih fokus.

Masa nak beli, Yaya ikut je panduan ukuran di website. Alhamdulillah, baju dan seluar sedang elok dengan anak-anak. Jahitan pun kemas, memang puas hati.

Bukan hanya uniform sekolah, pakaian pengakap, kadet remaja, puteri islam, pandu puteri, kadet polis, pakaian pengawas, PBSM, aksesori, t-shirt pun boleh didapati di ThomX School.

  ThomX School

Promosi Back To School 2020

> DISKAUN sehingga 15%
> penghantaran PERCUMA
> PERCUMA jahit logo sekolah dan nama pelajar 

                                                

Tunggu apa lagi. Dapatkan  segera baju sekolah jenama ThomX School. 

Beli online di: https://thomxschool.com/

Kedai fizikal :

Pulau Pinang :
2618 Ground Floor, Jalan Maju, Pusat Perniagaan Maju Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Penang.

Sabah:
5, lot 3, Big Wheel Industrial Park, Mile 7 1/2, Jalan Tuaran, 88450, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah