DIY | Bird Feeder Menggunakan Batang Aiskrim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss,

Apabila stok batang aiskrim berlambak inilah jadinya..buat bird feeder. Ini batang aiskrim yang dibeli di Mr. DIY. Belum masuk batang aiskrim yang memang dapat lepas makan aiskrim. kalau cantik sah-sah Wafiq dan Wazif akan basuh dan simpan. Simpan buat apa ibu pun tak tau..hihi..ada la kadang-kadang nampak duk main tepuk lantai nak bagi batang aiskrim melompat. Ibu masa kecil dulu main tepuk kad je, tu pun sakit sangat dah tapak tangan ni. Korang guna batang aiskrim, hebat anak-anak ibu, kuat betul tangan. Haha.

Bird Feeder 

Bird Feeder
Laman rumah ni, banyak betul burung-burung datang, brung kecil comel. Datang sedut madu..awal-awal pagi bukan main meriah dengan kicauan burung. Awal burung-burung ni mencari rezeki.

Bird Feeder
Yaya dah lama sangat nak buat bird feeder. Cantik-cantik sangat bird feeder bila google di internet. Dibuat daripada pelbagai bahan. Yaya guna ice cream stick yang lebar. 

Seeloknya projek nak buat bird feeder yang macam yaya buat ni dibuat bersama anak-anak. Tentu aktiviti hujung minggu lebih menyeronokkan. Tapi yaya buat sorang-sorang yang ini. Sebab dah dapat agak anak-anak tentu tak izinkan yaya guna batang aiskrim ni.haha. Dulu, batang aiskrim ni yaya guna untuk homeschooling anak-anak, ajar kenal warna, ajar mengira, buat puzzle. Sekarang dua-dua dah sekolah dah terbiar sepi dah batang aiskrim ni. hihi.

Langkah-langkah membuat bird feeder menggunakan batang asikrim

Bird feeder - Bahagian atap
1. Pertama sekali yaya buat atap. Buat 2 keping atap. Yaya guna gam uhu untuk lekatkan. Cuma letak gam pada batang asikrim berwarna merah. Batang aiskrim merah yang tengah tu akan menetukan tinggi atap.Yaya jadikan penyendal untuk tiang rumah bird feeder.

Bird feeder- bahagian tapak
2. Semasa nak sediakan tapak, pastikan lebar tapak sama dengan lebar atap. Seperti dalam gambar, yaya gunakan 6 batang asikrim untuk sekeping atap dan 6 batang juga untuk tapak.

3. Susun dan gam batang aiskrim secara berselang seli di sekeliling tapak. Gamkan dulu batang aiskrim yang melintang, diikuti menegak dan ulang sehingga dapat ketinggian yang sesuai. 

4. Yaya gunakan batang aiskrim yang bersaiz lebih kecil untuk dijadikan tiang. Cuma gam di setiap penjuru.

Bird feeder - cantumkan semua bahagian
5. Masa untuk cantumkan semua bahagian. Temukan 2 keping atap. Gamkan sebatang lagi kiri dan kanan untuk menyokong atap. Kena sabar sedikit untuk bahagian ini. Cabaran juga nak dapat atap yang condong.

6. Dah siap boleh pasang tali dan gantung pada pokok. Jangan lupa spray clear sebelum gantung supaya bird feeder tahan lama.

Makanan burung

Untuk permulaan, Yaya kupas kuaci letak dalam bird feeder ni. Memang ada burung yang datang bertenggek, tapi tak pula dimakannya kuaci tu. Hmm..

Agaknya, apa lagi makanan burung yang sesuai? Kalau korang ada cadangan share lah, nanti yaya usahakan.

Thank you.

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post