Bawa Pulang Kebaikan Apotec Ke Kampung Untuk Mak TersayangAssalamualaikum. Hai gais. Raya haji ni tentu ramai yang merancang balik kampung kan. Ye lah, dah lama tak balik kampung kerana PKP ni. Raya puasa pun ada yang tak dapat pulang ke kampung. Kali ni dah dapat rentas negeri, mesti ramai tak lepaskan peluang balik kampung jenguk mak dan ayah. Pasti sarat rindu yang tak tertanggung.

Korang nak balik kampung sempena raya haji nanti, jangan pula balik dengan tangan kosong. Apa kata dapatkan produk Apotec, jadikan sebagai buah tangan untuk mak dan ayah di kampung. Yaya sendiri nak hadiahkan mak supplement. Sebenarnya Yaya dah grab 3 produk Apotec dari Constant Pharmacy. Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmax, bawa pulang kebaikan untuk mak tersayang. Satu lagi Apple Cider Vinegar untuk kegunaan Yaya sendiri. 

Curmax Turmeric Dan Omega 3 Fish Oil
Bawa Pulang Kebaikan Apotec Ke Kampung Untuk Mak Tersayang

Mak Yaya bacaan Blood Pressure (BP) tak cantik. Agak tinggi. Kat rumah mak tu ada alat nak cek BP. Hari-hari cek sendiri BP. Dia risaukan BP dia, kita anak ni lagi lah, risau betul! Dah berusia macam-macam lah. Dengan lenguh-lenguh sendinya. Alhamdulillah, setakat ni mak tak ada masalah jantung atau diabetes. 

Tak sabar nak jumpa mak! Nak bagi mak alami sendiri kebaikan Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmax.

Yaya kongsikan serba sedikit maklumat mengenai 2 produk yang akan Yaya bawa balik ke kampung ni.

Apotec Omega-3 Fish Oil 



• Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.
• Sumber Omega 3 (EPA & DHA):
       >> Sumber haiwan: Minyak ikan, minyak telur, minyak sotong, dan minyak krill 
       >> Sumber tanaman: Ganggang laut dan fitoplankton

Bahan Utama Apotec Omega-3 Fish Oil:

Fish oil 1300mg (EPA 650mh, DHA 260mg). 3 kali lebih berkesan berbanding 1000mg minyak ikan dalam bentuk kapsul yang hanya mengandungi 300mg EPA+ DHA.
Sumber fish oil dari ikan sardin dan ikan bilis.


Kebaikan Dan Kelebihan Apotec Omega-3 Fish Oil:

  1. Menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung yang berehat
  2. Meningkatkan tahap lipid darah dengan menurunkan tahap LDL dan trigliserida
  3. Meningkatkan kesihatan kardivaskular
  4. Meningkatkan kesihatan kognitif
  5. Menyokong kesihatan sendi
  6. Membantu meningkatkan penglihatan

APOTEC Omega-3 Fish Oil Disyorkan Bagi: 

  1. Individu warga tua menderita kardiovaskular 
  2. Individu dengan BP tinggi, kolesterol
  3. Individu yang ingin meningkat profil lipid 
  4. Individu yang ingin meningkatkan kesihatan kognitif dan sendi

Arahan Penggunaan: 

Ambil 1-2 softgel sekali sehari selepas makan atau yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.

Apotec Curmax 



Bahan utama Apotec Curmax:

Rhizome Curcuma longa extract powder (kunyit). Komponen bioaktif kunyit adalah kurkumin, lemak polifenol larut, tidak toksik dan sangat menjanjikan sebatian antioksidan. Ia mempunyai pelbagai fungsi biologi yang berkaitan dengan kesan anti-radang seperti anti-barah, mencegah CVD dan memperbaiki segala jenis artritis.

Kebaikan Dan Kelebihan Apotec Curmax Turmeric:

Antioksidan kuat yang menyokong dan menjaga kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif.
Kesan anti-radang
Mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan keradangan
Meningkatkan kesihatan sendi
Meningkatkan aliran darah dan mencegah penyakit Kardiovaskular

Apotec Curmax Disyorkan bagi:

Mereka yang ingin menjaga kesihatan sel & meningkatkan ketahanan badan
Mereka yang menderita sakit sendi (osteoartritis dan rheumatoid arthritis)
Mereka yang menderita sakit otot dan neuropatik
Mereka yang ingin mencegah dari penyakit kardiovaskular

Arahan penggunaan: 

Ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan atau ambil 1 kapsul dua kali sehari selepas makan.

