Wednesday, November 28, 2018

Wafiq Beraktiviti di Domino's Pizza Kuala Ibai

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls,

Yaya nak cerita tentang cerita daripada anak yaya..haha. Pagi semalam anak teruna yang sulung tu sertai aktiviti tadika tapi bukan beraktiviti di tadika tapi di Domino's Pizza Kuala Ibai. Hari sebelumnya tak pergi tadika. Sekarang kan cuti sekolah. Kebiasaanya dua beradik tu akan ke tadika lah..dah ayah dan ibunya nak  pergi mencari rezeki..Kalau duk rumah dengan tokma dan aki memang enjoy la mereka berdua itu. Membina rumah je dangan game Minecraft!

Bila teacher whatsapp maklum nak pergi buat pizza di Domino's, bukan kemain lagi keterujaan dia. Bangun tidur di pagi Selasa dengan penuh semangat dan ceria. Si adik pun ke tadika juga tapi adik tak ikut ke Domino's. Yang pergi cuma kakak-kakak dan abang-abang yang dah sekolah rendah sahaja.

Ibu saja lah mengusik, nanti dah tau buat pizza bolehla buat untuk ibu. Dijawabnya, 'boleh, tapi kena bayar macam beli kat Domino's..mahal nak beli bahan-bahan tu..' amboi nak berkira dengan ibu sendiri yer..haish!..padahal awak letak topping je pun..doh dah sedia ada datang dari mana pun ibu tak tau. haha.

Excited betul dia dapat merasai pengalaman masuk dapur Domino's, pegang pisau potong pizza..haha jakun sebab kat rumah tak ada. Bila staff Domino's kata jom kita ke Korea!.semua orang bertambah excited..nak pergi mana sebenarnya ni? Rupa-rupanya nak masuk bilik chiller besar..memang Korea lah, bila bercakap keluar asap kut mulut!

Gelak je Wafiq bila cerita pengalaman sendiri di dapur Domino's Pizza.


Wafiq berbaju merah.

Bakal master chef :)

Suka dia dapat buat sendiri pizza faveret dia, Beef Pepperoni!

jangan tak tau, ni Wafiq nak potong jadi 8 bahagian..jadi semua orang dalam rumah dapat merasa. :)


wajah-wajah happy dapat masuk dapur Domino, pastu dapat makan dan boleh bawa balik.


Sejenis yang sayang dengan kotak piza, apatah lagi bila isi dalam dibuat sendiri. Bila ibu cakap ibu dah ambil gambar, nanti letak dalam blog barulah boleh campak dalam tong sampah. feninnn.
terima kasih kepada semua teacher dan pengurusan tadika serta Domino's Pizza Kuala Ibai untuk pengalaman yang sangat bermakna buat Wafiq.


No comments:

Post a Comment