Assalamualaikum,

Iklan Raya Petronas 2019 | Saban tahun iklan raya daripada Petronas pasti tidak mengecewakan. Semestinya akan menyentuh emosi dan menepati mood raya. 

Ceritanya ringkas, pelakon pun tak ramai. Tapi tetap memberi kesan. Air mata Yaya turut meleleh bila part ending tu. Rasa sebak. Rupa-rupanya mak dia dah tak ada. Sedihnya.


Sementara mak masih ada boleh la merasa masakan mak. Masakan mak memang tiada tandingan. Air tangan mak tak akan sama dengan orang lain.

Mak yaya sangat handal memasak. Sememangnya dia seorang tukang masak. Tapi anak dia ni tak pernah berusaha pun nak belajar memasak masakan yang agak rumit bagi Yaya. Iyalah..mak masih ada kan..nak makan, emak masakkan.. Raya tahun ni pun mak jahitkan sepasang baju kurung untuk Yaya. Tapi Yaya tak reti pun nak menjahit baju.

Bila tengok iklan raya petronas ni tak terbayang Yaya keadaan ini terjadi pada Yaya pada masa akan datang..sedihnya..