Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah?

Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah? | Ramai wanita mengalami perut kembung terutamanya sebelum datang bulan dan juga semasa permulaan haid. Mempunyai perut kembung ketika haid amat tidak menyelesakan dan boleh memberikan kesan kepada keyakinan diri seseorang wanita.

Ini kerana para wanita sering berasa bahawa mereka telah ‘naik badan’ atau memiliki perut yang besar dan buncit.

Pada momen ini, banyak pakaian dan seluar yang terpaksa diabaikan kerana saiz perut yang agak jelas kelihatan.

Perut kembung ketika haid

Secara amnya, perut yang kembung ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Ia boleh disebabkan oleh faktor tabiat pemakanan, diet dan ini termasuklah perubahan hormon. Namun punca utama bagi masalah ini ialah faktor turun naik hormon di dalam badan.

Perut kembung ni dikenali sebagai fasa luteal kitaran haid yang menjadi faktor terbesar terjadinya masalah yang mengganggu kebanyakan wanita.

Secara umum, tempoh fasa ini boleh berlanjutan selama 2 minggu diikuti oleh proses ovulasi. Ketika ini, lapisan rahim bersedia bagi kemungkinan untuk kehamilan terjadi.

Lapisan uterus adalah lapisan yang dikeluarkan dalam proses haid, dan akan dilepaskan apabila tiba waktunya.

Bagi menyediakan badan anda, hormon wanita iaitu estrogen pada mulanya akan berkurangan dan akan mula meningkat lalu kekal pada tahap yang tinggi.

Hormon progesteron juga akan meningkat dan apabila digabungkan dengan kehadiran hormon-hormon lain, terjadilah kondisi water retention atau retensi cecair yang menyebabkan perut kembung.

Namun begitu, terdapat berita baik bagi kaum Hawa kerana simptom-simptom ini dapat dikurangkan dengan melakukan beberapa tip yang akan dikupas dalam artikel ini.

Tip memperbaiki dan mencegah perut kembung ketika haid:

Disebabkan perkara ini dicetuskan oleh hormon-hormon yang hadir ketika kitaran haid, antara cara pengurangan dan pencegahan yang dapat dilakukan adalah dengan mengawal faktor-faktor luaran yang menyumbang kepada masalah ini.

Antara tip yang boleh anda amalkan adalah:

>> Kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan

atasi perut kembung

Penggunaan garam akan menambahkan lagi water retention ketika haid apabila badan anda menerima jumlah garam yang lebih daripada amaun yang dapat dibuang.

Tubuh kita menggunakan sejumlah tenaga simpanan besar yang berusaha untuk memetabolismekan natrium tambahan, lalu menyukarkan sistem pembuangan.

Oleh itu, air tidak dapat dikeluarkan dan akan terkumpul di kawasan yang tertentu seperti perut.

>> Kekal hidrat

Hal ini mungkin kelihatan berlawanan dengan intuitif tetapi apabila badan anda menentukan bahawa ia telah terhidrasi, ia akan menempel pada jumlah air yang ada lalu mengelakkan perkumuhan.

Oleh itu, lebih banyak jumlah air yang akan kekal di dalam sistem badan anda daripada kebiasaan, terkumpul pada kawasan-kawasan yang tertentu.

>> Kurangkan pengambilan teh dan kopi

Minuman-minuman yang disebut ini seperti kopi dan teh akan memetabolisme ke bahagian hati.

Hati merupakan organ yang berfungsi dalam menapis hormon-hormon yang tidak perlu namun apabila ia didatangi oleh toksik-toksik lain, hati akan lebih sukar untuk berfungsi.

>> Pengambilan gula dalam pemakanan harus dikurangkan

Ini kerana gula secara langsung akan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

Kandungan gula yang berlebihan akan menyebabkan kelenjar adrenalin untuk membebaskan lebih banyak hormon agar dapat dimetabolismekan dan menyimpan kandungan gula secara lebih baik.

Hormon-hormon yang dilepaskan itulah akan menyebabkan ketidakseimbangan lalu memberikan kesan kepada hormon yang lain, terutamanya yang menyebabkan berlakunya water retention.

>> Melakukan senaman

Aktiviti bersenam akan dapat membantu peredaran darah lalu mampu mengurangkan kembung perut.

Selain itu, bersenam akan membantu dalam menguatkan dinding-dinding perut dan ini akan mengurangkan kekembungan dan perut anda yang ‘berangin’ itu.

>> Mengamalkan pemakanan yang sihat

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, pemakanan yang cukup zat dan bernutrisi memberikan banyak manfaat pada kesihatan diri.

Menambahkan elemen-elemen hijau dan buah-buahan segar dalam diet anda ternyata dapat membantu dalam mengawal perut kembung ketika haid.

>> Pengambilan suplemen membantu dalam masalah perut kembung

Mineral dan vitamin boleh bantu mengurangkan water retention, terutamanya vitamin B kompleks.

Suplemen-suplemen ini bertanggungjawab dalam pelbagai proses fisiologi yang membantu metabolisme selular.

Selain itu, suplemen menyumbang dalam menyeimbangkan elektrolit, yang dapat mempengaruhi pengeluaran air kencing dan retensi cecair.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor 

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Oh! Patutlah bila habis tempoh, perut rasa lebih selesa dan mengecil. Beitu ceritanya rupanya. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. kembung perut sapu minyak yuyi lega skett..hehe

    ReplyDelete
  3. saya pun jenis perut pandai kembung bila datang haid,
    selalunya saya akan tuam air suam dan bengkungkan perut.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post