ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER, PENCUCI MUKA DARI HANSAEGEE NATURE YANG SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Assalamualaikum & hai uolss,

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER, PENCUCI MUKA DARI HANSAEGEE NATURE YANG SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT | Memiliki kulit wajah jenis kering menyebabkan Yaya agak skeptikal setiap kali ingin mencuba pencuci muka. Yaya pernah tersalah beli pencuci muka, selepas membersih wajah kulit terasa tegang, rengsa dan semakin kering.


Yaya beruntung apabila Hansagee Nature mengeluarkan produk pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser. 100% dibuat di Korea dan sesuai untuk semua kulit (kering, berminyak dan kombinasi). Tahu jelah kan kulit orang Korea macam mana. Mulusss jee..Yang bestnya lagi bahan-bahannya adalah natural menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan dengan 2 bahan utama iaitu Aloe Barbadensis Leaf Juice dan Tea Tree leaf Oil.

10 jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Apa yang menarik mengenai Aloe AC Clean Bubble Cleanser ?


- buih-buih halus dan lembut membersih wajah sehingga jauh ke dalam pori
- menanggalkan sel-sel kulit mati
- melembapkan wajah bagi mereka yang memiliki kulit kering
- untuk kulit berminyak, berupaya menyingkirkan sebum dan mengawal lebihan minyak pada wajah
- dapat mencegah masalah jerawat
- bau yang sangat menenangkan!




Tengok lah buihnya tu..halus, ringan dan sangat lembut! Pam 1-2 kali ke telapak tangan sudah memadai. Asalnya di dalam botol pencuci adalah dalam bentuk cecair tapi bila korang pump je ke tapak tangan, buih-buih halus akan terhasil. Buih-buih ni berupaya membersih wajah jauh ke dalam pori. Hasilnya kulit muka akan menjadi sangat bersih, terasa lembut dan lembap dan tidak mendatangkan iritasi.


Cara-cara penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser :

1- Basahkan tapak tangan dan muka
2- Pump 1-2 kali pencuci ke tapak tangan
3- Sapu buih-buih ke seluruh wajah.
4- Gosok dengan lembut pada wajah dalam gerakan membulat. Mulakan dari dagu ke pipi, seterusnya dahi dan hidung.
5- Bersihkan wajah dengan air suam.



Kesan Penggunaan:

Setelah 2 minggu penggunaan dengan kekerapan mencuci muka 2-3 kali sehari, sejujurnya Yaya jatuh cinta dengan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser! Kulit wajah Yaya menjadi semakin lembap dan nampak sihat. Kesan ketara juga dapat dilihat di bahagian hidung. Hidung kelihatan licin dan bersinar seolah-olah selepas membuat rawatan membuang black heads/white heads. Bila kulit dah lembap nak apply mekap pun mudah. 

Keseluruhannya Yaya sangat berpuas hati sepanjang menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Dengan harga mampu milik RM65.00 untuk 150ml ianya dapat menyelesaikan masalah kulit wajah Yaya. Memang terasa kelainan saat menyentuh kulit muka. Bestnya dapat kulit muka yang lembap. Korang pun boleh cuba, mana tahu serasi dengan korang pulak kan?

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

HANSAEGEE NATURE

Tel: 03-6270 9686
Email : hansaegeenature@gmail.com 
WhatsApp Service: 012-6698 279

10 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Kalau sesuai dengan kulit, seronok jugak cuba produk lain lain kan Yaya.... tak risau. lagi pun dari sekaranglah nak jaga kulit pun nanti dah Isyak dah malas hihi

    ReplyDelete
  2. Bahan-bahan natural yang digunakan tu yang sering menjadi pilihan kan Kak Yaya.

    ReplyDelete
  3. best kannnn...kita pun suka pencuci muka ni!

    ReplyDelete
  4. kita masa pakai memula tu memang terasa kulit lebih lembut dan lembap je. puas hati sangat lah senang kata.

    ReplyDelete
  5. Bahan-bahan semulajadi memang bagus untuk kulit..

    ReplyDelete
  6. product berasaskan aloe vera usually memang bagus2. sebab dia kasi soothing effect.
    rasa calm saja kulit kita =)

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post