Buang Angin Dalam Badan Dengan Air Rebusan Daun Pandan

by - Thursday, January 31, 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bila banyak angin tersimpan dalam badan memang mengundang rasa tak selesa, Yaya pun sama. Apa yang Yaya perasaan apabila Yaya makan makanan berasaskan tepung mulalah badan rasa tak selesa. Contohnya makan roti, makan jemput-jemput..tak lama lepas tu mula lah start rasa tak selesa, rasa macam ada angin tak lepas. 

Dah sapu minyak, dah urut.. tapi tetap rasa tak selesa. Ada orang bila dah sapu minyak angin, dah sendawa terus ok. Namun, ada juga yang sukar nak selesaikan masalah angin dalam badan.

Jadi, jom amalkan petua untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin dengan mengamalkan minum air rebusan daun pandan.

Air rebusan daun pandan
Air Rebusan Daun Pandan


Bahan-bahan:
  • beberapa helai daun pandan
  • 2 inci halia - diketuk
  • 1 ketul gula batu
Cara penyediaan:
  • rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas dijadikan 1 gelas
  • minum ketika suam
Air rebusan daun pandan ni boleh diminum setiap hari. Tak sempat buat siang hari, boleh buat pada malam hari dan minum sebelum tidur. Fungsi air ni bukan saja bagus untuk buang angin dalam badan tetapi boleh kurangkan lenguh badan ,bantu kempiskan perut dan menurunkan kadar tekanan darah tinggi. 

Banyak manfaat air rebusan daun pandan ni. Cubalah amalkan.

You May Also Like

3 Comments