Apotec Apple Cider With Honey



Ini pula produk Apotec untuk kegunaan Yaya sendiri. Lama juga Yaya mencari-cari jenama apple cider vinegar ataupun cuka epal yang sesuai untuk diamalkan sebagai detoks dan untuk menurunkan berat badan. Bukan mudah ye nak beli cuka epal ni. Setiap kali pergi pasaraya memang senang nak jumpa cuka epal ni. Tapi bila ada kawan cerita rasa cuka epal yang tak sedap, dengan bau cuka epal yang menusuk hidung tu, terus rasa serba salah nak beli. Ni kalau beli tapi tak minum membazir pula.

Sehinggalah akhirnya Yaya bertemu dengan Apotec Apple Cider Vinegar With Honey di Constant Farmasi. Pertama kali minum dah jatuh cinta. Tiada bau yang tidak menyenangkan. Malahan rasanya pun sedap diminum. Inilah jenama cuka epal yang akan menjadi minuman detoks Yaya.

Cuka epal dapat membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolisma badan. Jadi, membuang pun lawas, tiada masalah sembelit. Yang bestnya perut ni hah..kalau selama ni lepas membuang pun perut tak rasa kosong. Sekarang dengan badan sekali rasa ringan.

Kebaikan Dan Kelebihan Apotec Apple Cider With Honey

Salah satu sebab lagi Yaya start nak mengamalkan minum cuka epal ni sebab ada masalah kolestrol. Beberapa bulan lepas Yaya ada buat pemeriksaan kolesterol. Sangat terkejut bacaan kolesterol Yaya dalam kategori borderline, berwaspada!. Dikatakan amalan minum cuka epal boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Apa salahnya Yaya mencuba dengan Apotec Apple Cider With Honey.

Cuka sari epal yang diperkaya dengan madu. Madu memberikan rasa yang sedikit manis dan berkhasiat. Madu juga sangat berkhasiat. Ianya mengandungi mineral, vitamin dan bersifat antioksidan yang menghancurkan radikal bebas dan melambatkan penuaan.

  1. 100% asli dan selamat - Tanpa bahan tambahan; tanpa gula tambahan, tanpa pengawet, tanpa pewarna atau perasa tiruan, tanpa bahan kimia.
  2. Berkesan - Membekalkan nutrien yang komprehensif dan membawa manfaat kesihatan kepada pengguna.
  3. Rasa yang sedap, menyegarkan dan menyihatkan badan.
  4. Dapat mengurangkan berat badan
  5. Tinggi dengan serat dan cepat rasa kenyang
  6. Meningkatkan penyerapan zat besi
  7. Membantu mengeluarkan zat besi dari makanan yang dimakan sehingga dapat digunakan ke seluruh badan.
  8. Melegakan sembelit.

Bahan Utama Apotec Apple Cider With Honey

  • Air
  • Madu
  • Jus Epal Pekat
  • Cuka

Arahan Penggunaan :

Campurkan 2 sudu atau 30ml cuka epal dengan 180ml air suam dan kacau rata, minum selepas makan.




Di website Constant Pharmacy sekarang ada bundle promo. Murah sangat harga yang ditawarkan untuk 3 produk yang Yaya ceritakan di atas.


Klik promo link yang Yaya sertakan di bawah. Boleh juga buat pembelian melalui applikasi. Install mobile app dan claim kupon RM10...jimat lagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial Apotec Malaysia.

Farmasi : Constant Farmasi
Facebook : Apotec Malaysia
Instagram : apotecnushine
Promo Link : https://www.constant.com.my/SalePage/Index/221336
Whatsapp: +6012-248 4018


6 Comments

  1. Best kan ACV ni dah sedia ada madu senang bancuh šŸ„°

    ReplyDelete
  2. kak pun dah bagi mak,suka sangat mak dapat supplement baru

    ReplyDelete
  3. Dekat kedai farmasi biasa ada jual ke ni?

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.