Cara Pantas Sediakan Ayam Goreng Pedas Sos Korea | Semuanya nak pantas, memasak pun nak pantas. Dengan kekangan masa, badan penat baru balik kerja. Kalau boleh nak selesaikan cepat-cepat urusan di dapur. Masak pantas, makan pun pantas. Haha..Selalunya sebelum masuk waktu mahgrib dah selesai semua urusan dapur.  Tapi kerap juga lajak sampai pukul 8.. kerja suri rumah ni mana nak pernah habis kan.

Ayam Korea

Dengan mood tak berapa rajin nak masak sebab mengenangkan whatsapp penuh dengan kerja sekolah anak-anak. Dah 2 3 hari tak buat homework. Makin ditinggal makin berlambak lah jawabnya. Dua beradik tu  masih attend training taekwondo belah malam. Tuisyen pun pergi. Mana lah nak sempat buka google classroom, nak listdown homework. Darjah 1 memang lah ibu kena duk sebelah. Semalam Yaya bg list je ke adik Wazif minta dia buat homework hari ni. Abang Wafiq dah tak bimbang sangat. Terpaksa beri abang Wafiq guna handphone. So kerja sekolah dia tak tertangguh. Dia pun boleh respon dengan pantas semua tugasan yang cikgu bagi.

Baca juga [Resepi Ayam Goreng Nestum Pedas Dan Menyelerakan]

Ada stok ayam je dalam peti. Jadi petang semalam dinner dengan 1 lauk je. Sayur pun tak ada. Kolau goreng sayur pun ibu dengan ayah juga kena habiskan. Budak berdua tu memilih betul makan. Padahal masa kecil elok je korang makan sayur. Dari baby lagi duk ajar makan sayur. Eh bila dah besar sikit pandai dah memilih.

Resepi Ayam Goreng Pedas Menggunakan Sos Korea Adabi

Bahan-bahan:

  • 300 gram isi ayam - kepak ayam pun sedap 
  • Tepung Bestari - Yaya guna yang spicy
  • 1 sudu besar butter
  • Sos Korea Adabi
  • Bijan putih

Cara-cara:
  1. Perap seketika ayam dengan tepung Bestari. Sebelum menggoreng salut sekali lagi ayam dengan tepung. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali. Guna api kecil. Masukkan butter. 
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan sos korea. Gaul sekata.
  5. Tabur bijan sebelum dihidang.
Ingat ye..guna api kecil, kalau tak hangit nanti. Tak pun lepas dah gaul sekata ayam dengan butter tu tutup je api dapur gas tu. Panas kuali tu dah cukup untuk buat sos korea tu jadi pekat dan melekat elok dengan ayam. Sos korea tu tak letak banyak. Bergantung kuantiti ayam banyak mana.

Sos Korea Adabi

Tepung bestari tu dah lah pedas. Tambah lagi sos korea. Pedas berganda-ganda weh. Hidangan ni tak sesuai untuk anak kecil dan mereka yang tak tahan pedas.

Untuk adik Wazif Yaya dah asingkan siap-siap ayam goreng tanpa sos korea. Abang Wafiq memang feveret dia sos korea ni.

Resepi Ayam Goreng Korea


Teringat satu dialog dalam drama Backstreet Rookie. 

Orang Korea ni dapat tenaga daripada nasi dan makanan pedas..

Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Hidangan yang pedas ni walaupun pedas tetap nak lagi dan lagi dan lagi. Betul tak?


2 Comments

  1. anak baru je beli sos pedas adabi ni. boleh tahan gak rego sebotol!

    ReplyDelete
  2. Lauk begini memang tak panjang umurnya dalam pinggan bila dah letak atas meja makan! Kegemaran anak-anak!

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.